Sebagai muslim yang ada peri kemanusiaan kita patut menyokong penuh usaha kerajaan memberi suaka politik kepada dr.Zakir Naik yang kini diburu beberapa kerajaan luar termasuk negaranya sendiri, India.
Namun, jabatan-jabatan agama negeri sedia ada patut memberi penegasan sewajarnya terhadap dr.Zakir Naik agar menghormati pegangan rasmi Malaysia yang bermanhaj akidah asyairah-mathuridiyah dan bermazhab fiqh asy-syafieyah..
Sekiranya dr.Zakir Naik tidak dapat bekerjasama dalam hal semudah itupun, maka tindakan selanjutnya wajar dikenakan.
Setidak-tidaknya beliau boleh membantu dalam mengIslamkan penduduk bukan Islam di dalam negara yg kita sendiri gagal.
Jika di eropah penduduk yg memeluk agama Islam semakin ramai tapi di malaysia orang yg beragama islam semakin ramai meninggalkan hukum hakam agama..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej