Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, July 24, 2015

PENGURUSAN MAYYIT YANG MENCABAR KETAHANAN DIRI


PENGURUSAN MAYYIT YANG MENCABAR KETAHANAN DIRI
Jam 10.55 malam hari Selasa, 6hb. Ramadzan, 1436H = 23hb. Jun, 2015M HP berdering 2 kali ketika menunaikan solat witir berjamaah di Masjidil Huda Qaryah Kelang Lama Kulim. Selepas memberi salam berdering semula HP buat kali yang ketiga panggilan daripada saudara Abdul Latif Kampong Naga Lilit Padang Serai memohon khidmat untuk mentajhizkan mayyit berumur sekitar 80an. Almarhum meninggal dunia dalam keadaan keseorangan diri sahaja di dalam rumahnya di Kuala Ketil. Di dalam hati kecil ini tertanya mengapa hendak diquburkan mayyit pada malam itu juga? Biasanya pengurusan janazah di Kampong Naga Lilit diuruskan oleh saudara Haji Abu Bakar tetapi ini tidak. Apabila sampai di rumah mayyit setelah siap semua persiapan mandi & kafan penutup pengusung janazah dibuka tiba-tiba berderap saraf darah ketika melihat mayyit yang hampir satu minggu meninggal dunia. Semua pengunjung cabut lari keluar dari rumah mayyit kerana tidak tahan dengan bau busuk mayyit dan hanya tinggal beberapa orang sahaja yang terpaksa berkorban juga untuk menolong ketika memandikan mayyit. Inilah di antara jumlah 5,000 mayyit yang paling mencabar dalam tempoh 40 tahun lebih menguruskan mayyit. Alhamdulillah saya dan anak Muhammad Saifullah telah dapat menyempurnakan atas mayyit pada jam 4.00 pagi.
NOTA:
TIDAK ADA YANG AIB BAGI MAYYIT INI CUMA MATI KESEORANGAN DIRI SAHAJA. GAMBAR YANG DILAMPIRKAN SEBAGAI RUJUKAN SAHAJA DAN BUKAN GAMBAR MAYYIT INI YANG SEBENARNYA TETAPI KEADAAN MAYYIT TERSEBUT BEGITU KEADAANNYA. BEGITULAH NASIB SESEORANG IBU-BAPA PADA AKHIR HANYATNYA YANG TIDAK DIAMBIL PEDULIKAN OLEH ANAK-ANAKNYA SEMASA HIDUPNYA. SEORANG IBU & BAPA BOLEH MENJAGA 10 ORANG ANAKNYA TETAPI BELUM TENTU 10 ORANG ANAK YANG DAPAT MENJAGA KEDUA ORANG IBU & BAPANYA.
WAHAI ANAK-ANAK JANGANLAHLAH KAMU TINGGAL IBU & BAPA KAMU DALAM KEADAAN KESEORANGAN BEGINI!!! WAHAI ANAK-ANAK SANGGUPKAH KAMU MANDIKAN MAYYIT IBU & BAPA KAMU DALAM SITUASI BEGINI?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej