Dulu, sejurus selepas Muktamar PAS, ada segerombolan manusia yang keluar PAS. Keluar PAS hanya kerana mereka kalah dalam pemilihan dan rakan mereka kalah dalam pemilihan.
Maka, ada kalangan ahli bawahan terpedaya dengan dakyah yang mengatakan PAS akan bergabung dengan Umno. Tanpa berfikir panjang, terus ada yang percaya lantas keluar dari Pas. Hanya kerana percaya dengan kata kata dan tindakan oleh segelintir mereka yang ditolak oleh perwakilan dalam muktamar.
Langsung, Pimpinan PAS di setiap peringkat cuba memperjelaskan isu ini .Kita anjur dialog , berbincang dan kita menafikan secara serius bahawa tidak ada sebarang penggabungan dengan Umno. Namun, mereka tetap ingin percaya tuduhan melulu itu lantas keluar jua dari PAS. Apakan daya, terpulanglah jika terus bulat dengan tekad.
Ya, demokrasi membenarkan tapi barang diingat, BAIAH kamu para YB dan bekas calon adalah dengan Allah, bukan dengan Manusia.
Itu telah menjadi lipatan sejarah . Titik
Alhamdulilah, Hari ini menjadi detik yang ditunggu. PAS akhirnya 'bergabung' tapi :
gabungnya PAS bukan dengan UMNO,
gabungnya PAS bukan dengan BN,
gabungnya PAS bukan dengan DAP,
Tapi PAS membina suatu kerjasama politik baru dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia ( IKATAN ). Tahniah PAS dan barisan pimpinan yang sabar dan jiwa besar.
NAMUN, PAS yang membawa dasar Islam sentiasa terbuka menerima ahli yang ingin kembali dan insaf. PAS mencontohi Jiwa besar Nabi Muhammad S.A.W yang maafkan Hindun, maafkan Abu Sufyan, maafkan Ikrimah, maafkan semua mereka yang pernah menyakitinya.
Pergilah ke Rusila, berjumpa dan minta maaf kepada Tuan Guru Sheikh Hj Abdul Hadi di sana.
Saya percaya, Tok Guru akan maafkan kamu. Kerana Allah menyebut dalam surah Al A'raf ayat 199 '
خذ العفو وأمر با لعرف واعرض عن الجهلين
' Jadilah pemaaf , dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan mempedulikan orang yang jahil '.
Ayuh, Terus Istiqomah
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej