Larangan melantik Kafir sebagai pemimpin tertinggi
Januari 26, 2008 — sulaimanAli-Imran [28] Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman
Agama juga berkait rapat dengan politik iaitu kuasa pemerintahan. Ayat ini melarang orang Islam dari melantik orang kafir sebagai pemimpin tertinggi dan apa-apa jawatan penting dalam sesebuah kerajaan Islam. Ini kerana apabila mereka (orang kafir) berkuasa, mereka boleh memusnahkan amalan orang Islam, juga askar dan polis terletak di bawah kekuasaan mereka.
https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/26/ayat-politik/
https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/26/ayat-politik/
MEMILIH PEMIMPIN BUKAN MUSLIM MEMIMPIN UMMAH MERUGIKAN
Dalam seminggu ini terdapat dua isu kepimpinan yang menarik perhatian umum. Kedua-duanya dibincang dan diulas oleh masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang dilihat melibatkan kepentingan negara.
Pertamanya melibatkan soal kepimpinan dan keduanya ketaatan kepada pemimpin. Ada pihak tertentu yang bersedia dan telah memusatkan ketaatan kepada pemimpin dari kalangan yang tidak seagama dengan mereka. Sebahagiannya pula tidak bersedia untuk memberi ketaatan kepada pemimpin berkenaan dan hanya bersedia memberi ketaatan mereka kepada kepimpinan muslim sahaja, walapun daripada kumpulan yang sama.
Dalam Islam, beberapa garis panduan dibuat dalam memilih pemimpin. Biasanya kepimpinan dan mereka yang dipimpin itu dihubungkan melalui suatu ikatan yang disebutwala’ yang dikaitkan dalam aspek ketaatan dan kesetiaan. Dalam Islam, Allah melarang hambanya yang beriman memberikan wala’ kepada orang kafir. Apatah lagi dengan mendekatkan diri kepada mereka secara mawaddah wa mahabbah (kasih sayang dan kecintaan) dan membenarkan kata-kata serta perbuatan yang dilakukan kerana mereka memusuhi Allah.
Sesuatu yang tidak dapat diterima akal bahawa seseorang itu boleh menghimpunkan kecintaannya kepada Allah dengan kecintaannya kepada musuh Allah dalam waktu yang sama. Oleh itu, tidak harus bagi seseorang muslim memberikan ketaatan kepada orang yang tidak beriman dengan mengetepikan golongan yang beriman kepada Allah.
Manakala Sayyid Qutb pula ketika mentafsirkan ayat 28 Surah Ali Imran dalam kitab tafsirnya Fi Zilal al-Quran telah menyatakan bahawa tidak akan dapat berhimpun dalam hati manusia dua perkara dalam satu masa iaitu hakikat keimanan kepada Allah dan dalam masa yang sama memberi wala’ kepada musuh-musuh Allah. Jelasnya, ayat tersebut menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin kepada orang Islam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej