Ramai cuba jadi penentang Islam
WAN NORDIN WAN YAACOB 29 APRIL 2017
PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaska muktamar kali ini berlangsung dalam suasana parti politik dalam negara sarat membicarakan Pilihan Raya Umum ke-14.
Kata beliau, ini memandangkan PRU-14 perlu dijalankan sebelum penggalnya berakhir pada bulan Jun 2018 nanti.
"Hiruk pikuk politik pilihan raya di kalangan parti-parti politik dalam negara kita ini menyebabkan semuanya teruja, sehingga dilihat oleh rakyat begitu galak mengagih-agihkan jawatan itu dan ini sekiranya menang dalam PRU-14 nanti," tegas Tuan Guru Abdul Hadi semasa menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.
Kata beliau lagi, apa yang dapat dilihat bahawa itulah 'trend' yang sedang berlaku di luar sana
setiap kali sebelum sesuatu pilihan raya berlangsung.
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, mereka ini umpama berebut kerana mereka memikirkan pilihan raya menerusi gaya politik moden, liberal, pragmatik dan sekular.
Bagi PAS, parti ini kata Tuan Guru Abdul Hadi ingin mengambil iktibar dari apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW kepada Bani Amir ketika ditanya siapakah yang akan menjadi pemimpin dalam negara yang akan didirikan oleh Nabi SAW.
Apa yang PAS kesalkan kata beliau, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini.
"Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar
Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini," tegasnya.
Kata beliau, tindakan sebegini sekiranyaberterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan “Islam sebagai Agama Persekutuan”. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej