Satu perkara yg saya terperasan tentang kematangan politik PAS.. akhir akhir ini ialah cara pendekatan telah berbeza dengan cara dahulu.
Dahulu keras dan tegas terhadap UMNO....
Sekarang agak lembut dan penuh diplomasi. Kalau dulu, dlm siri ceramah PAS, mesti dipenuhi herdik, caci dan hamun UMNO.
TGHH telah sekian lama menjadi rakan dan sahabat seperjuangan Dr Morsi, Erdogan dan juga hamas.
Banyak pelajaran, tujuk ajar yg PAS dapat hasil kebangkitan islam timur tengah.
Politik Turki telah banyak mengajar bagaimana PAS seharusnya berdepan dengan politik sekular.
Erdogan berjaya berdepan dan menangani masalah penentangan oleh kelumpuk sekular.
Erdogan tidak menggunakan kekerasan dan mengelakkan berkonfrontasi.
Pendidikan, dakwah berhikmah dan diplomasi telah berjaya menawan hati rakyat.
Sekiranya kekerasan dan suka berkonfrontasi..... sudah tentu erdogan akan gagal , seterusnya islam juga akan gagal !
Tarik rambut dlm tepung jangan sampai berselerak ......
Moga moga PAS berjaya sepertimana berjayanya erdogan di Turki....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej