Berkenaan Zakat Fitrah.
Zakat fitrah wajib dikeluarkan sekiranya muslim itu hidup dlm dua masa yakni pada 30 ramdan dan juga satu 1 syawal. Kalau cuma hidup dlm salah satu saja, maka tak wajib keluar.
Bagi Mazhab Shafei, wajib keluarkan beras 1 gantang ( 3.6 kg ). Kalau nak keluarkan duit (ganti beras ) maka wajib di niatkan dlm hati mengikut mazhab Hanafi, kalau tidak zakat itu tidak sah !
Anak yatim yg dijaga oleh org lain ( bapa angkat ), sekiranya dia (anak yatim) tiada datuk @ nenek sebelah bapa, maka kewajipan ialah di atas Qadi. Qadi yg wajib keluarkan zakat untuk anak yatim itu , BUKAN WAJIB ATAS BAPA ANGKAT !
Bagi anak lelaki yg sudah baligh, Anak itu sendiri yg wajib keluarkan. Kalau bapa nak keluarkan bagi pehak anak tadi, si bapa WAJIB meminta izin dari anak yg sudah baligh tadi . Kalau anak perempuan yg sudah baligh, kewajipan adalah di atas bapa.
Walalhu A'lam
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej