Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, April 7, 2017

Nasib baik mereka dah keluar pas

Nuar Al Khattab

Oleh : Ustaz Mukhtar Senik UMS

Meneliti reaksi MP2 PH sejurus selepas speaker Dewan Rakyat menangguhkan sidang dewan sehingga Julai, hati saya rasa syukur yg amat sangat. Bersyukur kerana sebahagian yg bertempik dan melolong itu sudah berada diluar PAS. Cuba bayang kalau manusia yg berfikrah songsang dan berakhlak sebegitu masih berada dlm barisan kepimpinan PAS. Allah Maha Merancang dan Allah adalah Wali kepada org2 mukmin dan jamaah Islam.

Dua tiga tahun lepas. Ketika mereka masih ditampok kepimpinan saya dan teman2 dibawah sudah terlihat kepincangan yg sedang melanda itu. Namun apalah yg boleh kami buat. Hanya sekadar melihat dan meluahkan rasa di FB. Sakitnya hati melihat mereka yg berada ditampuk kepimpinan Parti islam tapi berfikrah songsang libralisme senada dengan DAP. Sakitany perasaan melihat mereka berada dikiri kanan Presiden namun kerap kali tersenyum puas melihat Presiden di tembak musuh tanpa mereka membelanya.

Waktu itu kami luahkan rasa hati di fB2. Sehingga tidak sedikit ahli2 Pas yg kembali menyerang saya dan teman2 yg bersama. Ahli2 yg terpengaruh dengan pendekatan ruhama' dan pendekatan "dakwah matang" ciptaan beberapa org ikram dlm pas serta yg terpengaruh dgn " pendekatan politik berstrategi" golongan liberal, sibuk menyerang kami. Kami kononnya dicop pembela ulamak yg ketinggalan dari arus politik terkini.

Banyak posting2 saya waktu itu membantah statment2 Hanifa, Khalid, Mujahid dan Dr Zul. Yg dilihat mesra melampau dengan fikrah liberal DAP dan membisu bila idea TG presiden disanggah ganas oleh pimpinan dlm parti rakan PR. Ada yg kata bantahan saya itu keras, tidak matang dan berbagai lagi. Saya dan teman2 tak kesah. Yg penting sebahagian ahli Pas perlu dikejutkan agar mengenali pimpinan2 mereka itu secara jelas dan dapat sama2 menyelamatkan Pas dari diheret keluar dari kerangka dan wajah gerakan islam. Waktu itu saya penuh yakin  pimpinan yg berwajah keliru itu akan dapat dibuktikan kekeliruan fikrah mereka satu masa nanti.

Alhamdulillah. Menjelang muktamar Pas ke 61 di Kuala selangor perwakilan menolak mereka. Awalnya ramai juga ahli Pas yg ragu apakah tindakan perwakilan itu wajar dan menguntungkan masadepan Pas. Kerana pada mereka pimpinan yg ditolak itu masih dilihat figur2 hebat dan berhati mulia untuk memenangkan islam.

Namun Allah memberi kan masa yg cukup untuk ahli Pas mula mengenali wajah mereka yg sebenar. Statment demi statment keluar dari mulut bekas2 pimpinan Pas itu. Semakin hari semakin menelanjangkan fikrah dan sikap mereka yg sebenar terhadap Islam dan halatuju perjuangan Pas. Tindakan2 mereka saban hari semakin mendedahkan kemesraan mereka dengan fikrah Liberalisme. Siang tadi mereka menenelanjangkan sepenuhnya sikap mereka dan akhlak mereka sejurus selepas pembentangan RUU 355 oleh TGHH, ucapan sokongan oleh MP Kota Bharu dan prnangguhan yg dibuat oleh speaker.

ALHAMDULILLAH MEREKA BUKAN LAGI PIMPINAN SAYA DAN BUKAN PIMPINAN PAS. ALLAH MAHA MENGATUR. SYUKUR YA ALLAH.

UMS
Shah Alam
07/04/2017

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej