Isu Zakir Naik. Nak komen jugak! Saya kan public figure! Public figure mestilah memberi komen pada isu hot untuk menaikkan rating followersnya. Jangan marah, ini ajaran mufti akhir zaman. Kami yang jahil ni follow je.
Pasal Zakir naik ni, ada yang kaitkan dengan Hindu.
Ok, Hindu dia punya hal lah. Kita tak campur.
Tapi yang peliknya....
Kenapa Wahhabi-wahhabi Malaysia dari bilis sampai buntal pakat sokong keras Zakir Naik dan banyak buat status membandingkan Zakir Naik dengan ulama dengan tujuan untuk kutuk-kutuk ulama ahlu sunnah?
"Sebab Zakir Naik tu ulama!"
Hmm... Rasanya dah beratus ulama hebat diiktiraf umat Islam sedunia datang ke Malaysia tapi Wahhabi-wahhabi ni tak pulak datang majlis mereka? Kutuk lagi ada la...
Tak bela pulak bila ulama lain dihina?
Err... Sebab apa ya Wahhabi beria sangat payung dan meroyan pasal Zakir Naik ni?
Ulama dan tok guru ahlu sunnah lain di Malaysia semua cool and rileks je. Siap ada Wahhabi edit gambar-gambar ulama ahlu sunnah Malaysia lagi dan gambarkan mereka sebagai "syaitan bisu" sebab tak bersuara dalam hal ni.
Sejujurnya saya pun simpatilah sikit kat Zakir Naik tu sebab kena stop ceramahnya.
Tapi bila dengar balik ceramah Zakir Naik kat YouTube yang menghina kredibiliti ilmu para ulama silam khasnya imam-imam mazhab seperti Imam Syafie(pengasas mazhab Syafi'e) dan Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi), terus jadi geram dan tak jadi nak simpati kat Zakir Naik.
Dan tiba-tiba terus faham, kenapa Wahhabi beria sangat back up dia dan jadi "hero" dalam situasi macam ni.
Dan tiba-tiba juga terus faham kenapa institusi terbesar ahli sunnah wal jamaah di India seperti Darul Ifta (majlis fatwa) Darul Uloom Deoband mengeluarkan fatwa bahawa Zakir Naik seorang berfahaman "ghair muqallid" (atau di Malaysia fahaman itu digelar sebagai Wahhabi) yang umat Islam perlu hati-hati dengan ceramahnya berkaitan FIQH dan AQIDAH kerana Zakir Naik bukan ahlinya, dia bukan ulama, tidak tahu bahasa Arab dan tidak hafiz Al-Quran (dia hafal terjemahan sahaja).
Tetapi dia pakar di dalam bidangnya iaitu PERBANDINGAN AGAMA. So, ambil manfaat dari beliau hanya dalam linkungan apa yang dia AHLI sahaja. Yang mana dia komen selain bidang dia, kita jauhi.
Seperti Cikgu pakar bidang geografi, kita hormat kepakarannya dalam ilmu kami bumi dan kita akur keilmuannya dalam bidang itu bahkan kita ambil manfaat dari ilmunya itu.
Tapi kalau tiba-tiba Cikgu geografi tulis buku akidah dan kafirkan majoriti ulama ahli sunnah wal jamaah dalam tulisan nya.......
Maka sila pergi meninggal kerana anda menyebabkan Malaysia jadi kemarau asbab kemurkaan Allah kepada anda bila para wali nya dihina watak akhir zaman.
Pendirian saya: Kita ambil manfaat dari ilmu yang dia ahli sahaja iaitu ilmu perdebatan dan perbandingan agama (bahkan saya sendiri mengambil manfaat daripada nya)
Tetapi segala ajaran dan fatwa Wahhabi yang zakir naik sebarkan di seluruh Dunia seperti jangan ikut mazhab, syirikkan amalan tawassul, isu talak dan macam-macam lagi ajaran dan fatwa pelik-pelik, kita avoid dan jauhi sejauh-jauhnya untuk keharmonian umat dan negara kita.
Tak payah nak acah mintak bukti la sangat bila masa Zakir Naik cakap tu semua, kau YouTube je, semua ada kat sana.
Kita kena faham isu ni betul-betul.
Sesetengahnya marah pada polis dan anggap ianya sebuah kelemahan dalam kerajaan, orang politik akan gunakan emosi isu ni untuk raih sokongan.
Sesetengah yang lain marah sebab terasa ketuanan Islam tercabar kerana polis tunduk pada ugutan orang Hindu.
Sesetengah pula marah kerana tak dapat ambil ilmu dari Zakir Naik tentang tajuk yang dibawa (Hindu dan Islam), kebanyakan ahli akademik berada disini.
Tapi isu ini diambil kesempatan penuh oleh Wahhabi untuk kutuk ulama ahli sunnah (kerana berdiam), kutuk authority yang menyekat ceramah (sebab ramai tokoh Wahabi Malaysia kena sekat oleh authority sejak kebelakangan ni), kutuk majlis agama, kutuk pengikut ahli sunnah kerana tak bela dan cuba menyamakan ahli sunnah dengan Hindu (kerana dianggap sokong hindraf).
Kesempatan juga diambil sepenuhnya untuk acah-acah jadi hero, selamatkan keadaan dengan jemput ke negeri sendiri. Kononnya negeri lain minda tak terbuka dan suka sekat ceramah tokoh yang tak sefahaman. (Padahal negeri tu sekat semua ulama ahli sunnah dari berceramah kat negeri dia, hanya penceramah Wahhabi dibenarkan).
Jadi anda boleh marah kalau majlis Zakir Naik disekat, kerana anda mungkin ada kepentingan politik, atau kepentingan akademik atau anda marah kerana kepentingan Islam (tidak mahu tunduk pada Hindu).
Tapi jangan pulak jadi puak opportunist macam Wahhabi tu yang menggunakan isu ni sebaiknya untuk menjauhkan anda dari manhaj ahli sunnah wal jamaah.
Note: Kalau Zakir Naik di anggap suci dan haram dikritik kerana jasanya "mengislamkan beribu orang",
Maka apa pulak hak Zakir Naik untuk hina kredibiliti imam-imam besar seperti Imam Syafie dan Imam Hanafi radiyyallahuanhuma sebagai "tidak tahu hadith sahih" lalu mengeluarkan pendapat sendiri yang tidak selari dengan Quran dan hadith sahih?
Siap nak campak mazhab syafi'e ke dinding. Bengkek je rase bila dengar...
Apa imam Syafie dan imam Hanafi takde jasa pada umat ke sehingga sesiapa pun boleh hina mereka?
Oh, mentang-mentang zaman dulu takde YouTube dan kamera recorder, terus anggap mereka tak berjasa dan layak dihina.
-ibnu batoota-
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej