Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, June 19, 2015

Penjelasan PAS Bukan AGAMA. AGAMA Bukan PAS

Penjelasan PAS Bukan AGAMA. AGAMA Bukan PAS
Baca betul betul. Baca disertai Iman, bukan disertai Nafsu
Ulama haraki mengira gerakan Islam adalah antara jamaah Islam. Hadis yang bersumber daripada Huzaifah al-Yaman bermaksud kira-kira seorang Islam hendak berada dalam jamaah Islam. Jika tiada jamaah Islam dalam masyarakatnya hendaklah dia mencarinya. Jika tidak jumpa, hendak dia membentuknya.Jika tidak ada, membentuknya tidak upaya, maka orang Islam itu lebih baik menggigit perdu kayu, tidak layak sama sekali menyertai jamaah yang tidak beraliran Islam.
Maka PAS bukan ganti agama Islam tetapi ia adalah jamaah Islam yang kewujudannya amat dituntut oleh Islam.Maka sebagai jamaah Islam PAS bergerak atas dwi fungsi – politik dan dakwah. Sebagai parti Islam ia hendak mendaulatkan Islam dalam negara dengan melaksanakan aturan dan peraturan serta hukum-hukumnya.
Itulah sebabnya ia memandang hudud itu penting dilaksanakan, berbeza dengan politik orang Islam yang mengira hudud ada tak apa, tak ada hudud pun tak apa.Sebagai badan dakwah ia berhasrat memperkenalkan Islam dan menegakkan ajaran pada diri seseorang, pada masyarakat dan bangsa dan pada negara mengikut jalur bukan politik.
Sebagai jamaah Islam berjalur politik ia tidak sama dengan parti-parti politik yang lain kerana ia berdakwah di samping berpolitik. Sebagai gerakan dakwah, ia tidak sama degnan badan-badan dakwah yang lain kerana ia berdakwah sambil berpolitik. Parti-parti politik lain tidak berdakwah dan badan-badan dakwah lain tidak berpolitik.
Sebagai jamaah Islam, ia tidak membuat syariat baru dan tidak bernabi baru. Ia berpegang kepada mazhab Syafie sambil meraikan fekah mazhab lain daripada ahli sunnah wal jamaah, sama seperti pegangannya dalam kebebasan beragama berpegang teguh kepada Islam sambil mengakui hak agama lain mengamalkan kepercayaannya.
Tentang orang PAS yang tidak ikut sangat apa yang partinya anjurkan, sama dengan ramai juga orang Islam yang mengaku nabinya Muhammad tapi tak solat, tak zakat dan tak puasa

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej