Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, July 24, 2015

ANTARA KITAB-KITAB PENTING UNTUK PENUNTUT ILMU AGAMA


ANTARA KITAB-KITAB PENTING UNTUK PENUNTUT ILMU AGAMA

PUBLISHED JANUARY 22, 2014 BY WANA93

 Perkongsian dari al fadhil Ustaz Tariq At Tamfini anak murid khusus Sheikh Dr Sai’ed Mamduh (ulama besar hadith di Mesir). Dibentangkan oleh Al-Allamah Al-Muhaadith Dr. Mahmud Sa’id Mamduh Al-Qahiri As-Syafie atas permintaan para pelajar yang meminta panduan untuk membeli kitab-kitab penting di Ma’rod Kutub Antarabangsa di Kaherah .
Boleh juga dijadikan panduan buat sahabat-sahabat yang nak mengetahui tentang kitab yang perlu dibeli dan dimiliki dan boleh dibeli walaupun selepas berakhir ekspo buku antarabangsa kerana kitab-kitab ini kebanyakannya dijual di maktabah-maktabah di Kaherah, Mesir. Maka sama-samalah kita memperoleh manfaat dari kalam salah seorang ulama besar Mesir dalam bidang hadith dan fiqh malah pelbagai ilmu masyaAllah.
images (6)
Kitab-kitab Fiqh Syafie :
1.) Kitab Fathul Qarib : (Syarah matan Abi Syuja’ yg paling penting) karangan Ibn Qasim Al-Ghazzi
– Bersama kitab hasyiahnya : hasyiah Imam baijuri atas Syarah ibn Qasim
– Dan Hasyiah Syeikh nawawi Al-Bantani atas syarah ibn Qasim
2.) Kitab Iqna’ : syarah kepada Matan Abi Syuja’ karangan Imam Khotib Syarbini.
– Hasyiah kepada Iqna’ amat paling bernilai : Hasyiah Syeikh Bujairimi ala Iqna’.
3.) Kitab Yaqut Nafis ala Mazhab Ibn Idris: karangan Sayyid Ahmad Bin Umar As-Syatiri
4.) Kitab Minhaj Tolibin : karangan Imam Nawawi dan 4 kitab syarah Minhaj yang paling penting :
– Tuhfatul Muhtaj : karangan Imam Ibn hajar Haitami bersama hasyiahnya karangan Imam Syarawani dan Imam Ibn Qasim AL-Abadi.
– Nihayatul Muhtaj : Karangan Imam Romli
– Mughni Muhtaj : karangan Imam Khotib Syarbini
– Kanzul Roghibin : karangan Imam Mahalli bersama hasyiahnya karangan Syeikh Qalyubi dan Syeikh Umairah.
5.) Kitab Fathul Wahhab : syarah Manhaj Tullab karangan Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori.
6.) Kitab Majmu’ : karangan Imam Nawawi syarah kepada Muhazzab (karangan Imam Abi Ishaq As-Syirazi ). Kitab ini amat penting dan wajib dimiliki oleh semua penuntut ilmu Syarie.
7.) Al-Hawi Al-kabir : karangan Imam Al-Mawardi
Kitab-kitab lain yang berkaitan dengan Fiqh :
1.) Kitab Fawaid Makkiyah Fima Yahtajuhu Tolabah Syafieyah : karangan Sayyid Ahmad bin Alawi As-Saggaf.
2.) Mukhtasar Fawaid Makkiyah : karangan Sayyid Ahmad Bin Alawi As-Saqqaf tahqiq syeikh Yusuf Al-Mirasyli
3.) Khaza inus Saniyyah Fi Asyhuri Kutub Syafieyah : Karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili ( wajib dimiliki )
Kitab-kitab Nahu :
1.) Kitab Mukhtasar Jiddan : Syarah Matan Ajrumiah karangan Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Bin Zaini Dahlan.
2.) Syarah Kafrawi : Syarah matan Ajrumiah karangan Syeikh Hasan Al-Kafrawi.
3.) Syarah matan Qatrun Nada : Tahqiq Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid.
4.) Syuzuz Zahab : Tahqiq Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid.
5.) Syarah Ibn Aqil ala Matan ALfiyyah Ibn Malik.
6.) Kitab-kitab Nahu karangan Syeikh Muhammad Amin Al-Harari seperti Futuhaat Qayyumiah, Durarul Bahiyyah dll. ( dicetak dan dijual oleh Darul Minhaj )
Kitab-kitab Tafsir :
1.) Tafsir Imam Qurtubi ( kitab Tafsir yang paling penting )
2.) Tafsir Imam Nasafi
3.) Tafsir Imam Khazin
4.) Hasyiah Imam Sowi ala Jalalain.
5.) Tafsir Bahrul Madid ( Tafsir Isyari ) : karangan Imam Ibnu Ajibah Al-Hasani.
Kitab-kitab Mustolah Hadis:
1.) Nuzhatun Nazor : syarah Nukhbatul Fikar karangan Syeikhul Islam Ibn hajar Asqalani, tahqiq Syeikh Nuruddin Itr.
Kitab –kitab Tauhid :
1.) Tuhfatul Murid : Syarah Matan Jauharah Tauhid karangan Imam Baijuri
2.) Syarah Kharidah Bahiyyah : karangan Imam Dardir Al-Maliki, dengan Hasyiahnya karangan Syeikh Bakhit Muti’e.
Kitab-kitab Fatawa :
1.) Fatawa Imam Zakaria Ansori
2.) Fatawa Imam Romli
3.) Fatawa Syeikh Ismail Zain AL-Yamani
4.) Fatawa Al-madaniah : karangan Syeikh Sulaiman Al-Kurdi
5.) Al-Hawi lil Fatawa : Imam Suyuti ( semua karangan Hafiz Suyuti amat penting dan perlu dimiliki )
6.) Fatawa Ibn Hajar Al-Haitami
7.) Fatawa Syeikh Bakhit Al-Muti’e
8.) Fatawa Sayyid Abdullah Bin Siddiq Al-Ghumari
9.) Fatawa Syeikh Yusuf Ad-Dijwi
10.) Fatawa Imam Nawawi himpunan anak murib beliau : Syeikh Ala’uddin Al-Attor ( dijual di Darul Basyair Islamiah )
11.) Fatawa Imam Subki
12.) Fatawa Sayyid Alawi Bin Abbas Al-Malik
Kitab-kitab Usul Fiqh :
1.) Syarah Matan Waraqat : karangan Imam Juwaini dengan Hasyiahnya Nafahat.
2.) Syarah Luma’ Imam Syirazi
3.) Matan Jam’ul Jawami : karangan Imam Subki ( kitab usul Fiqh yang masyhur dikalangan Ulama Hijaz)
4.) Nihayatul Sul syarah Minhajul Wusul : karangan Imam Isnawi ( kitab usul Fiqh yang masyhur dikalangan Ulama Azhar )
Kitab-Kitab Syarah Hadis :
1.) Kitab Fathul Bari syarah Sohih Bukhori: karangan Imam ibn hajar Asqalani ( Wajib dimiliki )
2.) Kitab Syarah Sohih Muslim : karangan Imam Nawawi, tahqiq @ hasyiah Al-Allamah Syeikh
Muhammad Amin Al-Harari.
3.) Syarah Imam Zurqani ala Muwatto’ Imam Malik.
4.) Subulus Salam : syarah Bulughul Muram karangan Imam Muhammad Bin Ismail As-Son’ani.
5.) Dalilul Falihin : syarah Riyadhus Solihin karangan Syeikh Ibn Allan
6.) Futuhaat Rabbaniyah : Syarah Azkar karangan Syeikh Ibn Allan.
7.) Faidhul Qadir : syarah Jami Soghir karangan Imam Munawi ( wajib dimiliki )
Kitab-kitab sirah & Tobaqat :
1.) Nurul Yaqin : karangan Syeikh Khudari .
2.) Tobaqat Syafieyah : karangan Imam Subki
3.) Tobaqat Sufiah : Karangan Imam Munawi
4.) Al-Kamil Fi Tarikh : Ibn Atsir ( kitab penting )
5.) Siyarul A’lam Nubala’ : Karangan Imam Zahabi tahqiq Syeikh Syua’ib Arnaut.

Kitab-Kitab Tasawwuf :
1.) Syarah Risalah Qusyairiah : karangan Syeikh Zakaria Al-Ansori
2.) Uhud Muhammadiah : karangan Syeikh Abdul Wahhab Sya’rani
3.) Targhib wa Tarhib : karangan Hafiz Al-Munziri
4.) Iqazul Himam : syarah Matan Hikam Ato’iyyah karangan Ibn Ajibah Al-Hasani.
5.) Ihya’ Ulumuddin : Karangan Imam Al-Ghazali ( wajib dimiliki )
6.) Takhrij Hadis2 Ihya’, karangan Al-Hafiz Iraqi dan Al-Hafiz Murtadha Az-Zabidi.
Kitab-kitab Para Ulama Muasarah :
1.) Kitab- kitab karangan Ulama Hijaz ( Makkah ) :
– Kitab-kitab Syeikh Yasin Ibn Isa Al-Fadani Al-Hasani
– Kitab-Kitab Syeikh Ahmad Jabir Jubran ( dicetak dan dijual buat pertama kali oleh Darul Minhaj)
– Kitab-kitab Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani ( kitab-kitab beliau wajib dimilki)
– Kitab- kitab Syeikh Abdullah Sa’id Lahji , khususnya kitab Qawaid Fiqhiyyah karangan beliau yang dicetak buat kali pertama , boleh didapati di Darul Basoir )
– Kitab-kitab Sadah Makkah yang lain seperti : Syeikh Ismail Zain Al-Yamani, syeikh Abdul Qadir Al-mandili, syeikh Ibrahim Al-Fatoni, Syeikh Zakaria Bila, Syeikh Hasan Al-Mahsyat, Sayyid Alawi Al-Maliki dan Masyaikh Makkah lain yg tidak terhitung jumlahnya.
2.) Kitab- kitab karangan Ulama Maghrib :
– Kitab-kitab karangan Sadah Ghumariah @ Siddiqiah : Sayyid Abdullah, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy ( Al-Ghumari ), Sayyid Ibrahim. kitab- kitab Sadah Ghumari amat bernilai dan mencakupi segenap bidang ilmu seperti Ilmu Hadis Tatbiqi, Fiqh dan usul, Aqidah, Tasawwuf dll. ( Banyak dijual di Maktabah Al-Qaherah ). Begitu juga karangan anak anak murid mereka seperti : karangan Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh, Sayyid Abdullah Talidi, Syeikh Farouq Hammadah, Sayyid Nabil Al-Ghamri dll.
– Kitab-kitab karangan Sadah kittaniyin , seperti Sayyid Abdul kabir Al-Kittani, Sayyid Muhammad Bin Ja’afar Al-Kittani, Sayyid Abdul Hay Al-Kittani dll.
3.) Kitab-kitab karangan Sadah Ba’lawi dari Hadhramaut,hijaz dan lain-lain Negara. Karangan mereka meliputi kitab-kitab Fiqh Syafie, Nahu, Tasawwuf, Sirah dll. terlalu banyak, tak mampu di senaraikan (kitab-kitab ini penting dan wajib dimiliki )
4.) Kitab-kitab karangan Ulama Al- Azhar :
– Karangan Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muti’e
– Karangan Syeikh Yusuf Dijwi
– Karangan Syeikh Zahid Al-kausari ( keseluruhan kitab-kitab beliau dicetak sekaligus sebanyak 10 jilid dan dijual Darul Kutub Ilmiah )
– Karangan Syeikh Salamah Al-Azzami
– Karangan Ulama Azhar yang lain seperti Karangan Syeikh Soleh Ja’fari, Syeikh Hafiz Tijani, Syeikh Muhammad Kholil khotib, Syeikh Judah Al-Mahdi, Syeikh Zaki Ibrahim, Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf, Syeikh halim Mahmud dan Ulama Azhari lain yang tidak terhitung jumlahnya.
* Nasihat Khas dari Al-Allamah Al-Muhadith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh buat para penuntut ilmu : “ Penguasaan ilmu itu diperolehi bukan dengan banyak membaca kitab, tetapi dengan menekuni setiap kitab dibaca. Mengkhatamkan sebuah kitab dari kulit ke kulit di hadapan para Masyaikh dengan tekun lebih bermanfaat bagi penuntut ilmu daripada membaca 10 buah kitab tapi tidak faham isi kandungannya .”
– Ada kitab-kitab penting yang tidak disenaraikan diatas kerana senarai ini diimla’kan oleh Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh secara spontan dalam Majlis beliau. Sebarang persoalan dan kekeliruan amat dikesalkan.
– Sebarang kesalahan Fakta dan maklumat dalam senarai ini adalah berpunca dari pencatit yang mencatit senarai ini, sebarang kesalahan diminta agar ditegur.
– Risalah ini bebas disebarkan dan dikhidmatkan tanpa minta izin dari sesiapa.
Sekian. (via Ustaz Toriq, Universiti Al Azhar)

https://wana93.wordpress.com/2014/01/22/antara-kitab-kitab-penting-untuk-penuntut-ilmu-agama/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej