Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, July 24, 2015

Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) menjelaskan bagaimana strategi licik DAP


Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) menjelaskan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus operandi untuk memecahkan undi Melayu/Islam di Malaysia.
Menurutnya, dengan perpecahan undi Melayu/Islam kepada UMNO, PAS, PKR dan parti Islam baharu, ia bakal menguntungkan DAP sebagai ‘King Maker’ politik di negara ini.
SYA adalah bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.
Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS
1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan protes membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protes yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB (Selangor) dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.
3. Kekayaan, kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.
4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang, Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya, Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.
5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggulingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya, rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingkirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.
6. Namun begitu, LGE dan DAP bukanlah calang – calang orang. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjudian yang mudah. Oleh itu, semasa kempen dan pemilihan PAS, LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan Lim Guan Eng (LGE) dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin – pemimpin tajaan DAP.
7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini, DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.
8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.
9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka.
10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga ?
Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita ?
Saya lama mencari dlm internet apakah agama Lim Guan Eng ni. Payah sungguh nk cari. Kebanyakkn link tak nyatakn agama dia & ayahnya.
Hr ni jumpa dlm satu blog. Agamanya mmg kristian dan nama penuh Joseph Lim Guan Eng.
Pemimpin DAP kebanyakknnya kristian ttp bukan sebarang kristian tp "well fund christian".
Boleh sesiapa carikan maklumat...
AHLI DAP KELUAR PARTI
BANGI, Jumaat – Seorang ahli DAP mendakwa terlalu kecewa dengan cara pemimpin partinya menguruskan konflik antara pakatan rakyat, dan memutuskan untuk keluar dari parti cauvinis itu.
Lin Han Long, dalam satu surat terbuka kepada pemimpin DAP, menyenaraikan empat sebab kekecewaannya terhadap parti yang sebelum ini sangat dikaguminya itu.
Han Long meletakkan ‘kesombongan dua beranak pemimpin DAP’, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, sebagai sebab pertamanya.
Katanya, dalam perbalahan DAP-PAS, duo DAP itu hanya tahu ‘menambah minyak ke atas api’, bukan cuba menggunakan kebijaksanaan politik untuk menyatukan pakatan demi matlamat yang lebih besar.
“Malangnya saya hanya melihat lautan api, bukan kematangan pertimbangan yang teliti. Bagaimana pemimpin begini boleh memerintah negara?” soalnya.
Han Long turut menyalahkan DAP dengan mendakwa, keruntuhan pakatan rakyat adalah berpunca daripada sikap DAP sendiri.
DAP katanya, telah menolak cadangan PAS supaya menerima perinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam isu hudud, dan bergerak atas titik persamaan khususnya menentang hegemoni rasuah.
“Tetapi DAP berpendapat bahawa sama ada anda rakan atau musuh, oleh kerana mempunyai impian yang berbeza, maka DAP memilih untuk menyerang PAS sebelum muktamar tanpa sebarang pengecualian.
“Bagaimanakah pihak ini boleh menangani isu-isu nasional yang lebih besar dan konflik pada masa akan datang?” soal beliau lagi.
Han Long berkata, sikap DAP yang hanya membangkang semata-mata dalam isu hudud, tanpa ada rundingan atau persefahaman menyusul selepas itu menunjukkan parti itu sebenarnya ‘rendah kemampuan politik’.
“Biarlah saya mengesyaki bahawa: sejak mula DAP telah mengetahui (perjuangan hudud PAS), tetapi terus kerjasama untuk memancing undi,” katanya sambil menambah pemimpin senior DAP juga mengamalkan budaya politik yang buruk

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej