Just now ·
Rahmatan lil 'alameen yg disalahtafseer.
Ia bukan bermaksud membiarkan @ reda dengan maksiat !
Ia bukan bermaksud, Islam kena tunduk kpd kukufuran !
Ia bukan bermaksud, Islam kena ikut telunjuk kpd yg tak beriman !
Ia bukan bermakdud Islam kena berlembut terhadap kesyirikan.
Rahmatan Lil 'alameen bermaksud Islam akan menyelamatkan SELURUH MANUSIA daripada kemurkaan Allah dan dari Api Neraka !
Ia juga bermaksud bahawa WAJIB berdakwah mengajak SEMUA MANUSIA supaya bertauhidkan Allah dan meninggalkan syirik ( menduakan/menyekutukan Allah )
Allah sebut
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu.
(Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Fath: 29)
KERAS DI SINI bukan bermaksud membenci, kejam dan kasar.
keras bermaksud tegas terhadap maksiat dan syirik yg dilakukan oleh musyrik . Islam tak boleh tunduk kepada perlakuan syirik mereka. Kena tegas.
Sebagai Contoh sikap tegas yg perlu ada ke atas setiap umut Islam.
Ada menteri non muslim di Brunai memohon agar kerajaan brunai adakan sebuah kedai yg menjual arak. Maka menteri agama ( BUKAN MENTERI AGAMA MALAYSIA ) menegaskan TIDAK DIBENAR SAMASEKALI ARAK DI BRUNAI WALAU PUN SATU BOTOL !
Ini lah contoh ketegasan dan KERAS yg dimaksudkan !!
Apabila manusia tidak meminum benda mabuk maka ia akan menyelamatkan aqal serta nafsu manusia itu sendiri. Langsung gejala2 akibat dari mabuk tadi akan terhindar dan semua manusia akan selamat ...
INI LAH MAKSUD SEBENAR ISLAM RAHMAT UNTUK SEKELIAN ALAM WAHAI MENTERI !!!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej