Syahidnya Pengantin JULAIBIB, Bergegar Arasy, Menangis
Para Malaikat, Bidadari Berebut-rebut Untuk Mendekatinya
ABBAS berkata: “Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami
(Rasulullah saw memanggilnya Julaibib) kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang
seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan Jelek?” Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak,
demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”
Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan
kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini,
tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan jelek”.
Sa’ad berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik yaitu suku Bani
Sulaim, jeleknya saya adalah daripada keturunan ibu saya.
” Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: “Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada
suku Tsaqief berada di sini?”
Maka yang hadir berkata: “Tidak ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa’ad: “Adakah kamu
mengetahui di mana rumahnya?”
Sa’ad berkata: “Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah.” Rasulullah berkata: “Pergilah kamu ketuk
rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka
katakan kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya.”
Amru mempunyai seorang
puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah.
Sa’ad meminang puteri Amru Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru
tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan jelek. Amru semakin tidak
senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga
menyebabkan Sa’ad keluar dan terus bertemu Rasulullah.
Selepas Sa’ad pergi, maka puterinya berkata: “Wahai ayah, carilah selamat sebelum turunnya wahyu membuka
perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati
terbuka dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”
Maka pergilah Amru ke majlis
Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang berada di situ: “Jadi kamulah orang yang menolak pinangan
Rasulullah?”
Amru berkata: “Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku
dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan
sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka.
” Selepas itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah memberitahu khabar itu
kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada isterinya.
Kesempitan wang untuk berkahwin
Lalu Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai nabi, saya sesungguhnya tidak
ada wang dan saya terpaksa minta daripada saudara saya.” Rasulullah berkata: “Mahar untuk isteri kamu
ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin.
Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi
kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga
sebanyak 200 dirham.” Maka Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut
Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke
rumah Ali, juga menerima lebih 200 dirham
Panggilan Jihad
Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya, tetapi
tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan: “Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!
Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah berkata: “Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk
berjihad!”
Maka Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa: “Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada
Muhammad maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul.”
Sa’ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan
serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di
barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali.
Maka Ali berkata: “Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk
menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.
” Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta
memenggal kepala orang kar.
Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun daripada kudanya, dia menyinsing
lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: “Adakah kamu Sa’ad?”
Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh.
Akhirnya beliau gugur sebagai syahid.
Sebaik saja Sa’ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas
pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya.
Baginda bersabda: “Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.”
Rasulullah menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda: “Kini dia
sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.
” Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?” Maka
Rasulullah pun menerangkan:
“Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga
Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis
daripada madu, barang siapa yang minum sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya
” Kemudian Rasulullah ditanya lagi: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan
terus berpaling muka daripadanya?
” Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana gembira melihat
kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang
terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun
memalingkan segera mukaku kerana malu.
” Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk diserahkan
kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah.
Selepas itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa’ad dengan
bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej