Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, March 31, 2016

Teresa Kok bertanya kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, "Kami penganut Kristian menganggap Tuhan adalah bapa

Teresa Kok bertanya kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, "Kami penganut Kristian menganggap Tuhan adalah bapa. Mana mungkin kasih sayang si bapa sanggup menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas anak-anaknya (baca hamba)?"

Antara jawapan spontan Tuan Guru adalah "Kasih sayang Allah kepada hambanya lebih hebat dari kasih bapa kepada anaknya... Jika seseorang sakit. Demi menyelamatkan nyawanya, pakar perubatan menetapkan perlu dipotong sebahagian anggota badannya. Adakah doktor itu boleh ditohmah sebagai zalim dan gila?"

Tambahan saya, bahkan si bapa yang kaya dengan kasih sayang sekalipun, tidak akan sanggup membedah anaknya yang sedang tenat.

Petikan dari kitab 'Syubuhat Wa Aqabat Haul Tatbiq al-Syariah Fi Malizya' (Kekeliruan dan Halangan Seputar Isu Perlaksanaan Syariat di Malaysia). Tulisan Tuan Guru Abdul Hadi cetakan 2004.

Kitab ini sedang dalam usaha diterjemahkan dari bahasa Arab ke Melayu dan ditambah hujah-hujah terkini oleh Tuan Guru.

Larangan ikut hukum jahiliah dan pemimpin musyrik

[1/9, 11:24] Roslan Mat Noh: Surah Al-Maeda, Verse 48:
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
(Melayu)

via iQuran
[1/9, 11:24] Roslan Mat Noh: Surah Al-Maeda, Verse 49:
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
(Melayu)

via iQuran
[1/9, 11:24] Roslan Mat Noh: Surah Al-Maeda, Verse 50:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
(Melayu)

via iQuran
[1/9, 11:25] Roslan Mat Noh: Surah Al-Maeda, Verse 51:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
(Melayu)

via iQuran
[1/9, 11:25] Roslan Mat Noh: Surah Al-Maeda, Verse 52:
فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَن تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنفُسِهِمْ نَادِمِينَ

Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
(Melayu)

via iQuran
[1/9, 11:25] Roslan Mat Noh: Surah Al-Maeda, Verse 53:
وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا أَهَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَأَصْبَحُوا خَاسِرِينَ

Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
(Melayu)

via iQuran

Wednesday, March 30, 2016

kononnya PAS lebih sibuk hentam PAN dan DAP, konon PAS cuma bercakap soal hudud, tak serang UMNO ?

Saya meneliti 2 edisi terakhir Harakah (edisi Isnin dan Khamis) sekadar untuk muhasabah benarkah tohmahan tertentu kononnya PAS lebih sibuk hentam PAN dan DAP, konon PAS cuma bercakap soal hudud, tak serang UMNO...

Dari berpuluh muka surat Harakah Isnin lalu, hanya di muka surat N17 YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam berita suku muka surat menjawab secara jelas isu politik Terengganu yg dicuba dimainkan persepsi oleh PAN.

Manakala dipuluhan muka surat lain menyentuh isu
DLP (program dwibahasa)
PAS Tolak Keganasan
Tragedi Belgium ,Turki
Diskriminasi Warga Pendidik
Penerangan Tentang Blok Ke Tiga
TPPA
Kos Sara Hidup
Laporan Ekonomi Terakhir Zeti Akhtar
Isu CSR dan Rumah Mampu Milik
Isu Banteras Perjudian
Penerbangan
Kualiti Pengasuh Kanak Kanak
Penguasaan Sains, Matematik, Teknologi, Kejuruteraan
Peranan Jawatankuasa Fatwa
Kaji Masa Fleksibel Wanita Bekerja
Hutang Peneroka Felda.
Kejohanan Muay Thai patuhi syariah di Kelantan
Projek Pembangunan Anak Muda
Pemimpin Politik Teroka Tanah Kerajaan
GST dan cukai berasaskan pendapatan
Cadangan masa bekerja kaum Ibu 5 jam
Perkasakan sains matematik dengan bahasa melayu
Perbanyak senarai barang sifar GST.
Kempen dan Tawaran PAS untuk PRN Sarawak
Bantuan Kepada Penoreh Getah
Fikrah
Perkasakan Usrah
Utuh dgn Prinsip
Demokrasi dibunuh BN
Isu Antarabangsa
Penuhi Konsep Digital PAS
Langkah Serius Tangani Isu Air
Khidmat Malaysia bantu mangsa kebakaran
PASTI
Hak Asas Masyarakat India tetap diutamakan
Keamanan dan Keadilan dalam Islam
PAS bersama Agenda Rakyat
MB Terengganu Cemas
Saman Mahathir Najib, Biar Mahkamah selesaikan.

Sebenarnya hampir setiap edisi harakah saya baca dan tengok keseimbangan kandungan.

Sepanjang bulan ini banyak juga program ceramah, taklimat, chit chat, dialog yang saya hadir.

Seperti juga seperti masa lalu, fokus penceramah PAS menerangkan isu yg hampir semuanya pendedahan kegagalan UMNO. Fitnah besar mereka yg kata PAS ni bekerjasama dengan UMNO.

Sedikit sebanyak mungkin dalam 5% masa diguna untuk menjawab serangan nakal PAN dan DAP. Rata rata penceramah PAS sebenarnya dah bosan dan tak mahu layan kumpulan ini.

Fokus adalah mengajak rakyat khususnya ahli UMNO agar faham perjuangan PAS dan sokong usaha PAS pimpin perubahan.

- Ahmad Amzad Hashim

Nana Malaysia sudah disebut sebut sebelum merdeka lagi !

Buku ini ditulis oleh Profesor Rupert Emerson pada tahun 1937 bertajuk 'Malaysia - A Study in Direct And Indirect Rule.

Maknanya nama Malaysia sudah disebut sebut dimasa itu... malahan sebelum itu lagi di tahun 1889

Perancangan siapakah ini??? Apakah UMNO pejuang kemerdekaan???

Sejarah ditulis oleh puak yang menang... Pelajaran sejarah diberhentikan bertahun2 untuk membutakan anak generasi...

Korang klik dan baca, fikirkan sampai bila kita nak menyimpan UMNO lagi...

Generasi tak boleh dobodohkan lagi... Generasi tak boleh di biarkan menjadi mangsa...

Selamatkan UMNO seperti yang dilakukan mereka, hanya memberikan kekuatan kepada mereka meneruskan penipuan....

Sedarlah wahai rakyat Malaysia semua... perjuangan sekular adalah membiarkan UMNO BN & puak2 yang sewaktu dengannya mewarisi amanah British menindas, menyesatkan dan menzalimi negara sendiri...

http://tenterasemutgerup.blogspot.my/2012/01/malaysia-wujud-sejak-1937-lagi-betul-ke.html

http://tenterasemutgerup.blogspot.my/2012/07/nak-kau-malaysia-dah-disebut-pada-1.html

MODUS OPERANDI IRC : KALAU TAK BOLEH KUASAI DARI DALAM MAKA TARIK AHLI MEREKA KELUAR BERAMAI-RAMAI

[3/22, 12:16 AM] Khairuddin: MODUS OPERANDI IRC : KALAU TAK BOLEH KUASAI DARI DALAM MAKA TARIK AHLI MEREKA  KELUAR BERAMAI-RAMAI.

Oleh: Zaharudin Muhammad.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa G18 dan GHB tidak menghantar surat rasmi perletakan ahli PAS tetapi terus menerus mengfokuskan kempen kepada ahli PAS untuk menyertai GHB. Ramai kenalan saya memberitahu mereka diajak menyertainya tetapi mereka menolak. Tetapi anda tidak akan hairan jika anda memahami modus operandi mereka 'jika anda tidak boleh menguasai dari dalam, maka keluarkan ahlinya beramai-ramai.' Nanti anda akan faham bahawa IRC menubuhkan parti baru bukan kerana tidak puas hati, tetapi memang itu agenda mereka dari dulu, agenda untuk memiliki sebuah parti politik sama ada dengan infiltration (penyusupan) atau tubuh sendiri. Jika anda fikir mendalam, anda akan temui hakikat ini setelah anda renung secara waras alasan-alasan mereka menubuhkan GHB adalah langsung tidak rasional. Kerana kalah? ramai yang kalah dan pasti berlaku setiap pemilihan. Kerana lari dari landasan Islam? Mana buktinya. Kerana lemah? Adakah mereka akan terus kuat dengan parti baru dan kenapa tidak tunggu pemilihan 2 tahun lagi untuk lawan balik?

Jika anda biasa dengan strategi ketenteraan dan politik, mungkin anda akan dengar istilah Counterinsurgency dan salah satu strategy yang digunakan 'if you cannot beat them destroy them' (jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya).

IRC adalah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia tahun 80an dan cuba menyelinap di dalam parti politik dan persatuan-persatuan Islam tetapi gagal menguasainya. Mereka berjaya mengembangkan pengaruh sekitar 1990an dengan penubuhan NGO. Mereka dilihat mula memasuki semula arena politik secara langsung sekitar akhir 1990an dan mula aktif sepenuh masa dengan politik sehingga kini.

Antara individu yang aktif politik pada hari ini yang disebut namanya oleh Dr Fuad Salleh (selain individu-individu ini makruf di kalangan aktivis-aktivis dakwah) sebagai pemimpin IRC ialah Saari Sungip yang dikenali sebagai Abu Urwah, Dr Abd Rahim Ghouse (mastermind PKR bersama kumpulan Rafizi dan Saifudin Nasution). Menurut dr Fuad Salleh, ada di kalangan IRC yang radikal dan lebih agresif telah memperkenalkan Parti Negara Islam seperti Khalid Samat, tetapi tidak mendapat sambutan. Apabila tidak mendapat sambutan, mereka telah menggabungkan diri dalam PAS. (Liku-liku Gerakan Islam Malaysia: M/S 80). Antara tokoh besar lain di peringkat Junior ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan individu yang telah melalui perkaderan jalur ini.

Modus operandi ini jelas disebut secara bertulis selepas IRC gagal menguasai ABIM daripada dalam. Mereka telah mula mengambil langkah melemahkannya dengan menarik keluar seramai mungkin ahli-ahli ABIM.

Di muka surat 22 di dalam kertas Grand Design Harakah Islamiah Syamilah menyebut: "(2) Keluar beramai-ramai: Apabila tiada harapan HIS memanfaatkan ABIM, ikhwah kita diundurkan dengan membawa keluar seberapa banyak ahli-ahli ABIM bersama-sama. Kehadiran jemaah diteruskan dengan beberapa orang sahaja dengan tujuan: mengikuti perkembangan dalam ABIM, menjaga ABIM dari dimanfaatkan oleh musuh. (3)Tubuh Wadah (platform) baru: Olih kerana hajat HIS kepada wadah yang berfungsi seperti ABIM, penubuhan satu wadah baru yang berdaftar perlu diusahakan."

Usaha ini adalah yang paling akhir setelah mereka gagal pada langkah pertama dan kedua, iaitu langkah menguasai dari dalam dan langkah menyingkirkan pemimpin-pemimpin asal ABIM. Di muka surat 21 menyebut: "Buat masa ini, qiadah (pemimpin) ABIM menjadi penghalang kepada pengislahan (menguasai dari dalam). Tanpa perubahan dalam pendirian mereka, kita tidak nampak jalan lain kecuali menyingkirkan mereka. Menyingkirkan mereka bukanlah mudah. Perlembagaan ABIM amat menyebelahi JKK Pusat. Kini harapan mengislahkan (menguasai dari dalam) ABIM semakin tipis kerana kemasukan anasir solihat (HIS) disekat (dan) kebencian terhadap Jama'ah meluap-luap, ternyata dengan kempen memburuk-burukkan IRC."

Taktikal pergerakan ini dikenali sebagai 'jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya'. Iaitu salah satu cara dan modus operandi Counterinsurgency apabila orang politik atau tentera tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu area atau tempat.

Setelah sebahagian besar pimpinan IRC tidak terpilih di dalam muktamar baru-baru ini akibat beberapa "silap langkah" khususnya penubuhan PASMA dan sokongan DAP terhadap mereka, menjadikan mereka mengambil masa yang lama untuk masuk menguasai semula. Mungkin pimpinan yang ada sekarang boleh ditukar di dalam muktamar akan datang, tetapi mungkin alternatif pada masa itu bukan lagi mereka, tapi orang lain, menjadikan PAS sebagai wadah (platform gagal). Sebab itu jika anda kaji sebab mereka tubuh parti baru, sampai hari ini tiada alasan yang kuat. Jika tidak berpuashati, maka tunggu muktamar akan datang. Apa salahnya?

Tetapi, jika anda tak boleh kuasai, maka hancurkannya. Sebab ti target mereka selepas ini ialah lawan PAS dalam Pilihanraya. Ianya cukup jelas melalui kenyataan Dr Mujahid : “We define ourselves as a progressive Islamic party, and our number one opponent is PAS," (kami mendefinisikan kami sebagai Parti Islam Progresif dan lawan  nombor satu kami ialah PAS). Sekalipun beliau cuba menumpulkan terjemahan The Malay Mail Online tentang "our number one opponent is PAS" sebagai "musuh utama (GHB) ialah PAS", tetapi beliau tidak memberikan alternatif terjemahan baru ganti kepada 'musuh utama' tetapi cuba spin dan divert kepada 'konteks medan pilihanraya'. Semua faham, mana ada parti politik berlawan di gelanggan tinju atau gusti. Parti politik berlawan di dalam Pilihanraya. Tetapi sampai hari ini Dr Mujahid belum menghantar surat rasmi untuk keluar dari PAS.

Balik kepada pokok utama kita sekarang, modus operandi "tarik ahli keluar beramai-ramai" sememangnya sudah diamalkan dan disebut di dalam kertas HIS/IRC dan individu-individu yang terlibat dalam politik GHB hari ini adalah dari kalangan individu-individu yang terlibat dan lahir dari perkaderan IRC dan HIS.

Sebab itu anda jangan hairan jika mereka enggan meninggalkan PAS sekarang dan menyusun jadual roadshow serta kempen menyertai mereka dalam keadaan mereka masih ahli PAS dan tidak mengisytiharkan keluar PAS sehingga ke hari ini. Sepatutnya mereka hantar surat rasmi keluar PAS sebelum mereka buat roadshow dan sebelum pengisytiharan penubuhan parti baru.

Jangan anda membaca IRC ini sebagai lagenda dan sejarah kerana IRC belum lagi menjadi sejarah justeru modus operandi dan orang-orangnya masih aktif dari 1970an sehingga sekarang. Sekalipun umur penubuhan PAS, UMNO, ABIM dan lain-lain jauh lebih awal daripada IRC dan HIS, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan ini belum llagi menjadi lagenda dan sejarah justeru perlembagaan, dasar, individu penggerak dan modus operandi masih lagi berjalan sampai sekarang. Begitu juga dengan IRC dan HIS, oleh kerana individu penggerak, modus operandi dan dasarnya masih lagi berjalan sampai sekarang, maka ia belum menjadi lagenda dan sejarah. Apa yang mengelabui mata anda ialah pergerakan IRC adalah sulit dan bawah tanah, berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan lain.

Sekian.

Nota: Nanti saya akan bagi bukti IKRAM cuba menafikan kerta grand design HIS dengan hujah kertas itu tidak diterima pakai selepas itu. Sekali lagi saya tegaskan, saya langsung tidak memaksud IRC adalah IKRAM justeru saya yakin lebih 90% ahli-ahli IKRAM yang cintakan Islam tidak tahu dan apatah lagi terlibat dengan grand design ini. Sepatutnya pimpinan IKRAM tidak respon terhadap pendedahan saya ini sebab sedari awal saya sudah disclaim keterlibatan mereka.
[3/22, 12:16 AM] Khairuddin: Terbaik.. Sebarkan seluas2nya sehingga umum mngetahui punca permasalahan yg berlaku. Allah berfirman: Mereka merancang A llah juga merancang, tapi Allahlah sebaik2 perancang..

Tuesday, March 29, 2016

Takkan Anwar pun dah senada seirama dgn TGHH dalam bab demokrasi...hehe..check mate

Takkan Pak Syeh Abg Non pn dh senada seirama dgn TGHH dalam bab demokrasi...hehe..check mate....lalalalalaaa...

Anwar Ibrahim kritik pakatan Dr.M-Kit Siang
30 Mac 2016 12:30 AM

KUALA LUMPUR 29 Mac – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai tidak memberi penekanan kepada kuasa rakyat.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Anwar menyifatkan gerakan pakatan itu tidak memberi sebarang perubahan kepada institusi penting di negara ini selain mengurangkan kuasa rakyat.

Kata Anwar kepada pembe­rita di luar mahkamah Jalan Duta di sini semalam, apa yang dilakukan Dr. Mahathir dan Kit Siang tidak mencukupi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kamu tidak boleh menggunakan golong­an elit untuk menentukan hala tuju negara. Ia mesti menerusi pilihan demo­krasi rakyat. Jadi, kembali kepada tadbir urus institusi dan demokrasi. Itu yang didapati kurangnya dalam deklarasi yang dibawa oleh mereka,” katanya.

Tambah Anwar, badan kehakiman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara institusi yang perlu diubah.

Ditanya siapa yang oleh menggantikan Perdana Menteri, Anwar berkata, itu tertakluk kepada rakyat untuk menentukannya, bukan UMNO.

“Mesti ada pilihan raya yang demokrasi dan adil,” katanya

SEJARAH PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK - PAS DATANG UNTUK MENANAM BENIH

SEJARAH PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK - PAS DATANG UNTUK MENANAM BENIH (SIRI 1)

Alhamdulillah atas segalanya. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sarawak secara rasminya ditubuhkan pada 25 September 1996 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1416H dengan perlantikan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama bagi sesi kepimpinan 1995-1997.

Ini bermakna tahun ini 2016 genaplah PAS Sarawak berusia 20 Tahun! 2 dekad PAS terlibat dalam mewarnai usaha dan gerak kerja mengangkat agenda siasah (politik), dakwah dan tarbiyah Islamiyah di Bumi Kenyalang.

Berikut merupakan Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Sarawak semenjak penubuhannya sehingga kini:

Penaja: Ustaz Mansor Din (Almarhum)
1995-2003: Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi
2003-2009: Tuan Hj Adam Ahid (Almarhum)
2009-2010: Ustaz Othman Mustapha (meletak jawatan pada 30 Mei 2010)
2010-2015: Tuan Hj Adam Ahid (Almarhum)
2015-Kini: Tuan Haji Jofri Jaraiee.

Tahun 2001 telah mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melibatkan diri dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak. Sebelumnya PAS Sarawak telah mengukir sejarah bila buat julung kalinya bertanding dalam Pilihanraya Umum tahun 1999 untuk Kerusi Parlimen iaitu di P.174 Batang Sadong. Sarawak satu-satunya negeri yang masih menjalankan Pilihanraya Kerusi Parlimen dan Pilihanraya Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan.

Keputusan Pilihanraya P.174 Batang Sadong pada Pilihanaraya Umum tahun 1999 adalah seperti berikut:

BN - Hajjah Sukinam Domo (7,656 undi)
KeADILan - Sahari Bin Pet (701 undi)
PAS - Othman Bin Mustapha @ Mos (2,438 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 5,218 undi.

Menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-8 yang diadakan pada 27 September 2001, dengan tema "Kamek Nyokong PAS, Sik Nyokong BN", PAS membuat keputusan bertanding di tiga Kerusi daripada 62 Kerusi DUN pada masa tersebut seperti berikut:

N.07 Samariang
Calon: Mohd Shokri Mohd Fauzi

N.18 Sadong Jaya
Calon: Haji Adam Ahid (Almarhum)

N.21 Beting Maro
Calon: Abang Ahmad Abang Dahalan

Ketiga-tiga DUN tersebut menjadi DUN “angkat” kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu (DUN Samariang), Kedah (DUN Sadong Jaya) dan Kelantan (DUN Beting Maro).

Pada masa kempen pilihanraya 2001, tiga pemimpin utama PAS Pusat terdiri daripada YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am (Almarhum), YB Dato' Haji Fadzil Mohd Nor -Presiden (Almarhum) dan YAB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Timbalan Presiden telah turun padang mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di tempat masing-masing.

Sebelumnya pada sebelah malam 17 September 2001, kesemua pemimpin tertinggi tersebut telah mengadakan ceramah pengisytiharan nama calon di tempat masing-masing.

YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengetuai perarakan di DUN N.07 Samariang. Pusat Penamaan calon bagi DUN tersebut adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Petrajaya II.

Di DUN N.18 Sadong Jaya pula, Presiden PAS Dato' Fadzil Mohd Nor mengetuai perarakan di pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Iboi Maloi.

Sementara itu YAB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan menuju ke Pejabat Daerah Pusa yang merupakan Pusat Penamaan calon di DUN N.21 Beting Maro.

YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa inilah kali pertama (tahun 2001) kehadiran PAS di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak dan ia lebih kepada untuk menyemai benih bagi terus bertapak. Beliau menjelaskan  demikian ketika  ditanya sejauhmana peluang PAS di dalam Pilihanraya Negeri Ke-8 tersebut.

Apabila ditanya oleh wartawan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang antarabangsa Kuching, berkaitan kemungkinan akan berlaku pertembungan antara sesama parti Barisan Alternarif (BA) di DUN Samariang, beliau menjelaskan bahawa itu  merupakan perkara teknikal yang sebelum ini telah berlaku. Beliau memberi contoh bagaimana di dalam Pilihanraya Umum 1999 di mana pertandingan 3 penjuru telah berlaku di Parlimen P.174 Batang Sadong (seperti dinyatakan di awal tadi).

Sementara itu, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Hussin Awang yang hadir bersama pasukan bantu dari Terengganu, ketika menyampaikan ceramah perasmian POS UPU Samariang di Kg Samariang Hulu pada masa tersebut telah menjelaskan:

"PAS bertanding hanya di 3 DUN di Sarawak dalam Pilihanraya Negeri Ke-8 adalah sebagai permulaan untuk bertapak di Sarawak.

Walaupun kali ini PAS hanya meletakkan 3 calon, ianya akan menjadi suara penegur kepada kerajaan yang memerintah. Ini kerana sudah terlalu banyak kesilapan serta kelemahan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh PBB.

Oleh itu, amat wajarlah pengundi di Samariang memberi peluang kepada PAS dalam Pilihanraya kali ini."

Keputusan calon PAS di DUN Beting Maro dan Sadong Jaya pada Pilihanraya Negeri tahun 2001 amat memberangsangkan. Namun di DUN Samariang, calon PAS telah hilang deposit dalam satu pertandingan 3 penjuru dengan calon BN (PBB) dan PKR. 

Bersambung di Siri 2... In shaa Allah.

#PRNSarawak
#PAS4All
#UntukmuSarawak
#SarawakSejahtera
#KamekNyokongPAS
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Dicatat Oleh:
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Setiausaha PAS Negeri Sarawak.

https://m.facebook.com/461896537313364/photos/a.462058217297196.1073741828.461896537313364/565581600278190/?type=3

Tinggalan arwah ust Azizan Bangunan Tunku Yaacob terbengkalai sejak lebih 30 tahun

Tinggalan arwah ust Azizan

Bangunan Tunku Yaacob terbengkalai sejak lebih 30 tahun.
Uztaz  "Tok Lebai PAS " cuma memerintah satu penggal saja telah dapat selesaikannya !
Sebuah universiti dibangunkan di kuala ketil ( dengan kos yg sangat rendah dan mengejutkan BN !)
Lebih 1000 geran tanah diberikan kpd rakyat jelata !

Gaji kakitangan kerajaan negeri dibiayai sendiri tanpa meminta minta dari kerajaan pusat seperti yg berlaku semasa UMNO perintah !

Tanpa rasuah, telus tanpa seleweng !
Hampir setiap bulan rakyat di kampong kampong diberi bantuan dan pertolongan !

Pondok pondok dan tahfiz mendapat peruntukan RM 1 juta setahun !

Tuuuu pun arwah diajak bergesel oleh ketua PASMA kawan baik GHB dan puak yg kalah pemilihan PAS hari tuh !
Apa yg hangpa tak puas hati lagi ?

Hangpa nak tera mana lagi ?

Nasib baik arwah dah meninggal, kalau tidak ISU PERINTAH SEPENGGAL JADI MODAL DEPA !

Monday, March 28, 2016

Salinan ini disimpan rapi walaupun banyak kali di padam dari inbox persaorangan yang terpilih demi menghormati PAS. Namun apakan daya

Salinan ini disimpan rapi walaupun banyak kali di padam dari inbox persaorangan yang terpilih demi menghormati PAS. Namun apakan daya.

Saudara XXX.
Saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik namun saya hanya tak suka UMNO kerana amalan kapitalis cintakan duit tanpa faktur perbezaan halal haram.

Satu ketika dulu saya amat meminati TGHA kerana beliau paling berani menegur Mather dan beliau gemilang sehingga mempesonakan masyarakat sehingga mendapat sokongan memerintah Trengganu. Saya bekerja di KT dan berulang alik KL-KT-KL melalui Rusila kampung TGHA. Kena pelahan melalui Rusila kerana setiap jumaat Rusila bagaikan Bandar Mekah dipenuhi makmum berpakaian putih. Off-course jem gila menyebabkan perjalanan terganggu.

Dalam benak aku, mengapa MB Trengganu menghabiskan masa nya di Rusila sedangkan beliau adalah MB Negeri Trengganu........ masa ini pandangan saya majal terhadap TGHA kerana beliau tidak menjalankan tanggungjawab sempurna terhadap Negeri dan masyarakat Trengganu.

Masa ini lagi hati kecil saya dah tahu PAS akan kehilangan Trengganu kerana sikap beliau. Inilah jenis malang berbau dan Negeri itu bertukar tangan. Namun yang aku tak faham TGHA masih diberi peluang memegang mandat dalam PAS sedangkan saya beranggapan beliau adalah orang yang bersalah dalam PAS. Beliau menunjukkan banyak salah laku dalam PAS namun kebijaksanaan TGNA menjadi mahraj PAS selalu dapat memposisi PAS parti yang disanjungi dan di santuni.

Dasar TGHA amat membahayakan sistem PAS dan boleh memecahbelahkan ahli2 sehingga dalam benak ku juga berfikiran TGHA ni xxxxx ke? kerana perjalanan politik nya berjalan mereng tidak lurus. Biarkan lah aku kata agaran aku salah terhadap beliau.......namun kereta yang dipandu beliau tidak juga lurus sehingga sekarang.

Saya menghormati hak anda membela PAS dan semuga tindakan anda mendapat reda Allah untuk kebaikan PAS bersatu teguh dan kukuh demi Allah. Saya juga ada hak berfikiran negatif terhadap TGHA namun mengharapkan dan mendoakan beliau teguh memajukan PAS.

LikeLike · · Promote
• XXX and YYY like this.

XXX to Othman Jamaluddin apa yg hang maksudkan?kesalahan yg mcmana hingga tgha di imaginasikan begitu? August 2 at 8:22am · Like

Othman Jamaluddin Masa itu dia MB Terengganu tapi beliau keasikan dengan Rusila saja dan membiarkan Terengganu tidak ditadbirkan dengan sempurna. Yang saya masih ingat tentang pengambilan tanah untuk pembangunan lapangan terbang antarabangsa Terengganu/Malaysia terlupus kerana beliau tak ambil pot pun. Lama-lama masyarakat pun boring dengan sikap ini dengan pengakhiran terlepas pentadbiran Terengganu. Dalam hal agama pulak, apa kah kat Rusila saja ke ramai orang Islam? Macam nak buat Rusila kembar Mekah gamak nya. Tak salah berbuat demikian tapi biarlah ada kesamarataan seluroh Terengganu. Fahaman ini yang buat saya keliru gerombolan di Rusila. Pencaraan beliau bukan untuk kebaikan Terengganu sebagai sumber petroleum dan ekonomi Malaysia. August 2 at 11:27am · Like

XXX:
Hang tsilap,cuba tgok tgna pulak,mengapa beliau curahkan ilmu agama hanya dsekitar masjid pulau melaka dan juga kwsn kotabharu?
Jgn ingat mereka ni robot,kerja dakwah sluruh teganu dh diagih2kan..jgn tlalu cepat mghukum August 2 at 11:32am · Like

Othman Jamaluddin Dengan kehilangan Terengganu dan hanya dapat Rusila? Saya dah pernah jumpa TGHA bersama MA menegur kelemahan ini sebelum PRU12 padahal kekukuhan PAS Terengganu masa tu amat cemerlang. Saya bercakap Fakta bukan ngomongan kosong. Maaf ye... August 2 at 11:38am · Like

XXX:
Memberi kritikan adalah senang,tanpa usaha dari semua pihak kemenangan jgn di damba August 2 at 11:43am · Like

Othman Jamaluddin Petroleum adalah urusan high tech, malang bila dibiarkan urusan hanya dengan pentadbiran politik saja sedangkan agama itu sendiri menekankan keseluruhan. Hanya Allah yang menentukan namun disuruh ummah berusaha. Sempena hari yang mulia ini, aku minta maaf bebanyak dengan kau XXX semuga Islam dipersada ke Agungan, InsyaAllah. August 2 at 11:50am · Like · 1

YYY: · Friends with XXX
kekalahan tgganu disebabkan pecahan kawasan di samping undi rosak yg melampau....org kg kat tgganu byk tak tahu permainan ini...ini faktor utama sbnrnya...mgkn tghh telepas pandang...tpi tgganu tumbang , faktor utama nya bkn disebabkan tghh pun... August 2 at 11:51am · Like · 1


Othman Jamaluddin Tolong sikit bang, pergolakan cerita kerusi Adun Kota Damansara tu masalah siapa? tentunya kerana orang yang bermasalah. August 2 at 12:21pm · Like

XXX:
Aku tetap bdiri bsama kpimpinan ulamak. August 2 at 12:29pm · Like

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.

ASSALAAMU 'ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUH.
Selamat malam kaum muslimin dan muslimat dimana saja berada.
Kajian kita kali ini adalah sebagai panduan ketika menghadapi orang-orang Jahil atau pun bodoh yang suka berdebat dalam bidang agama.
QS AL-A’RAAF 7: 199.
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
KHUDZIL-‘AFWAA WA’MUR BIL-MA’RUUFI WA-A’RIDH ‘ANIL-JAAHILIINA.= Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.

The Meaning In English: “Hold to forgiveness; command what is right; But turn away from the ignorant.”
“KHUDZ=berilah” “AL-‘AFWAA=maaf” jadilah engkau pemaaf, mudah memaafkan di dalam menghadapi perlakuan orang-orang, dan jangan membalas, “WA’MUR=dan suruhlah” “BIL-MA’RUUFI=dengan mengerjakan makruf” perkara kebaikan, “WA-A’RIDH=dan berpalinglah” ‘ANIL-JAAHILIIN=dari orang-orang yang bodoh” janganlah engkau melayani kebodohan mereka.

Ambillah olehmu kelebihan dari akhlaq dan perilaku manusia dengan tanpa paksaan dan kecurigaan (maafkanlah kesalahan manusia). Janganlah kamu meminta sesuatu yang memberatkan mereka sehingga mereka menjauhimu. Perintahkanlah mereka untuk mengucapkan atau melakukan yang baik dan hindarilah pertentangan dengan orang-orang bodoh yang sempit pemikirannya, kalau berdebat mereka melampaui batas.

Sebagian ulama berpendapat, manusia ada dua macam. Pertama: Seorang yang baik budi, maka terimalah budi kebaikannya dan jangan memaksanya di luar kemampuannya. Kedua: Orang jahat, maka yang ini dianjurkan kepadanya yang baik tetapi jika ia tetap merajalela dalam kejahatannya, maka abaikanlah ia. Di lain ayat Allah menyuruh kaum muslimin supaya menolak kejahatan orang dengan cara yag baik, kemungkinan orang yang tadinya memusuhimu akan berubah menjadi kawan yang akrab.

Ibn Jarir radhiallahu ‘anhu berkata, Allah menyuruh Nabi-Nya supaya menganjurkan segala kebaikan dan termasuk semua amal dan ketaatan, juga mengabaikan orang yang bodoh; yakni tidak melayani kebodohannya, ini juga tuntunan kepada hamba supaya sanggup menanggung tantangan orang bodoh dengan kesabaran, asalkan tidak menyalahi hukum yang wajib dalam agama, atau iman terhadap Allah, yakni jika menghadapi yang sedemikian maka harus berlaku tegas dan tidak boleh mengalah.

Setelah ayat-ayat yang lalu mengecam dengan keras kaum musyrikin dan sesembahan mereka, kini tiba tuntunan kepada Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam dan ummatnya tentang bagaimana menghadapi mereka lebih lanjut agar kebejatan dan keburukan mereka dapat dihindari. Ayat ini berpesan; Hai Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam Ambillah maaf, yakni jadilah pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglan dari orang-orang yang jahil.

Kata (خذ) KHUDZ=ambillah” hakikatnya adalah keberhasilan memperoleh sesuatu untuk dimanfaatkan atau untuk digunakan memberi mudharat karena itu tawanan dinamai (أخيذ) Akhiidz. Kata tersebut digunakan oleh ayat ini untuk makna melakukan suatu aktivitas atau menghiasi diri dengan satu sifat yang dipilih dari sekian banyak pilihan. Dengan adanya beberapa pilihan itu, kemudian memilih salah satunya, pilihan tersebut serupa dengan mengambil. Dengan demikian, ambillah maaf berarti pilihlah pemaafan, lakukan hal tersebut dengan aktivitasmu dan hiasilah diri dengannya, jangan memilih lawannya. Demikian Thahir Ibnu ‘Asyur.

Kata “(العفو) AL-‘AFWUU=maaf” terambil dari akar kata yang terdiri dari huruf-huruf ‘Ain, Fa’, dan Wauw. Maknanya berkisar pada dua hal, yaitu meninggalkan sesuatu dan memintanya. Dari sini, lahir kata ‘Afwu yang berarti meninggalkan sanksi terhadap yang bersalah (memaafkan) . Perlindungan Allah dari keburukan dinamai ‘Aafiah.
Perlindungan mengandung makna “ketertutupan”. Dari sini, kata ‘Afwu juga diartikan menutupi, bahkan dari rangkaian ketiga huruf itu lahir makna terhapus atau habis tiada berbekas karena yang terhapus dan habis tidak berbekas pasti ditinggalkan. Ia dapat juga bermakna “kelebihan” atau “banyak” karena yang berlebih dapat ditiadakan atau ditinggalkan dengan memberikan kepada siapa yang meminta atau membutuhkannya dan yang banyak mudah atau tidak sulit dikeluarkan. Karena itu, kata tersebut mengandung juga makna “kemudahan”.

Al-Biqa’i memahami perintah (خُذِ الْعَفْوَ) KHUDZ AL-‘AFWU dalam arti ambillah apa yang dianugerahkan Allah dan manusia tanpa bersusah-payah atau menyulitkan diri. Dengan kata lain, ambil yang mudah dan ringan dari perlakuan dan tingkah laku manusia. Terimalah dengan tulus apa yang mudah mereka lakukan, jangan menuntut terlalu banyak atau yang sempurna sehingga memberatkan mereka agar mereka tidak antipati dan menjauhimu dan hendaklah engkau selalu bersikap lemah lembut serta memaafkan kesalahan dan kekurangan mereka.

Ada juga yang memahami kata (العفو) Al-‘Afwu dalam arti moderasi/pertengahan. Yang memilih pendapat ini menilainya sebagai mencakup segala kebaikan karena moderasi adalah yang terbaik, juga—kata mereka—memahaminya dalam arti tersebut menghindarkan timbulnya kesan pengulangan perintah karena perintah memaafkan hampir sama dengan perintah terakhir ayat ini, yakni berpalinglah dari orang-orang jahil atau bodoh.

Bahwa moderasi adalah yang terbaik merupakan pendapat banyak ulama dan filosof. Namun, memahami kata tersebut demikian tidak atau belum ditemukan dalam kamus-kamu bahasa. Di sisi lain, berbeda antara berpaling dan memaafkan. Yang pertama tidak menghiraukannya, tapi boleh jadi hati tetap marah dan menanti kesempatan untuk membalas dan meluruskan kesalahannya. Adapun memaafkan, luka yang terdapat di hati diobati dan kemarahan serta kejengkelan akibat perlakuan buruk dihapus sehingga tidak berbekas.

Perlu dicatat bahwa perintah memberi maaf kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ini adalah yang tidak berkaitan dengan ketentuan agama. Perintah tersebut adalah yang berkaitan dengan kesalahan dan perlakuan buruk terhadap pribadi beliau. Sekian banyak ayat yang mengingatkan agar menegakkan hukum dan keadilan terhadap para pelanggar hukum, seperti firman-Nya:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Pezina perempuan dan pezina dan laki-laki, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS an-Nuur 24: 2).

Kata (العرف) AL-‘URF sama dengan kata (معروف) MA’RUF, yakni sesuatu yang dikenal dan dibenarkan oleh masyarakat, dengan kata lain adat istiadat yang didukung oleh nalar yang sehat serta tidak bertentangan dengan ajaran agama. Ia adalah kebajikan yang jelas dan diketahui semua orang serta diterima dengan baik oleh manusia-manusia normal. Ia adalah yang disepakati sehingga tidak perlu didiskusikan apalagi diperbantahkan.

Surah Aali ‘Imraan [3]: 104 menggunakan istilah (خير) KHAIR untuk menunjuk wahyu Ilahi yang merupakan nilai-nilai universal dan mendasar, sedang nilai lokal dan temporal dinamainya ma’ruf. Yang pertama tidak boleh dipaksakan sedang yang kedua adalah hasil persepakatan. Karena ini merupakan hasil persepakatan, ia dapat berbeda antara satu masyarakat dan masyarakat yang lain, bahkan antara satu waktu dan waktu lain dalam satu masyarakat. Dalam konteks ini, dapat dipahami ungkapan yang menyatakan: “Apabila ma’ruf telah kurang diamalkan, dia menjadi munkar; dan apabila munkar telah tersebar, dia menjadi ma’ruf.” Pandangan ini dapat diterima dalam konteks budaya, tetapi penerimaan atau penolakannya atas nama agama harus dikaitkan dengan nilai-nilai agama yang bersifat universal dan mendasar itu.

Dengan konsep “ma’ruf”, al-Qur’an membuka pintu yang cukup lebar guna menampung perubahan nilai akibat perkembangan positif masyarakat. Hal ini agaknya ditempuh karena ide/nilai yang dipaksakan atau yang tidak sejalan dengan perkembangan budaya masyarakat tidak akan dapat diterapkan. Perlu dicatat bahwa konsep “ma’ruf” hanya membuka pintu bagi perkembangan positif masyarakat, bukan perkembangan negatifnya. Dari sini, filter nilai-nilai universal dan mendasar harus benar-benar difungsikan. Demikian juga halnya dengan munkar yang pada gilirannnya dapat mempengaruhi pandangan tentang “muru’ah”, indentitas dan integritas seseorang.

Kata (الجاهلين) AL-JAAHILIIN adalah bentuk jamak dari kata (جاهل) Jaahil. Ia digunakan al-Qur’an bukan sekadar dalam arti seorang yang tidak tahu, tetapi juga dalam arti pelaku yang kehilangan kontrol dirinya sehingga melakukan hal-hal yang tidak wajar, baik atas dorongan nafsu, kepentingan sementara, atau kepicikan pandangan. Istilah itu juga digunakan dalam arti mengabaikan nilai-nilai ajaran Ilahi.

Ayat ini, walau dengan redaksi yang sangat singkat, telah mencakup semua sisi budi pekerti luhur yang berkaitan dengan hubungan antar-manusia. Ia dipaparkan al-Qur’an setelah menguraikan secara panjang lebar bukti-bukti keesaan Allah Subhanahu Wa-Ta’ala serta setelah mengecam kemusyrikan dan menunjukkan kesesatannya. Penempatan ayat ini sesudah uraian tersebut memberi kesan bahwa Tauhid harus membuahkan akhlaq mulia dan budi pekerti yang luhur.
Semoga bermanfaat dan mudah2an kita selalu dalam lindungan dan bimbingan Allah Subhanahu WaTa'ala....Aamiin Alloohumma Aamiin

Saturday, March 26, 2016

Tghh mmbawa usul Murtad ke Parlimen,tp di tolak


Ayob Hussin
2 mins

Masihkah kita ingat,Tghh mmbawa usul Murtad ke Parlimen,tp di tolak..begitu jga hal nya dgn hudud...tp Tghh x pernah berputus asa...kami bangga dgn mu sang murobbi....

Cara Islam Menegakkan Hukum dan Keadilan

Cara Islam Menegakkan Hukum dan Keadilan

“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al Maa-idah:8]
Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil.
Seorang wanita di jaman Rasulullah Saw sesudah fathu Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar penuturan Usamah, wajah Rasulullah langsung berubah. Beliau lalu bersabda : “Apakah kamu akan minta pertolongan untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?” Usamah lalu menjawab, “Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah.” Pada sore harinya Nabi Saw berkhotbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya : “Amma ba’du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tidak dihukum), tetapi jika yang mencuri seorang yang miskin maka dia ditindak dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Apabila Fatimah anak Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya.” Setelah bersabda begitu beliau pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu. (HR. Bukhari)
Begitulah sabda Nabi Muhammad. Hukum harus ditegakkan tidak peduli orang itu kaya atau miskin. Hukum harus dijalankan tidak peduli dia orang asing atau anak kita sendiri.
Tidak boleh uang menyebabkan seseorang lolos dari hukuman. Tidak pantas jika karena uang atau hal lainnya akhirnya yang salah jadi benar dan yang benar disalahkan. Jika tidak, maka bangsa itu akan rusak.
Sering seorang pejabat atau penegak hukum tidak dapat berlaku adil jika dia mendapat uang sogokan atau yang dihukum adalah keluarganya sendiri. Padahal itu adalah perbuatan dosa.
Pernah seorang Yahudi di Mesir yang menolak digusur rumahnya untuk perluasan masjid oleh Gubernur Mesir, ‘Amr bin ‘Ash. Padahal dia dapat ganti rugi yang pantas. Akhirnya orang Yahudi itu pergi ke Madinah untuk menemui Khalifah Umar bin Khaththab ra.
Setelah menceritakan masalahnya, Umar ra mengambil sebuah tulang unta kemudian menorehkan garis lurus dari atas ke bawah kemudian dari kiri ke kanan sehingga berbentuk silang. Oleh Umar ra, tulang itu diserahkan kepada orang Yahudi tersebut.
“Bawalah tulang ini dan berikan kepada Gubernur Mesir, ‘Amr bin ‘Ash. Katakan ini dari Umar bin Khaththab”, begitu kata Umar ra.
Orang Yahudi itu meski merasa aneh, namun memberikan tulang itu kepada ‘Amr bin ‘Ash. Muka ‘Amr bin ‘Ash segera pucat pasi begitu melihat tulang yang digaris dengan pedang itu. Dia segera mengembalikan rumah orang Yahudi tersebut tanpa pikir panjang.
Orang Yahudi itu bertanya mengapa ‘Amr begitu melihat tulang itu begitu ketakutan dan segera mengembalikan rumahnya?
‘Amr bin ‘Ash menjawab, “Ini adalah peringatan dari ‘Umar bin Khaththab agar aku selalu berlaku lurus (adil) seperti garis vertikal pada tulang ini.  Jika aku tidak bertindak lurus, maka Umar akan memenggal leherku sebagaimana garis horisontal di tulang ini.
Begitulah sikap seorang Kepala Negara. Dia harus mau mendengar keluhan rakyatnya yang digusur semena-mena oleh anak buahnya. Dia harus memiliki rasa keadilan dan kepedulian terhadap rakyatnya.
Seorang pemimpin harus berani menindak anak buahnya yang bersikap sewenang-wenang dan membela rakyatnya yang dizalimi. Tidak boleh membiarkan rakyatnya terlunta-lunta dan menderita karena kezaliman atau ketidak-mampuan anak buahnya.
Menjadi seorang penegak hukum atau hakim sangat berat. Dari 3 golongan, 2 golongan masuk neraka, dan hanya satu golongan saja yang masuk surga.
Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi)
Hakim yang adil, masuk ke surga. Sebaliknya hakim yang zhalim masuk neraka.
Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju surga atau neraka. (HR. Abu Na’im dan Ad-Dailami)
Seorang hakim tidak bisa membiarkan perasaan atau emosinya mempengaruhi keputusannya.
Janganlah hendaknya seorang hakim mengadili antara dua orang dalam keadaan marah. (HR. Muslim)
Seorang hakim harus mendengarkan seluruh keterangan dari semua pihak yang bersengketa. Tidak boleh berat sebelah.
Adil
Bila dua orang yang bersengketa menghadap kamu, janganlah kamu berbicara sampai kamu mendengarkan seluruh keterangan dari orang kedua sebagaimana kamu mendengarkan keterangan dari orang pertama. (HR. Ahmad)
Harus Tabayyun langsung kepada pihak yang dituduh:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ” [Al Hujuraat 6]
Jangan sampai kita memvonis seseorang hanya berdasarkan prasangka buruk / su’u zhon belaka. Karena Su’u Zhon itu dosa:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” [Al Hujuraat 12]
Baca selengkapnya di: http://media-islam.or.id/2013/02/11/jangan-buruk-sangka-menduga-hati-manusia/
Hendaknya juga ada 4 orang saksi yang adil:
“Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya)…” [An Nisaa’ 15]
Saksi Palsu atau berbohong adalah dosa besar. Bahkan Nabi sampai menyamakannya dengan dosa syirik. Oleh karena itu membuat seseorang bersaksi palsu baik dengan iming-iming atau pun dengan intimidasi/penyiksaan adalah dosa yang besar.
Salah satu dosa paling besar ialah kesaksian palsu. (HR. Bukhari)
Rasulullah Saw bersabda : “Disejajarkan kesaksian palsu dengan bersyirik kepada Allah.” Beliau mengulang-ulang sabdanya itu sampai tiga kali. (Mashabih Assunnah)
Nabi Saw mengadili dengan sumpah dan saksi. (HR. Muslim)
Terkadang ada orang yang ingin menzalimi seseorang dengan memakai pengacara hitam yang pintar bicara dan pandai “mengatur” kasus. Padahal nerakalah imbalan bagi mereka.
Sesungguhnya aku mengadili dan memutuskan perkara antara kalian dengan bukti-bukti dan sumpah-sumpah. Sebagian kamu lebih pandai mengemukakan alasan dari yang lain. Siapapun yang aku putuskan memperoleh harta sengketa yang ternyata milik orang lain (saudaranya), sesungguhnya aku putuskan baginya potongan api neraka. (HR. Aththusi)
Jika kita mengetahui satu kejadian penting yang berkaitan dengan satu kasus hukum, hendaknya kita bersaksi di depan hakim.
Maukah aku beritahukan saksi yang paling baik? Yaitu yang datang memberi kesaksian sebelum dimintai kesaksiannya. (HR. Muslim)
Dalam Islam, kejahatan yang keji seperti pembunuhan dan perkosaan hukumannya adalah hukuman mati.
Tidak halal darah (dihukum mati) seorang muslim kecuali karena salah satu dari tiga sebab. Pertama, duda atau janda yang berzina (juga suami atau isteri). Kedua, hukuman pembalasan karena menghilangkan nyawa orang lain (Qishas), dan ketiga, yang murtad dari Islam dan meninggalkan jama’ah. (HR. Bukhari)
Dari Anas Ibnu Malik ra bahwa ada seorang gadis ditemukan kepalanya sudah retak di antara dua batu besar, lalu mereka bertanya kepadanya: Siapakah yang berbuat ini padamu? Si Fulan? atau Si Fulan? Hingga mereka menyebut nama seorang Yahudi, gadis itu menganggukkan kepalanya. Lalu ditangkaplah orang Yahudi tersebut dan ia mengaku. Maka Rasulullah SAW memerintahkan untuk meretakkan kepalanya di antara dua batu besar itu. Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Masalah pertama yang akan diputuskan antara manusia pada hari kiamat ialah masalah darah.” Muttafaq Alaihi.
Dari Ibnu Umar ra bahwa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling durhaka kepada Allah ada tiga: Orang yang membunuh di tanah haram, orang yang membunuh orang yang tidak membunuh, dan orang yang membunuh karena balas dendam jahiliyyah.” Hadits shahih riwayat Ibnu Hibban.
Pencurian dengan nilai di bawah ¼ dinar (kurang dari 1 gram emas) atau sekarang di bawah Rp 375 ribu tidak dikenakan hukuman.
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam pencurian sebanyak seperempat dinar ke atas. (Shahih Muslim No.3189)
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Pada zaman Rasulullah saw. tangan seorang pencuri tidak dipotong pada (pencurian) yang kurang dari harga sebuah perisai kulit atau besi (seperempat dinar) yang keduanya berharga. (Shahih Muslim No.3193)
Tapi meski tidak dihukum, barang curian harus dikembalikan.
Oleh karena itu kasus nenek berumur 55 tahun yang dituduh mencuri 3 biji Kakao senilai Rp 2.100 tidaklah layak diterima oleh polisi untuk diteruskan ke pengadilan. Apalagi barang curiannya sudah dikembalikan. Begitu pula dengan pencurian satu buah semangka di mana 2 pencurinya disiksa dan dipenjara oleh polisi selama 2 bulan dan diancam hukuman penjara selama 5 tahun.
Bahkan Khalifah Umar ra pernah membebaskan seorang miskin yang mengambil buah yang jatuh di jalan. Sebaliknya Umar ra menghukum orang kaya yang melaporkan hal itu karena orang itu tidak berperi-kemanusiaan dengan membiarkan tetangganya yang miskin kelaparan.
Itulah yang seharusnya kita lakukan. Hukum itu adalah untuk peri kemanusiaan dan keadilan. Bukan sekedar menghukum tanpa ada rasa kemanusiaan sedikitpun.


Baca selengkapnya di: http://media-islam.or.id/2009/11/25/cara-islam-menegakkan-hukum-dan-keadilan/

UNTUK DIBACA OLEH MEREKA YANG SUKA MENGGUNAKAN NAMA TGNA BAGI MEMBELA PENGKHIANATAN MEREKA


UNTUK DIBACA OLEH MEREKA YANG SUKA MENGGUNAKAN NAMA TGNA BAGI MEMBELA PENGKHIANATAN MEREKA...

Nik Aziz: PAS bahtera yang ada nakhodanya
Jul 27 2014 / Selangorkini

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan.

Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Nik Aziz grafikBagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.
Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan?

Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.
PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini.

Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.
Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang.

Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Friday, March 25, 2016

MENANGGUK DI AIR KERUH Oleh: ABDUL HADI AWANG

MENANGGUK DI AIR KERUH

Oleh: ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS      
17 Jamadil Akhir 1437H / 26 Mac 2016M

Perumpamaan yang menjadi pepatah Melayu yang menarik, ditujukan kepada sesiapa yang mengambil peluang daripada kekeruhan yang berlaku, laksana nelayan menangkap ikan yang mudah dengan mendapat peluang tangkapan ikan apabila airnya keruh, kerana mangsanya tidak nampak pukat, kail dan tali yang digunakan untuk menangkapnya. Inilah peluang keemasan bagi penangkap ikan menggunakan jala, pukat dan kail untuk mendapat ikan sebanyak-banyaknya.

Dalam arena politik dan peperangan pula, peluang untuk mengalahkan musuh yang mengalami krisis dan masalah, khususnya masalah dalaman kerana leka dan pening dengan masalah yang dialami dan dihadapi sehingga tidak mampu menghadapi lawan sepenuh tumpuan dan masa.

Ramai kalangan bertanya, mengapa PAS tidak mengambil peluang daripada krisis parti kawan dan lawan yang sedang dihadapi oleh masing–masing? Khususnya kerana PAS dikira selesai menghadapi masalah dalamannya, sehingga menyingkirkan masalahnya menjadi serpihan.

Perlu difahami bahawa politik perlu kepada perhitungan yang amat teliti dan mendalam. Kepada ahli dan penyokong setia PAS, saya tegaskan bahawa politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang berhidayah kerana politik kita ada perhitungan dosa dan pahala. Matlamatnya pula tidak menghalalkan cara dan bukan untuk berlumba menjadi pemimipin semata-mata atau memikul amanah menjadi peluang untuk mengambil kesempatan bagi diri dan kroni tetapi amanah menyelamatkan ummat dunia dan akhirat.

Allah mengesahkan dalam Surah Yasin, malangnya dibaca hanya untuk kematian, bukannya petunjuk di alam kehidupan dunia yang mencabar. Kisah ucapan seorang yang beriman dan budiman berusaha sehingga mengorbankan dirinya kerana menyelamatkan tiga rasul yang dikepung:

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ (20) اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ (21) سورة يس.

“Tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang tinggal dipinggir bandar, yang datang dengan segera (menyertai para Rasul yang dikepung oleh khalayak ramai yang membohonginya). Lelaki itu menegaskan dengan katanya: “Wahai kaumku yang tersayang! Ikutlah beriman kepada para Rasul ini. Ikutlah orang yang tidak meminta apa-apa upah daripada kamu. Mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk Allah” (Surah Yasin: ayat 20-21)

Rasulullah S.A.W. berjuang dengan tema ini ketika berdakwah dan berpolitik menyebarkan Islam dan mendaulatkannya. Apabila dakwahnya diterima, sikapnya menerima hakikat dengan sikap yang ikhlas kepada tujuan dakwah dan politiknya yang matang.

Apabia penduduk asal Madinah (‘Aus dan Khazraj) serta kalangan bukan Islam dalam masyarakat majmuk menerimannya sehingga dimeteraikan Piagam Madinah, maka Baginda Rasulullah S.A.W. menerimanya sehingga berhijrah dan memimpin negara.

Apabila Raja Habsyah, Masqat, Oman dan Bahrain menerima Islam, mereka dikekalkan di atas takhtanya. Adapun yang tidak menerima Islam dan berdamai diberi peluang tanpa paksaan. Ada pun yang menentangnya pula, dilawan dengan cara yang sewajarnya dengan pendekatan yang adil terhadap semua, bukannya melampau dan membalas dendam. Apabila mencapai kemenangan, sikapnya mengutamakan kemaafan lebih daripada menghukum.

Ditanya mengapa PAS tidak menangguk di air keruh politik terkini?

UMNO yang memerintah negara dan negeri menghadapi krisis dalaman diperingkat pusat dan negeri seperti Kedah dan Terengganu yang dikira sangat kuat PASnya. DAP juga yang kini paling bermusuh terhadap PAS menghadapi krisis dalaman dan luarnya juga.

Mengapa PAS tidak bersungguh menyokong usul undi tidak percaya menjatuhkan kerajaan pusat dan khususnya Terengganu yang paling dekat laksana dicapai tangan sahaja, kerana kerusi ADUN PAS yang hampir mendekati majoriti mudah? Mengapa tidak bersemangat menyertai himpunan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang yang bersemangat bergabung dengan UMNO yang memprotes pemimpinnya?

Jawapannya kepada ahli PAS dan penyokongnya, bahawa nelayan yang bijak walaupun miskin, tidak boleh menangguk di air keruh yang ikannya bercampur belut, ular dan buaya, kerana membahayakan diri dan merosakkan jala dan pukat, bahkan boleh menenggelamkan perahunya serta membahayakan diri.

Keadaan yang begini lebih baik menangguk di air jernih yang nampak manfaat dan dilihat mudaratnya, walaupun bersusah payah, kerana pukat kita belum kukuh, keadaannya boleh merosakkan pukat, memutuskan tali pancing dan kita masih berperahu yang boleh ditenggelamkan dengan mudah kalau dibedal buaya atau dimasuk kedalamnya ada yang gelikan belut boleh melumpat kedalam dan keluar atau disengat ular sehingga mati.

Kepada pihak yang lain saya tegaskan, bahawa kita adalah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah bersama dakwah dan Siyasah Syariyyah, berkepimpinan ulama dan ilmuan yang wajib beriman dan budiman.

PAS bukannya parti yang sifatnya angkut penyokong dan pengundi tanpa perhitungan. Makan diri kawan untuk naik. Angkut ahli sehingga menyusahkan diri. Nak cari setiap peluang tanpa perhitungan. Angkara dicipta sehingga menyusahkan rakyat. Hentam melulu tanpa tujuan yang betul. Ulama dan ilmuannya laksana terompah kayu yang digunakan sekadar untuk masuk ke tandas kemudian ditinggalkan.

Marilah kita pilih politik yang jernih dan matang, bukannya menangguk di air keruh yang mengelirukan dan menyusahkan semua. Sebab yang kita hadapi kini semuanya kerana penentuan kita melalui pilihanraya.

Buah salak, buah kedondong,
Dipungut buang ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi silap memangkah undi.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS      
17 Jamadil Akhir 1437H / 26 Mac 2016M

Thursday, March 24, 2016

apa punca sebenar yg pemimpin PAN keluar kalau bukan kerana kecewa ?


bualan saya ngan kawan PAN malam tadi :
pong pang pong pang .............
pong pang........ &*^&^%^%^%&^%^ ...... pongpang ,.....
Saya : hang setuju dak Pemimpin PAN yg keluar PAS tu kerana mereka kecewa ?
PAN : Tak setuju
SAYA : ok .... agak agak hang, kalau depa menang hari tu, depa keluar dari PAS tak ?
PAN : tentu tak keluar !
SAYA : Pasai apa tak keluar ? Pasai depa tak kecewa ka ? Kalau menang maknanya mereka berjaya jadi ketua, mereka puas hati dan tak akan keluar PAS !
Tapi bila mereka kalah, pasai apa depa keluar ? tak puas hati ? Kecewa ?
kecewa lawannya apa ?
kecewa lawannya gembira/puas hati !
Tak gitu ?
PAN mula ungkit kes UG, kes pilihan cai ....
SAYA : jangan cakap lagi kes UG ka happa ka ... masa pemilihan tu tak timbul lagi, kalau kes pilihan cai .... hangpa pun ada .... siapa president, naib president..... hingga ke bawah !
apa punca sebenar yg pemimpin PAN keluar kalau bukan kerana kecewa ?
buah pertama yg kami dengar dari mulut mat sabu ialah "undi yg sokong dia sikit sangat " !!!
itu ayat apa ?
bukan ayat kecewa kah ???
adakah ayat pertama selepas dia kalah , dia sebut PAS UG , PAS UG ???????
adakah ?

kalau dlm perbicaraan, ayat pertama tu yg akan diambik kira dan jadi kes !!!!