Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, April 5, 2016

Jawaban Tghh hanya bertahan 1 penggal

Ada dalam salah satu grup WhatsApp melontar suatu soalan berbunyi begini....

" Hadi Awang dicemuh walaupun seorang ulama terkenal tetapi beliau gagal sebagai pemimpin politik. PRU tahun 1999 PAS dengan PKN ketika itu hampir sapu bersih semua DUN dan Parlimen dan memerintah Terengganu dengan Hadi Awang menjadi MBnya.

Tapi PRU tahun 2004 PAS kalah teruk termasuk hanya menang beberapa kerusi sahaja . Hadi pun tewas di parlimen Marang. Hadi hanya berjaya menjadi MB Terengganu untuk sepenggal sahaja.

Malangnya yang tukang cemuh lupa nak sebut yang PKR pun hampir ghuyub semua kerusi dimenangi pada PRU 1999 dan hanya tingga parlimen Permatang Pauh yang menang majoriti amat tipis sekali.

Ketika itu faktor feel good yang menyaksikan perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Mahathir kepada Pak Lah. Dikira sebagai Tsunami Pak Lah. Dari Mahazalim dan Mahafiraun kepada Mr Clean.

Kubu kuat DAP pun ada yang menang majoriti merosot dan tipis. Semua parti pembangkang kena rempuhan tsunami ini. Tiada yang berkecuali dan terlepas.

Tetapi PRU ke-13 tahun 2013 yang lalu ketika tsunami rakyat begitu memuncak. Gabungan pembangkang ketika itu paling kuat lagi ampuh dalam sejarah sejak merdeka, beberapa kerusi dikenali sebagai mudah menang oleh Pakatan Rakyat tewas seperti di Pendang Kedah (Mat Sabu), Kulim Bandar Bahru (Saifuddin Nasution) dan Bagan Serai (Dr Muhd Nur Manutty).

Paling peliknya majoriti yang diperolehi Anwar Ibrahim dikubu PKR paling kuat dalam dunia merosot dikala majoriti ramai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat naik termasuk Hadi Awang.
Lagi menakjubkan majoriti Najib di parlimen Pekan pun mencanak naik.

Dimanakah kesilapannya??? Tidakkah ini suatu bukti walaupun undi dan majoriti hampir semua pemimpin Pakatan Rakyat naik majoriti Anwar Ibrahim merosot ditangan calon bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang bertanding atas tiket BN . Mat Sabu, Saifuddin Nasution tumpas mengejut dikawasan parlimen selamat dan mudah menang pembangkang.
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat?

Siapa boleh berikan jawapan yang menyakinkan akan perkara ini?"

Begitulah bunyinya soalan tersebut .... mohon sangat-sangat kepada pemuja dan pengkagum Anwar Ibrahim tahap dewa memberikan penjernihan demi kebenaran.
TENKIU
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=969993873050526&id=113679198682002

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej