MADAH BUAT MUFTI
Sangat syadid kala memetik hadis
Mendapat jolokan mufti pembidaah
Namun Malaysiatoday juga rujukan tesis
Bagaikan itulah yang dikatakan sunnah..
Katanya Bukhari dan Muslim pegangan utama
Tapi TMI dan Malaysiakini bacaan pertama
Gelaran mufti jadi pakaian dan rupa
Namun dengan macai tiadalah beza..
Masalah Hadis tersangatlah peka,
Hudud dari Quran pula dibuat sambil lewa
Orang berpolitik dia nak join sama,
Kata Papagomo kepadanya: kita sama sahaja..
Hai dunia hebat sungguh ujianmu
Jawatan dan kedudukan membutakan iman
Dulu istiqamah kini sudah haru
Apabila parasit dijadikan teman..
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej