CARA TERBAIK PENYATUAN UMNO-PAS
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya sokong Umno dibubar dan ramai-ramai ahli serta pemimpinnya bertaubat dan pakat sertai PAS. Itulah penyatuan yang memberi makna seperti yang Dr Zakir Naik harapkan.
2) Jika sekadar bekerjasama dengan mengekalkan identiti masing-masing, ia adalah kerjasama yg jelek dan tidak matang dalam politik. Tidak mungkin identiti politik matang akan boleh bekerjasama dengan identiti rasuah dan salahguna kuasa bekerjasama.
3) Salah satunya mesti dikorbankan. PAS tentu tidak akan mengundur diri daripada identiti Islam dan dasar Islam nya. Tetapi Umno boleh dididik dan dinasihat, dan jika degil sangat, bubarkan sahaja Umno itu. Itupun jika pemimpin Umno ikhlas untuk bekerjasama hasil daripada keinsafan atas nasihat Dr Zakir Naik.
4) Dan sekiranya orang-orang Umno sangat sayangkan parti keramat keris telanjang itu, enggan bubar, tetapi masih mahu berkerjasama dengan PAS, maka mereka mestilah menaikkan pemimpin yang berilmu dan bersih daripada dosa-dosa rutin Umno.
5) Lantik dan beri kepercayaan kepada orang-orang seperti Dr Asyraf Wajdi, Dr Fathul Bari, Khairy Jamaluddin dan beberapa tokoh muda yang cerdas dan lebih berwibawa sebagai satu team baru yang segar memimpin Umno.
6) Sudah-sudahlah kamu memuja dan membodek team tua yang lemah fikirannya lagi semput tindakannya seperti team Najib - Zahid - Ku Nan. Jika anda rasa team tua ini masih boleh mengemudi Umno, lupakan penyatuan dengan PAS.
7) Di saat kumpulan lain bekerjasama erat dengan team tua Mahathir-Muhyidin, PAS mestilah bertindak matang dan tidak mudah terpengaruh dengan ajakan bersatu dengan team tua Najib - Zahid - Ku Nan.
8 ) Bersatu Umno-PAS boleh, dengan syarat bubar Umno, semua pakat insaf dan join PAS.
Sekian.
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=992174297498956&id=100001191844716&set=a.313937848655941.67653.100001191844716
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej