BUAT KHALID SAMAD TLG BACA PERLEMBAGAAN PARTI
BAB YANG KEDUA BELAS
LAIN-LAIN HAL
FASAL 73. Bendera PAS
Adapun Bendera PAS ialah berwarna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya (merah-putih) dan di pangkalnya sebelah atas terletak bulatan hijau.
Ukuran Bendera PAS itu ialah sebesar 5 X 7 sama ada dengan ukuran inci atau kaki atau lain-lain.
Bendera PAS bolehlah digunakan dalam setiap perayaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh PAS atau sebarang perayaan yang disertai oleh PAS.
Bendera PAS bolehlah digunakan sebagai latar belakang dalam setiap majlis-majlis anjuran PAS.
Bendera PAS bolehlah digunakan pada pejabat-pejabat PAS, rumah-rumah ahli PAS dan pada kenderaan ahli-ahli PAS pada semua peringkat.
Bendera PAS bolehlah digunakan pada masa-masa pilihanraya.
FASAL 74. Lambang PAS
Adapun Lambang atau Simbol PAS untuk Pilihanraya ialah Bulatan Putih dengan berlatar belakang warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar belakang boleh juga digunakan warna hitam dengan memakai ukuran 3 X 4 iaitu 3 lintang dan 4 bujur, atau apa-apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihanraya.
FASAL 75. Tatatertib PAS
Semua ahli-ahli PAS hendaklah
Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
Mengamal akhlak Islam.
Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.
Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.
Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
Seorang Pengerusi
Seorang Setiausaha, dan
Tiga orang ahli Jawatankuasa
‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.
Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah :
Memberi amaran
Melucutkan hak-hak dalam parti
Menggantungkan keahlian
Memecat dari menjadi ahli
‘Majlis Syura ‘Ulamak’ dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap rayuannya mengikut Fasal (13)(3)(d) dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ melalui Setiausahanya tidak lewat dari empat puluh hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, Keputusan ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ terhadap rayuannya itu adalah muktamad.
‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ itu adalah muktamad.
FASAL 76. Peraturan Muktamar dan Mesyuarat
Adapun peraturan Muktamar dan mesyuarat bagi Muktamar Tahunan dan Mesyuarat Agung PAS adalah disifatkan seolah-olahnya menjadi sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kekuatan sebagaimana Perlembagaan juga.
Peraturan Muktamar dan mesyuarat yang baru bolehlah dibuat bila dikehendaki ataupun peraturan-peraturan mesyuarat yang telah ada bolehlah dipinda atau diubah atau dimansuhkan dengan satu ketetapan menurut cara yang dikehendaki dengan mengubahkan Perlembagaan PAS ini.
Adapun peraturan-peraturan bagi sesebuah Kawasan atau Cawangan PAS itu, hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh Badan Perhubungan PAS Negeri sebelum digunakan bagi Kawasan dan Cawangan itu.
FASAL 77. Meminda Perlembagaan PAS
Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang syor atau cadangan hendaklah meminda atau membatalkan atau mengubahkan atau menambahkan kepada Perlembagaan ini hendklah dihantar kepada Setiausaha Agung sebagaimana yang disyaratkan di dalam Peraturan Muktamar PAS.
Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 78. Cara Memansuhkan PAS
PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut.
Jika persetujuan bagi memansuh dan membubarkan PAS ini dipersetujukan, maka segala hutang-hutang PAS hendaklah dijelaskan dan segala wang waki harta-harta dan apa jua yang berkait dengannya terserahlah kepada keputusan Muktamar itu.
Kenyataan berkenaan dengan memansuh dan membubarkan PAS ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh diambil keputusam itu.
FASAL 79. Lain-lain Perkara
Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.
‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.
Sebarang pertikaian dan perselisihan di dalam PAS, Badan-badan dan organisasi-organisasi serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil/Lajnah-Lajnah yang dibentuk mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini tidak boleh dibawa ke Mahkamah.
Penasihat dan pegawai yang menjalankan tugas pemerintah PAS di semua peringkat hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.
https://www.facebook.com/zami.hamid/posts/501153866701364:1
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej