Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, June 26, 2015

Tidak boleh kita mengizinkan 2 wadah politik Islam wujud dalam sebuah negara Islam


Menggunakan nama pemimpin yang telah tiada apatah lagi pemimpin tersebut merupakan idola dan rujukan ramai demi merealisasikan impian dan kepentingan kelompok sendiri adalah satu tindakan khianat yang tidak selayaknya ada pada seseorang yang mengaku pejuang Islam. Apatah lagi tindakan tersebut langsung tidak menepati hal sebenar. Hati² jangan sampai jadi fitnah.
Usaha menghidupkan semula pemikiran Allayarham Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Ust Fadzil Noor itu bagus dan perlu disokong tetapi bagaimana cara "menghidupkannya" itu perlu diperhalusi.
Adakah dengan mewujudkan parti Islam baru progresif atau bagaimana.
Suka ana membawa antum semua meneliti semula ucapan mantan presiden PAS Allahyarham Ust Fadzil Noor yang ana petik dalam salah satu video ceramahnya.
Apa katanya...
"Tetapi motif yg kita tahu adalah kerana nak mengekalkan kedudukan pemimpin.
Inilah yang disebut oleh Syeikh Yusuf al- qardhawi sebagai al- Muawwiqah addahiliyyah. Halangan dari dalam yang menyekat kebangkitan perjuangan Islam mengembalikan umat Islam kepada Islam, adanya sifat hubbuzzat, cinta kepada diri dan hendak menjadikan diri sebagai pemimpin..oleh kerana itu sanggup mengadakan satu wadah (parti atau pertubuhan) yg lain bagi menentang satu gerakan Islam yang telah wujud.
Tidak boleh kita mengizinkan 2 wadah politik Islam wujud dalam sebuah negara.
Wehdatul (kesatuan) mujtamak mestilah digerakkan dalam wehdatul harakah, jadi kerana itulah kita mengajak kepada Wehdatul Islamiyah, kesatuan Islam dalam satu gerakan, satu movement dalam satu tindakan, kita tidak boleh mengizinkan tenaga kita yang sedikit dicerai beraikan"
-Dato' Ustaz Hj Fadzil Noor
Maka benarkah kita sedang menghidupkan pemikiran beliau andai tindakan kita itu bercanggah benar dengan pendirian beliau?
Antum ada jawapannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej