Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, April 27, 2017

Yang kalah jangan buat perangai !

اَلْأَزُّوْرِيْ:
Yang kalah jangan buat perangai!

Oleh Hj. Subky Latif

TAHNIAH buat TG Presiden Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menang tanpa bertanding untuk terus memimpin PAS sekali lagi.   Khusus buat Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim. Kemenangan tanpa bertandingnya untuk jawatan itu adalah kali pertama sejak TG Haji Hadi menjadi Presiden lebih 10 tahun lalu.
   
Sejak PAS di bawah konsep kepimpinan ulama awal tahun 80-an dulu, jawatan Presiden tidak dicabar hinggalah sekali tahun 2015 dulu TG Haji Hadi dicabar Ustaz Ahmad Awang. Entah apa kena padanya!
      
Timbalan Presiden, sejak ketiadaan Ustaz Fadzil Noor lebih sepuluh tahun lalu, entah apa kenanya bertanding, hinggalah giliran Tuan Ibrahim, tiada dicabar bagi mempertahankn jawatannya.
    
Tahniah buatnya dan ia petanda baik bagi masa depan pimpinan parti Islam itu. Dan dipercayai pemilihan baru kali ini dengan mereka yang terpilih nanti, adalah permulaan bagi memperkasa kepimpinan ulama yang tercabar beberapa tahun kebelakangan ini dan ia juga wajar mengorak langkah memperkasa rukun jemaah parti itu.
     
Adapun tiga Naib Presiden yang terpaksa bertanding kerana seorang pendatang baru bersetuju bertanding bagi tiga jawatan saja yang ada. Pencabar itu pula bukan orang luar pimpinan tetapi Ketua Penerangan, Ustaz  Nasruddin Tantawi.  Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan pula mengundur diri. Dan sekitar 40 orang lagi merebut 18 kerusi yang diperuntukkan bagi Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Sekadar ingatan kepada mereka yang bertanding. Jika tidak terpilih nanti terimalah ketentuan Allah itu dan kebijaksanaan perwakilan yang membuat keputusan. Semua  setuju bahawa Muktamar adalah badan pembuat dasar terpenting parti dan semuanya menerima ia adalah syura yang bijaksana.
     
Maka ingatan kepada yang kalah jangan buat perangai lagi, merajuk daripada parti, minta cuti panjang yang tidak bertempoh, suatu yang tidak pernah dibuat oleh ahli jemaah dan orang politik sejak zaman berzaman.
    
Atau buat perangai menubuhkan parti baru.
   
Jangan merajuk. Ia bukan pembawa orang laki-laki. Lainlah yang merajuk itu orang perempuan. Kalau perempuan itu Muslimat, ia bukan yang wajar bagi jemaah Islam. Dan kalau yan merajuk itu orang tua lagilah huduh rupanya.
     
Menang adalah amanah. Kalah adalah satu kesempatan yang baik terlepas daripada tanggungjawab yang berat. Yang menang bukanlah bererti yang terbaik daripada semua. Mereka dipilih bagi memikul amanah besar, yang jika boleh Saidina Abu Bakar Sidiq dan Saidina Umar al-Khatab suka jika amanah itu diberi kepada orang lain. Yang tidak menang, ada amanah lain untuknya.
    
Yang merajuk dan lari adalah kurang sabar dan lari daripada amanah. Amanah ada di dalam, bukan di luar.
    
Yang menyebab jemaah bercempera sedikit hari lalu, mungkin rukun jemaah  itu terlepas pandang dan tidak diperkasa. Cara mana rukun jemaah itu hendak diperkasakan. Ia boleh dijawab jika kepimpinan ulama dapat diperkasakan.
      
Mungkin mahu membuat contoh yang tidak popular. Syiah demi Syiahnya dapat memperkasa rukun jemaahnya. Pengikutnya tinggi bai’ah dan walaknya kepada pemimpin. Mungkin ia boleh dipelajari.
      
Mempelajari rukun tidak mengapa. Jika kita boleh mempelajari demokrasi daripada Greek dan Rom purba serta Eropah yang berkembang bersama Kristian bagi mencari dasar demokrasi terbaik dan terkini, mengambil rukun jemaah Syiah tidaklah merugikan asal tidak mengambil fiqahnya.
      
Pemilihan baru ini ibarat robohnya Kota Melaka, bersatulah umat seluruh belaka, membangun PAS yang perkasa.

66 TAHUN MEMPERSADA PERJUANGAN, REBAH DAN BANGKIT MENJULANG ISLAM.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Harakatul ummah ini digodam pembencinya kiri dan kanan, atas dan bawah. Kafilah itu terus bergerak tanpa mempedulikan salakan anjing, kompasnya tepat  dengan prinsip Islam yang direngkuh erat. Umurnya adalah perlambangan jatuh bangun sesebuah gerakan Islam, menyusuri perih dan manis dengan kepimpinan silih berganti. Ada pimpinannya lari, terjun bahtera, ada yang tergiur dengan mandraguna kuasa, yang belot tak akan bertahan lama, begitu juga dengan yang mempunyai agenda peribadi akan tersisih dengan sendiri.

Harakatul ummah ini dicemburui kawan dan lawan, sejuta ahlinya dengan pelbagai kepakaran dan latarbelakang. Berjuta penyokongnya di belakang, memberi dokongan dalam diam serta berkongsi aspirasi, tanah watan ini mesti diselamatkan dengan naungan Syariah. PAS berjasa besar pada tanah leluhur ini, menyemarakkan pendidikan Islam, memberdaya usaha dakwah, mengupayakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, menjadi pembenteng kepada sebarang usaha untuk meleceh dan menista agama. Tak kepalang sakit dan derita yang ditanggung oleh gerakan Islam ini dalam hampir tujuh dekad beroperasi dimedan dakwah,siasah dan tarbiah.

Dalam persidangan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tarikh 4 Januari 1953, parti itu telah menggariskan matlamat utama perjuangannya iaitu menegakkan sebuah negara yang merdeka berlandaskan ajaran Islam serta matlamat-matlamat lain seperti berikut:

1. Berusaha dengan kuat untuk memperkenalkan kepada rakyat jelata akan kemerdekaan yang tulen serta menanamkan ke dalam jiwa mereka semangat kemerdekaan itu sambil menunjukkan cara-cara mencapainya

2. Berusaha dengan kuat memperkenalkan demokrasi yang sejati dan menyatakan faedah kepada negara dan umat Islam serta berusaha menanamkan semangat demokrasi ke dalam jiwa masing-masing sambil menunjukkan cara-cara bagi mencapai demokrasi.

3. Mengatur dengan kemas cita-cita merdeka PAS dan menjalankan segala tanggungjawab yang berkaitan dengan Agama Islam.

4. Berikhtiar memperkenalkan diri PAS sebagai mewakili umat Islam Melayu kepada alam Islamiyyah dan badan-badan kebajikan Islam seluruh dunia serta membuat perhubungan dengannya sama ada dalam perkara kebajikan bagi Malaya khasnya dan dunia amnya.

5. Berkhtiar melaksanakan hukum-hukum Islam.

PAS pada awal penubuhannya telah bergiat cergas dalam bidang pendidikan Islam yang tertumpu di madrasah dan sekolah-sekolah agama.Tuan-tuan guru pondok sememangnya menjadi tarikan besar kepada orang Melayu untuk menyokong PAS, lantaran tuan guru adalah institusi penting dalam hierarki sosial masyarakat Melayu. Latar belakang darurat yang menyaksikan kekangan kepada aktiviti politik juga mencorakkan perjalanan awal PAS yang menjuruskan program parti kepada pendidikan

PAS semenjak ditubuhkan bergerak di atas landasan dakwah, mengajak masyarakat untuk hidup di atas jalan Islam yang syumul Melayu yang cintakan kepada Islam maka peranan PAS sebagai gerakan dakwah dicatatkan dalam perlembagaan PAS kemudiannya:

PAS diawal penubuhannya telah bergiat cergas dalam bidang pendidikan Islam yang tertumpu di madrasah dan sekolah-sekolah agama. Tuan-tuan guru pondok sememangnya menjadi tarikan besar kepada orang Melayu untuk menyokong PAS, lantaran tuan guru adalah institusi penting dalam hierarki sosial masyarakat Melayu. Latar belakang darurat yang meyaksikan kekangan kepada aktiviti politik juga mencorakkan perjalanan PAS yang menjuruskan program parti kepada pendidikan

PAS semenjak ditubuhkan bergerak di atas landasan dakwah, mengajak masyarakat untuk hidup di atas jalan Islam yang syumul. Dengan berkembangnya, PAS sebagai wadah perhimpunan orang Melayu yang cintakan kepada Islam maka peranan PAS sebagai gerakan dakwah dicatatkan dalam perlembagan PAS kemudiannya:

Fasa 6 – Perlembagaan PAS menyebut:

1. Menyeru umat kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasulnya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariat serta menjadikan sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalka

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej