9 PANGLIMA ISLAM YANG DIGERUNI
1. Khalid bin Walid Khalid ibn Al-Walid.
Adalah seorang panglima perang pada zaman pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termasyur dan di takuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (Pedang ALLAH Yang Terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang yang tidak pernah kalah sepanjang kariernya dalam ketamadunan ketenteraan Islam.
2. Muhammad Al-Fatih (Mehmed ll).
Sultan Mehmed II atau juga dikenali sebagai El-Fatih (Sang Penaluk). Kejayaannya dalam menakluk konstantinopal menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului zamannya dan juga pemilihan tenteranya. Beliau merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
3. Salahuddin Ayyubi (Saladin) Salahuddin Ayubi atau Saladin atau Salah Ad-Din.
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dan Tikrit (Daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristian kerana kepimpinan, kekuatan tentera dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang menentang tentera salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud.
4. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara paling awal memeluk Islam. Beliau ikut berhijrah ke Habsyah (Ithopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Beliau mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang menentang kerajaan Rom. Beliau meningal dunia disebabkan oleh wabak penyakit.
5. Sa'ad bin Abi Waqqas.
Beliau merupakan salah seorang yang awal memeluk Islam dan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan tentera Islam menentang tentera Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan peperangaan terbesar umat Islam.
6. Tariq bin Ziyad.
Beliau dikenali dalam sejarah Sepanyol sebagai lagenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki 1 mata), beliau seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M.
7. Syurahbil bin Hasanah.
Beliau merupakan sahabat Nabi Muhammad saw. Salah seorang panglima terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan panglima lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.
8. Abdullah bin Aamir.
Beliau adalah gabenor Busrha (647656) dan merupakan panglima perang tentera yang sangat berjaya pada pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan Islam.
9. Amru bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad saw dan kaum Muslim, namun memeluk Islam bersama Khalid bin Walid. 6 bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah saw menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Beliau adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang. Beliau adalah panglima perang yang menakluk Baitu Maqqadis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Beliau dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Othman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej