Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 16, 2015

Tadi singgah kedai kopi, ada sorang sahabat kita kata, " kita sudah tidak ada kekuatan lagi

Ismail Muhamad Tadi singgah kedai kopi, ada sorang sahabat kita kata, " kita sudah tidak ada kekuatan lagi, kita sudah hilang taring kebanggan kita selama ini, kita sudah hilang teman paling rapat kita yg menjadi punca kemenangan besar kita, apa ada sangat pada haji Hadi, kita tak menang pun kecuali setelah kita berkawan rapat dgn LGE, dia lah tunjang kekuatan kita...Ust sedar tak?"

Setelah saya baca ayat di bawah, tersentak sahabat saya td...terus dia iatighfar lantas katanya lagi " saya yakin ramai yg tak percaya dan tak nak dgr ayat yg ust baca tu, mereka akn kata ust guna ayat alQuran utk kepentingan politik, dlm bab ni tak perlu lah tgk ayat alQuran....saya kata "kalau tak rujuk alQuran nak rujuk mana lagi?" " Dulu umno yang selalu kata PAS guna ayat alQuran untuk kepentingan politik. Sapa yang ikut umno sebenarnya?"

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا) [Surat An-Nisa : 138]

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا) [Surat An-Nisa : 139]

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

(وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا) [Surat An-Nisa : 140]

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Kita boleh berkawan dengan LGE tapi jangan sampai kita menganggap kekuatan kita hanya ada pada LGE....
Ada beberapa sahabat kita agak tertekan dengan situasi yang berlaku mutaakhir ini, Saya hanya mampu beri nasihat. Soal nak terima atau tidak, tiada masalah bagi saya.
Selamat maju jaya...
سيروا على بركة الله...

Catatan kedai kopi


https://www.facebook.com/ismail.muhamad.12?fref=ufi

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej