Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 8, 2017

NAS HADIS BERKAITAN JEMAAH

NAS HADIS BERKAITAN JEMAAH
Sebelum kita memahami isu bai’ah, tuntutan dan kesannya, kita perlu memahami bai’ah itu patut diberikan kepada siapa?, iaitu Jemaah apa dan apakah pula peruntukan syara’ terhadapnya?. Terdapat banyak hadis menyebut berkenaan keperluan melazimi Jemaah, berikut adalah antara yang paling utama:-
1.  Nabi bersabda :-
إن الله يرضى لكم ثلاثاً، أن تعبدوه ولا تشركوا به شيئاً، وأن تعتصموا بحبل الله جميعاً ولا تفرقوا، وأن تُناصحوا من ولاه الله أمركم
Ertinya : Sesungguhnya Allah redha tentang kamu pada tiga keadaan iaitu a) kamu tidak mensyirikan Allah swt dengan satu apapun. b) kamu berpegang dengan tali Allah dan tidak bercerai berai c) kamu menasihati mereka yang diangkat Allah menguruskan urusan kamu (pemimpin). ( Riwayat Muslim)
        Imam Al-Nawawi berkata:-
قوله صلى الله عليه وسلم: "ولا تفرقوا" فهو أمر بلزوم جماعة المسلمين، وتآلف بعضهم ببعض، وهذه إحدى قواعد الإسلام
Ertinya : Kata-kata baginda “jangan berpecah” membawa erti suatu perintah melazimi jamaah muslimin, jinak hati satu antara lain dan ia merupakan salah satu dari tunjang asasi bagi Islam.[1]
Namun apakah maksud Jemaah yang dimaskudkan oleh Imam Al-Nawawi itu? Perkara ini akan dibincangkan selepas ini. Insha Alla

2. Diriwayat dari Umar al-Khattab bahawa baginda bersabda :
عليكم بالجماعة وإياكم والفرقة؛ فإن الشيطان مع الواحد أقرب، وهو من الاثنين أبعد، من أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة
Ertinya : Mestilah kamu menyertai Jemaah dan janganlah kamu berpecah, kerana Syaitan bersama yang berseorangan dan dengan dua orang ia lebih jauh, dan barangsiapa yang inginkan bauan syurga maka mestilah dia mentaati dan bersama Jemaah. (Riwayat al-Tirmidzi, hadis sahih)

3. Riwayat Huzaifah yang sedikit panjang, antaranya Huzaifah bertanya apakah nasihat baginda sewaktu nanti sampai zaman kemungkaran dan fitnah tersebar. Baginda menjawab :-
تلزم جماعة المسلمين وإمامهم"، قلت: فإن لم يكن لهم جماعة ولا إمام؟ قال: "فاعتزل تلك الفرق كلها، ولو أن تعض بأصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت على ذلك
Ertiya : taati dan pastikan dirimu bersama Jemaah dan pimpinannya… (Riwayat al-Bukhari)

4. Riwayat Al-Nu’man Bin Bashir bersabda nabi saw :
الجماعة رحمة، والفرقة عذاب
Ertinya : Al-Jamaah itu rahmat dan perpecahan itu azab.( Riwayat Abdullah Ahmad dalam Zawaid al-Musnad ; hadis bertaraf Hasan)
5. Dari Mu’awiyah abi Sufyan bahawa baginda bersabda :
ألا إن من قبلكم من أهل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملة، وإن هذه الملة ستفترق على ثلاث وسبعين، ثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة هي الجماعة".وفي رواية: ما أنا عليه وأصحابي
Ertinya : Ketahuilah ahli kitab sebelum kamu terpecah kepda 72 pecahan, manakala agama ini pula akan terpecah kepada 73 kumpulan, 72 darinya di dalam neraka dan haya satu di dalam Syurga iaitulah jamaah. [2]Dalam satu riwayat lagi disebutkan: “iaitu yang menuruti sunnah aku dan para sahabatku”[3]
6. Dari al-harith bin al-harith, bahawa nabi bersabda :-
وأنا آمرُكم بخمسٍ أمرني اللهُ بهنَّ : الجماعةُ ، والسمعُ والطاعةُ ، والهجرةُ ، والجهادُ في سبيلِ اللهِ ، فإنه من فارق الجماعةَ قيدَ شِبرٍ فقد خلع ربقةَ الإسلامِ من عُنُقِه ،
Ertinya: Aku perintahkan kamu dengan LIMA perkara yang telah diarahkan oleh Allah swt : Al-jamaah, dengar dan taat, Hijrah, Jihad pada jalan Allah dan sesiapa yang memisahkan dirinya dari Jemaah walau sejengkal telah dia menrungkaikan ikatan Islam dari tengkuknya. ( Riwayat At-tirmizi : hadis hasan Sahih)
DEFINISI ‘JEMAAH’ DALAM HADIS.
Dalam memahami istilah ‘Jemaah’ yang tersebut di dalam hadis-hadis di atas, ulama telah berbeza ijtihad dalam menentukan secara spesifik akan erti ‘jemaah’ yang ternyata dalam hadis. Penentuan status ‘jemaah al-Muslimin’ ini penting kerana ia membawa pelbagai kesan sewaktu dicanggahi dan keluar darinya. Sebagaimana yang tersebut di dalam hadis dan perbahasan para ulama, antaranya seperti:-
  1. Dianggap bughah bagi yang melawan.
  2. Dianggap khawarij jika melawan dengan senjata.
  3. Dianggap terkeluar dari Islam.
  4. Mati jahiliyyah.
  5. Berdosa
  6. Tidak mendapat redha Allah swt.

baca lagi ...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej