ANALISIS SELEPAS BERSIH 4:
Aktivis masyarakat, Boon Kia Meng mengakui pola kaum tidak seimbang dalam BERSIH 4 ini.
Katanya, BERSIH 4 menyaksikan hanya 10 peratus daripada peserta adalah Melayu dan 90 peratus Cina memenuhi jalan raya di ibu kota hari ini.
"BERSIH 1 - Melayu 80 peratus dan Cina 20 peratus, BERSIH 2 - Melayu 60 peratus dan Cina 40 peratus, BERSIH 3 - Melayu 50 peratus dan 50 peratus Cina. Apa yang berlaku? "soalnya di Facebook.0
DRPD ANALISIS DI ATAS, RUMUSAN RINGKAS DAPAT KITA BUAT:
1) Hanya10% Melayu dlm Bersih 4 iaitu tanpa keterlibatan rasmi PAS, maka penyusutan angka Melayu ini memggambarkan PAS mempunyai pengaruh utuh dlm diri org2 Melayu. PAS masih menjadi wadah utama dan mempunyai pengaruh kuat terhadap org Melayu wpun bakal tertubuhnya sebuah gerakan parti Islam baru.
2) Hanya 10% penglibatan Melayu dalam Bersih 4, PKR dilihat tidak berjaya menjadi wadah utama org2 Melayu.
3) GHB juga dilihat gagal menarik org2 Melayu terutama mereka yg kecewa dgn PAS utk memberikan MOMENTUM kuat kepada Bersih 4. Maka masyarakat sudah boleh menilai masa depan Parti Progresif Islam yg bakal ditubuhkan oleh GHB.
4) Keterlibatan NGO2 seperti IKRAM dalam Bersih 4 juga dilihat gagal menarik dan mempengaruhi profesional Melayu Islam.
Jadi kesimpulannya, komposisi kaum yg tidak seimbang yg menyertai Bersih 4 yg 90% adalah drpdnya adalah kaum Cina memberi jawapan betapa org2 Melayu masih sayangkan PAS. Ini juga merupakan indikasi buruk kpd PKR dan seharusnya mereka perlu memikirkan pelan bertindak pd kadar segera. Apapun, PAS tetap mantap dengan dokongan org Melayu yg setia pada perjuangan mereka dan ini mungkin tercerna hasil tarbiyyah khususi berkala yg dilakukan olehh parti tersebut terhadap pendokongnya.
BERSIH 4 dan MERDEKA.
Setengah orang kagum melihat gambar ramainya para demonstran. Setengah pula berbangga bila cina bantu melayu ambil air sembahyang, setengah lagi syukur lihat rakyat sanggup tidur di jalanan, sedangkan sebenarnya ramai yang post & komen tu mereka sendiri tak turun padang. Lihat pada gambar, terus buat tafsiran.
Saya pun ada sesuatu nak dikata bila perhati pada gambar, tapi tak senang hati selagi tak saksikan sendiri dengan mata sendiri. Entah betul atau tidak apa orang kata. Zaman sekarang lakonan, provokasi, editing semuanya perkara biasa. Semalam saya turun sendiri menjadi saksi, berbaju kuning tidak sesekali.
Apa yang lihat 80-90% yang hadir adalah cina, lain kaum teramat sedikit. Perhatilah gambar kata mana-mana, rata-ratanyanya orang cina. Kalau ada kolompok melayu, itu hiasan camera sahaja.
Lelaki berkopiah muslimah berjubah bukan takda, tapi dalam seribu adalah sorang dua. Itu pun saya tengok malu malu muka. Apa tak malu, amoi cina skirt pendek keliling mereka, lelaki cina baju tak berlengan dimana-mana. Tengok kerut wajah enta enti bagai pejuang jiwa terseksa, tapi apakah daya. Dah separuh jalan nak undur balik malu juga. Orang lelaki lebihnya boleh cuci mata.
Bersih dulu muslimat pimpin tangan beramai-ramai buat barisan, dikepala ada lilitan kalimah syahadah. Tapi bersih semalam saya tak jumpa. Barangkali masih ada, cuma sembunyi kat mana-mana. Bersih dulu sampai ke pingu pagar orang sembahyang, masjid jamik masjid india masjid negara.. takda orang bangga. Bersih kini lima nam orang yang sembahyang dijalanan itulah yang dijaja. Jaja pula cerita baiknya orang cina tolong jaga melayu sembahyang. Padahal takde pun FRU yang tembak gas pemedih mata. Melayu buat baik, cina dapat nama. "Melayu buat ibadah, cina dapat pahala".
Bila orang cina berucap, audien tepuk sorak meriah sekali. Bila melayu bercakap, saya tengok lemah gemalai orang cina sambut, melayu yang ada sorang dua tiba-tiba jadi tuli.
Saya terlintas di benak hati, barangkali bersih yang mereka laungkan adalah bersihkan negara daripada kepimpinan melayu. Biar cina DAP pula yang memerintah negara ini. MUNGKIN itu dalam hati.
LBGT yang orang kata, memang ada. Topi-topinya ada dijual semalam. RM15-20, yang saya hairan melayu yang tak tahu apa tolong beli siap bergambar lagi.
Jumlah mereka taklah setanding bersih 1 & 2, cuma sebab mereka hanya berkumpul di satu tempat jadi nampaklah ramainya. Tambah dulu zaman takde camera pakai drone, tak nampak sangatlah lautan manusia.
Orang PKR & GHB yang hadir, anda tengok sendiri dengan mata, himpunan semalam majoritinya orang cina dan orang cina. Kalau nak nafi maknanya anda hanya tipu diri sendiri. Bersih 4 bagai pesta sambut merdeka, cuma tema & aturcaranya berbeza. Ada nyanyian, ada band muzik, ada senaman dan ada macam-macam. Dalam isam yang halal kalau bercampur dengan yang haram, kesemuanya jadi haram.
Satu lagi yang saya hairan, Bersih dulu bila PAS turut serta maka lauknya gari dan gas pemedih mata, tpi bersih kali ni aman saja, polis puji memuji bersopan santun. Kalau jadi kat PAS orang kata UG, tapi sebab DAP & GHB yang anjur maka orang kata strategi. Manusia jika tak suka, ular menjalar dikata tali.
Memang ada baiknya PAS tak kerahkan ahli kali ini, jika tak bergantang-gantanglah caci maki. Moga melayu tak dijajah kali kedua dan ketiga. Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.
MERDEKA! MERDEKA! MERKEDA!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej