Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 10, 2016

Takut kalah, sentiasa mahu menang RIDHUAN TEE ABDULLAH

Takut kalah, sentiasa mahu menang
RIDHUAN TEE ABDULLAH

PARTI ultra kiasu membuat laporan polis melarang saya menggunakan istilah yang sering digunakan iaitu ultra kiasu. Kiasu dalam bahasa Cina Hokkien adalah takut (kia) kalah (su).

Ultra kiasu bermakna sangat takut kalah dan mahu sentiasa menang dengan apa cara sekalipun. Sifat ini selalu dirujuk kepada Singapura, selepas berpisah dengan Malaysia.

Berbekalkan semangat inilah mereka berjaya membangunkan pulau Melayu itu dan tidak mahu berkongsi sedikit pun. Malah, mereka sudah bersedia dengan segala kelengkapan perang.

Bilangan ultra kiasu terlalu ramai. Selain berada di Pulau, mereka turut berada di merata tempat, dalam parti politik, media, akhbar, NGO, sekolah, universiti dan sebagainya. Dalam Barisan Nasional (BN) tidak kurang ultra kiasu. Mereka berbaik dengan pembesar untuk mendapat perlindungan. Kebobrokan ultra kiasu adalah:

Mahu menang dan tidak mahu mengalah. Apa jua agenda yang bertentangan dengan kepentingan bangsa mereka akan ditentang. Agenda bangsa mengatasi agenda negara. Perlembagaan Persekutuan yang berpihak kepada Islam dan Melayu amat dimusuhi, mahu dipinda.

Ultra kiasu adalah dalam kalangan Kristian Evangelis yang sedang menguasai BN atau Pakatan. Kabinet Singapura sudah dikuasai 70 peratus. Sifatnya anti-Islam. Suka Melayu Islam liberal. Memusuhi Pas dan berjaya memecah-belah Pas sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN). Saya tidak memusuhi Kristian, tetapi Evangelis amat bahaya. Begitu juga Yahudi yang Zionis.

Mereka mencanangkan diversiti agar negara ini tidak ada identiti Islam dan Melayu. MCA (termasuk Gerakan) lebih ultra daripada parti ultra kiasu. Akhbar bahasa Inggeris mereka, lebih pro kepada ultra kiasu, tidak mustahil mengundi ultra kiasu. Sedarlah diri, keberadaan mereka dalam Kabinet adalah undi ihsan orang Melayu. Terlalu banyak dedak telah diberikan. Harap Umno sedar.

Ultra kiasu sudah menguasai ekonomi sepenuhnya. Tetapi masih belum cukup. Mereka mahu segala-galanya, terutama kuasa politik. Sebab itu, PRU14 adalah perjuangan hidup mati. Mereka amat mengharapkan kemenangan. Kekayaan dan kuasa digunakan hari ini untuk membeli dan meliberalkan anak muda Melayu.

Mereka sangat kuat memperjuangkan pluralisme dan liberalisme. Sasaran mereka adalah anak muda Melayu yang menyokong LGBT dan seks bebas. Mahu jauhkan Melayu dari Islam. Pasti Melayu tidak akan mengundi Umno dan Pas lagi.

Keadilan pada mereka adalah sama rata sama rasa atau 1=1, bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keistimewaan Islam dan Melayu amat dicemburui kerana menjejaskan kepentingan mereka (Evangelis).

Mereka tidak mahu melihat ada anak Melayu menutup aurat. Golongan inilah yang diambil bekerja di syarikat mereka. Mereka yang mahu kembali kepada Islam dilabelkan dengan istilah pengAraban (Arabisation). Mereka tidak membenarkan pekerja Islam bersolat (solat Jumaat) kerana dianggap membuang masa dan merugikan syarikat.

Dahulu mereka tidak berminat bekerja dengan sektor kerajaan. Hari ini semua sektor mereka mahu masuk.

Ultra kiasu mahukan bahasa ibunda mereka dimartabatkan sama kedudukannya seperti bahasa Melayu. Mahu mahkamah syariah dihapuskan. Mereka mahu melaksanakan agenda tuntutan 14 perkara Inter Faith Council. Misalnya, seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi Islam.

Mereka mendesak kerajaan membuka ruang seluasnya untuk bukan Islam campur tangan dalam hak ehwal Islam. Mahukan undang-undang Islam tunduk kepada norma antarabangsa. Orang Islam bebas untuk murtad dan undang-undang tidak boleh dikenakan kepada si murtad. Kes murtad atau sebarang kes Islam berkaitan mereka, tidak boleh dikendalikan oleh Mahkamah Syariah.

Bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Pasangan suami atau isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah ibadat orang bukan Islam. Bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan suci Islam, contoh kalimah ALLAH.

Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia mesti boleh diedarkan secara terbuka kepada semua. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

Program dakwah agama lain, selain Islam mesti dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan semua orang.

Bangunlah wahai umatku sebelum terlambat. Pastikan negara berasaskan Islam dan Melayu ini tidak dirobek oleh kejahatan ultra kiasu. Bersatulah.

* Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA

ARTIKEL BERKAITAN

https://m.facebook.com/groups/783566101725191?view=permalink&id=1026186570796475

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej