Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, April 7, 2017

DAP Sudah Kuasai Semua Orang Islam Dalam Pakatan Harapan


DAP Sudah Kuasai Semua Orang Islam Dalam Pakatan Harapan
Apakah hikmah dan petunjuk yang boleh dilihat oleh umat Islam seluruh negara semalam?
Iaitu betapa orang Islam sendiri menentang RUU355 yang dibentang hanya untuk memperkasakan perundangan syariah agama mereka sendiri.
Sebenarnya RUU355 yang dibentangkan oleh Haji Hadi sebagai "Private Bill" telah disaksikan oleh banyak negara termasuk Indonesia , Singapura dan Brunei.
Mereka dapat menyaksikan betapa hal agama Islam sendiri boleh dihalang oleh parti bernama DAP dengan dibantu oleh orang Islam sendiri.
Ada yang maki Kit Siang dan tindakan biadap pembangkang semalam bila siaran itu disiar secara langsung di Youtube.
Memang benar, menolak RUU355 tidak bermakna menolak Islam, namun signifikan pada hal ini adalah betapa kesatuan umah hancur apabila orang Islam sendiri cuba menolak undang undang yang diperkukuhkan untuk orang Islam juga.
Jika yang bukan Islam itu menentang akan RUU355 itu, ia boleh difahami, namun apabila ramai ahli parlimen beragama Islam berbondong bondong bangga dipimpin oleh DAP untuk melawan enakmen yang dibentang oleh seorang Islam lain, ia adalah satu petanda kemusnahan yang akan datang.
Kit Siang, Gobind Singh, Tony Pua tidak akan didakwa pun dalam mahkamah syariah. Mereka tidak akan disebat atau dihukum pun mengikut RUU355.
Jadi kenapa mereka bersungguh sungguh sangat tentang dan lawan RUU355? Mereka bersuara bagi pihak siapa? Bagi pihak LGBT, geng pluralisme dan homoseks?
Dalam intipati pembentangan semalam sudah disebut bahawa RUU355 ini hanya terpakai kepada orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan bukan Islam.
Paling menonjol dalam isu pembentangan Rang Undang Undang ini adalah betapa wakil parlimen Islam dari pembangkang begitu ketakutan untuk melawan DAP walaupun yang dibicarakan itu adalah hal agama mereka sendiri.
Ketakutan mereka terhadap DAP adalah kerana undi.
Majoriti dari mereka seperti Khalid Samad dan Rafizi antaranya hidup sebagai ahli Parlimen dari kawasan pengundi DAP yang ramai.
Kenalah menurut kata kata DAP, mereka sanggup menjadi hero melawan pembentang RUU355 yang seagama dengan mereka.
Turut berada dibawah cengkaman DAP adalah Mahathir dan Muhyiddin. Sepatah pun Mahathir tak bunyi pasal RUU355 ini. Sebab hendak jaga hati DAP.
Islam atau tidak , pendirian politik lebih utama kepada kedua dua individu ini.
DAP tahu Mahathir sedang menagih simpati dari DAP. Maka apa sahaja yang dilakukan oleh DAP, Mahathir tidak akan berani membantah.
Begitu juga dengan Muhyiddin yang dulunya bangga menyatakan dirinya “Malay first” tetapi kini menukar pendirian hanya kerana takut kepada DAP. Malah dah sokong pun kalau DAP hendak jadi PM.
Apa akan jadi kepada umat Islam jika DAP peroleh kuasa hasil bantuan dari undi mereka berdua ini? Minta dijauhkanlah DAP dari berkuasa.
Baru isu RUU355 pun DAP dapat kuasai semua ahli Parlimen Islam. Maka masa depan apa yang boleh diharap kepada orang orang Islam yang duduk di bawah ketiak Pakatan Harapan ini.
Seperti orang Melayu Islam di Penang. Di mana nasib dan perniagaan mereka dimusnahkan oleh tangan mereka sendiri yang mengundi PKR dan DAP pada PRU lepas.
Begitu mudah terhasut mendengar ceramah kebencian, lalu kini melaung laung apabila rumah dan kedai mereka dirobohkan. Hampir 30 kampung lenyap di Penang angkara DAP.
Orang orang yang berceramah dan menghasut menghilangkan diri. Inilah dosa kepada tangan sendiri yang memangkah.
Apa pelajaran dan hikmah yang dapat dilihat kepada keseluruh episod di Parlimen semalam?
Pelajaran awal adalah jika hendak Islam diperkasakan mestilah umat Islam itu bersatu.
Hendak lulus RUU355 pun perlukan undian dan dalam sistem demokrasi “numbers” memainkan peranan penting.
Puak pembentang iaitu PAS jangan ada lagi individu mulut celupar mencaci sesama Islam dari UMNO. Siapa yang bangun membela Hadi Awang semalam? Saudara seagama dari UMNO juga.
Selain daripada itu, pelajaran yang kita boleh lihat roh perjuangan ahli parlimen Islam bila berada dibawah naungan “boss” mereka iaitu DAP.
Mereka akan ketepikan semua perkara lain dan mengutamakan kepentingan kehendak "boss" mereka iaitu DAP.
Mereka harus menyokongnya, walaupun tahu "boss" mereka itu hanyalah bahan kayu api sahaja di dunia yang lain nanti.
RUU355 membuka mata pengundi pengundi Islam. Jika masih lagi hendak bersama DAP, gelaplah masa depan anak bangsa di Tanah Melayu nanti.
Berhati hatilah dengan logo roket ini. Apa yang roket mahu tembak sudah terserlah semalam. Ambillah pengajaran.
Tulisan :
Beruang Biru
BB372, Jumaat
7 April 2017

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej