Cubaan Hapus bukti fail Lim Guan Eng, Pegawai SPRM berasal dari Pulau Pinang ditangkap dengan wang RM50 ribu di Putrajaya!
Terbaru Pegawai SPRM ditangkap!. Sumber dalaman berkata ia ada kaitan dengan cubaan untuk menghapuskan fail kes Lim Guan Eng dan Kes penyelewengan dana KBS RM100 juta.
1. Baru-baru ini kita digegarkan dua kes penting iaitu Kes Rasuah Rumah Banglo Lim Guan Eng dan penyelewengan SUB Kewangan RM100 juta. Setelah kes Lim Guan Eng meletus esoknya seakan dirancang Kes Rasuah KBS juga meletup seakan-akan menutup atau "divert" kepada isu Lim Guan Eng. Kebetulan?
2. Sejak 18 Mac lalu sehingga ke hari ini SPRM nampaknya belum memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan dikatakan penghujung April siasatan penuh selesai. Lim Guan Eng masih bebas dan tanpa takut terus mencabar pemimpin BN lain dlm kesnya. Semua dokumen siasatan telah berada di ibupejabat SPRM menunggu masa Lim Guan Eng dipanggil oleh SPRM.
3. Ke mana SPRM? Apa berlaku?. Sebelum ini kisah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas SPRM dan beberapa pegawai yang dipindahkan serta merta menjadi isu dan polemik. Wal hal isu sebenar ialah pembocoran maklumat oleh beberapa pegawai SPRM hingga isteri para pegawai boleh mendedahkannya dalam facebook mengenai rahsia dan tugas suami!
4. Penggeledahan Polis kepada pegawai SPRM jelas ada sesuatu di SPRM yang masih dilindungi oleh Datuk Seri Shukri Abdull mempertahankan dua pegawai utamanya yang dipindahkan ke JPM. Ada rahsia besar yang disembunyikan bagi melindungi anak-anak buahnya.
Pegawai SPRM ditangkap oleh unit risikan dengan wang RM50k?
5. Risikan Polis dan SPRM mendapati pegawai penyiasat SPRM yang ditahan kerana menerima sogokan dari beberapa individu untuk menutup kes RM100 juta KBS dan usaha membuang kes Lim Guan Eng. Usaha penghapusan bukti sedang dilakukan. Siapakah mereka yang menyogok pegawai berkenaan belum dapat dipastikan. Siasatan masih dilakukan.
6. Pegawai SPRM bernama Kenny Chua berasal dari Bukit Tambun Pulau Pinang ditahan bersama sejumlah wang RM50k. Pegawai di bawah seliaan Datuk Seri Shukri Abdull ini jelas telah memalukan badan SPRM. Apakah ini kali pertama pegawai ini menerima rasuah?
7. Apakah sebelum ini desas desus pegawai SPRM yang menjual maklumat IMDB itu benar? Berdasarkan tangkapan terbaru pegawai SPRM ini. Jelas integriti pegawai SPRM khususnya dibawah Datuk Seri Shukri Abdull boleh dipersoalkan. Ini cukup memalukan SPRM sebagai badan tertinggi yang menyiasat kes Rasuah di negara ini.
8. SPRM sepatutnya telah memanggil Lim Guan Eng sekarang. Jika pegawai SPRM berasal dari Pulau Pinang ini telah menghapuskan bukti maka usaha pelbagai pihak untuk membawa Lim Guan Eng ke muka pengadilan akan sia-sia.
9. Rakyat Malaysia mahukan penjelasan dari Datuk Shukri Abdull bagaimana pegawainya yang melakukan siasatan kes penting ditangkap dan cuba menghabuskan bukti penting. Setakat hari ini tiada penjelasan serta paparan yang mendedahkan tangkapan pegawai SPRM terbaru ini. Jika kes tangkapan besar-besaran KBS boleh didedahkan tak mungkin kes pegawainya disembunyikan begitu sahaja.
Apakah ini usaha melindungi pegawai jerung-jerung dalam SPRM? Sekali lagi Datuk Seri Shukri Abdull Timbalan Pesuruhjaya SPRM perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia. Apa sebenarnya berlaku!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej