Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, July 24, 2015

NTARA SOALAN-SOALAN YANG MENARIK DIAJUKAN PADA USTAZ AZHAR IDRUS


WAJIB BACA... JAWAPAN USTAZ AZHAR
ANTARA SOALAN-SOALAN YANG MENARIK DIAJUKAN PADA USTAZ AZHAR IDRUS
1. Mana lebih afdhal, solat sunat terawih atau witir?
UAI:
Solat witir lebih afdhal. Ulama turut berkhilaf apakah solat sunat yang paling afdhal. Ada yang mengatakan witir, ada yang mengatakan solat dhuha. (Ini kerana keduanya tidak ditinggalkan oleh Nabi SAW).
Masalah orang kita pula, hanya mengerjakan solat witir di bulan Puasa sahaja. Habis puasa, tiada lagi kedengaran bilal mengajak "assolatul witr rak'atain........".
2. Saya telah bayar zakat di kampung sedangkan saya bekerja di luar negara. Adakah salah saya buat begitu?
UAI:
Haram memindahkan apa jua jenis zakat dari tempat kita bekerja melainkan dalam bab zakat fitrah. Sebahagian Ulama membenarkan dibayar di kampung halaman. Apatah lagi sekiranya dia berada di kampungnya sewaktu diwajibkan zakat keatasnya (1 Syawal/malam raya).
3. Kenapa ramai sangat hina ulama ni. Yang mana satu patut saya ikut?
UAI:
Kiasan apa yang berlaku hari ini, ibarat masjid ini mengadakan pemilihan AJK baru setiap dua tahun sekali. Apabila ada pihak yang todak terpilih, mereka bertindak tidak lagi datang ke masjid. Apakah itu akhlak yang baik? Cerdikkah tindakan itu?
Bukan sahaja tidak hadir. Mereka turut menyerang masjid tersebut. Dikacau jemaah yang lain. Disembunyikan selipar tok bilal. Dilempar bermacam-macam benda ke arahnya. Cantik atau hodoh perangai seperti ini?
Mereka yang buat parti baru kerana kalah dalam pemilihan lebih hina dari komunis. Parti Komunis pun tidak lakukan sebegitu. Semasa pemilihan parti komunis di Rusia, Lenin telah bertanding dengan salah seorang guru kepada Stalling. Apabila Lenin memenangi pemilihan, guru Stalling itu tidak bertindak keluar parti tersebut malahan terus menyokong Lenin. Setelah Lenin mati, baru anak muridnya Stalling pula diangkat. (Komunisme lebih memahami disiplin berjemaah dari sesetengah umat Islam).
(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej