Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 23, 2016

Biar rakyat bercakap tentang PAS biar mereka mengeji

Biar rakyat bercakap tentang PAS,
halatuju PAS, arah condongnya PAS.
Biarkan mereka bertanya tentang PAS.
Jika mereka kritik, kritiklah.
jika mereka mendesak, desaklah.
Kita terbuka dan gembira.
Apabila PAS menjadi buah mulut rakyat biasa.
Jika mereka menuduh PAS bersama UMNO,
Kita menerangkan yang sebenar.
Bila mereka menuduh PAS sudah berubah,
Kita jelaskan apa yang berubah.
Jika mereka tuduh PAS tinggalkan hudud,
Kita semarakkan lagi wacana hudud dan syariat.
Sehingga mereka tiada modal,
Sehingga tindakan mereka yang bertujuan negatif memberi kesan positif kepada PAS.
Seperti mana Islam dipropaganda dengan islamophobia,
Kita terus bercerita tentang Islam.
Teruskan akhlak Islam untuk menangkis tohmahan jahat si pendendam.
Biarkan PAS menjadi tajuk cerita,
Sehingga meniti apa itu perjuangan sebenar yang kita terokai.
AHMAD HAKIMI OTHMAN
Ketua Pemuda
PAS Kawasan Kuala Selangor

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej