Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, June 17, 2015

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengaku membuat surat perjanjian bersama di antara dirinya sendiri mewakili DAP dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili PAS

AIDCNews – 20/3/15 – Dalam satu rakaman video yang dimuat naik ‘Penang Buletin’, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengaku membuat surat perjanjian bersama di antara dirinya sendiri mewakili DAP dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili PAS.

Surat itu ditandatangani bersama sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) di suatu tempat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Suatu tempat di Kepala Batas, saya berjumpa dengan Datuk Seri Hadi dan kita (DAP) rasa ada perlunya untuk keluarkan kenyataan bersama supaya tidak ada….tidak iya..ini tidak akan diperalatkan..(Guan Eng dilihat tidak lancar untuk menyebut matlamat sebenar perjanjian bersama itu dibuat)

“Isu ini tidak akan lagi diperalatkan oleh pihak BN untuk menang pilihanraya secara kotor,”kata Guan Eng dalam kenyataan bersama dengan Datuk Saleh Man yang ketika itu merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Sebelum itu Salleh Man membacakan perjanjian bersama yang ditandatangani oleh Abdul Hadi dan Guan Eng.

Perjanjian bersama yang dibacakan oleh Salleh Man itu juga turut terdapat di facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dimuat naik pada 29 April 2013, iaitu kira-kira seminggu sebelum hari pengundian untuk PRU 13.

Mengulas berkenaan kenyataan yang berbunyi “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri,” yang terkandung dalam perjanjian itu, Guan Eng berkata setiap parti dalam PR berhak memperjuangkan agenda parti masing-masing.

“Tentu parti secara sendiri berhak untuk berjuang (mengikut) pandangan masing-masing, tetapi kita hanya dalam Pakatan Rakyat untuk isu-isu yang kita telah bersetuju.

“Macam isu tadi (yang dibacakan oleh) Datuk Salleh Man, perjuangan Negara Islam adalah perjuangan PAS tetapi bukan Pakatan Rakyat,”katanya lagi.

Facebooker Lim Sian See berkata apabila Guan Eng telah bersetuju bahawa ‘Negara Islam’ adalah hak PAS, bermakna secara tidak langsung DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud.

“Setiausaha Agung DAP sendiri Lim Guan Eng telah memberikan kelulusannya secara bertulis terhadap PAS untuk mengejar dan melaksana hasrat mereka untuk Negara Islam – yang pasti akan termasuk “hudud”.

“Yang membawa maksud, Lim Guan Eng telah memberikan kebenaran bertulis untuk PAS membentang dan melaksanakan hudud.

“Melainkan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terlalu jahil untuk memahami bahawa ‘Negara Islam’ juga termasuk hudud,” hujahnya.

lihat dan nilai video di bawah...
https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA

Itu sebelum PRU13....


Tapi selepas PRU13, setelah dia menang di Penang :

apa kata dia ?

https://www.youtube.com/watch?v=Rga_dySlpOw 


http://anwaraidc.com/2015/03/20/negara-islam-guan-eng-mengaku-buat-surat-perjanjian-bersama-dengan-hadi/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej