Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, July 28, 2015

PAS PERLU SIAPKAN DIRI, AMANAH BESAR MENANTI


PAS PERLU SIAPKAN DIRI, AMANAH BESAR MENANTI
Kita memang sedikit sebanyak terganggu dgn adanya GHB.
Fokus kita untuk menentang penyelewengan UMNOBN terganggu kerana terpaksa menangkis propaganda mereka yg menganggap kita 'opponent' utama, bukan lagi UMNOBN.
Sebahagian dari kita malah mungkin tidak sedar menghabisi masa dan sumber melayan karenah kumpulan ini. Sehingga terganggu fokus yg sepatutnya.
Saya menilai ada pentingnya diperhati apa yg menjadi subjek yg menjadi modal mereka sehingga ada yg boleh terpengaruh tanpa melihat gambaran besar kesan penyakit GHB ini.
Kesimpulan mudah, rakyat yg terlalu sangat kecewa dengan kerajaan yg korup sekarang terlalu sangat berharap tamatkan penguasaan BN dengan kemukakan solusi yg meyakinkan supaya boleh mendorong sokongan diterjemah dipeti undi.
Di sini GHB mencanangkan persepsi seolah olah PAS tak punya kualiti untuk jadi alternatif pilihan. Mereka bagai mengangkat bakul berkata mereka adalah 'baka' terbaik dalam PAS. Tanpa mereka PAS tiada apa apa.
Saya boleh ambil pendekatan menghurai panjang lebar untuk tunjuk betapa bohong dan pendek akalnya hujah mereka yg seolah olah perasan profesional ini.
Tapi saya rasa adalah lebih profesional jika PAS mengambil langkah pertama dalam urutan proses problem solving dengan mengiktiraf masalah jurang persepsi yg ada. Iaitu hakikat sebenarnya keadaan PAS adalah jauh lebih baik dari apa yg mereka cuba gambarkan.
Jika mereka kata profesional tiada dalam PAS, tonjolkanlah dan bergerak ke hadapanlah semua golongan profesional yg ada dlm PAS. Tidak perlu lagi sekadar menjadi pendokong belakang tabir.
Hari ini kita perlu buang segala curiga yg ada kerana yg menyimpang fikrahnya mudah dikenal pada hari ini. Bukan hanya golongan profesional sahaja boleh tergelincir, yg golongan agama pun boleh tunduk kpd DAP.
Rakyat mahu melihat keseimbangan dan kewibawaan.
Persepsi itu perlu dibentuk. Jangan harap ia terbentuk dgn sendiri.
Kualiti asas seperti akhlak yg baik, matang, lantang, berfikiran jauh, dinamik, responsif, isu yg relevan dgn rakyat, jadi pembela kpd rakyat, jadi jurucakap bagi pihak rakyat, jadi pembimbing dan penunjuk arah dalam membentuk pemikiran yg positif dan baik untuk rakyat, jadi negarawan yg dilihat mendokong negara, jangan sampai dilihat pencetus huru hara, jangan jadi penganjur kpd sikap anti undang2 negara kerana jika kita pimpin negara, kitapun mahu undang2 terpelihara. Membentuk budaya anarki tidak akan bawa negara ke mana mana.
Jagalah penampilan dan perwatakan diri. Jangan kerana gaya kita, rakyat prejudis kpd kita. Berapa ramai yg berlaku kerana kurangnya senyum, maka ditafsir dingin atau sombong. Kerana berketrampilan dgn imej yg dilabel ekstrim agama, maka yg bukan Islam atau rakyat biasa2 buat kesimpulan tertentu dan segan untuk mendekati. Walhalnya orangnya baik sangat budipekerti, ramah dan mudah didekati.
Semua ini ada seni dan strateginya.
Bukan boleh anggap tak ada apa apa, tak penting dan tak syarie.
Bila Dr Morsi, Presiden Mesir yg sah, berkot dan berpakaian lain dari kebiasaan tokoh agamawan dari Ikhwan bila memegang jawatan, maka ada persepsi yg cuba beliau tangani dengan kaedah itu. Beliau faham pengaruh sekular dikalangan rakyat Mesir sangat tebal disebalik kewujudan Ikhwan sbg gerakan Islam yg terulung dipentas dunia.
Memasuki medan politik yg bergantung kepada penerimaan pengundi yg diterjemah dalam bentuk undi popular, pemahaman corak pemikiran pengundi adalah penting.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
28hb Julai 2015

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej