Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, June 20, 2015

APA SEBENARNYA AGENDA LIM KIT SIANG DAN GUAN ENG DI SEBALIK SOKONGAN KPD PARTI ISLAM BARU ?

APA SEBENARNYA AGENDA LIM KIT SIANG DAN GUAN ENG DI SEBALIK SOKONGAN KPD PARTI ISLAM BARU?
Adakah penubuhan Parti Islam baru yg menjadi harapan Guan eng yg disokong DAP sebahagian dari inisiatif 'Selamatkan Malaysia' yg melibatkan kerjasama dengan UMNO yg pernah disebut oleh Lim Kit Siang?
Bekerjasama dengan UMNO supaya Parti Islam ala Guan eng bertanding di semua kerusi di mana PAS menentang UMNO agar undi pecah dan UMNO muncul pemenang?
Apakah pula faedah dan untungnya kepada DAP?
Kemenangan UMNO adalah kekalahan PAS. Kerana pertarungan sebenar adalah antara kedua dua itu. PIGe tak akan menang dan cuma berperanan memecahkan undi. Ini mudah sangat diramal sesiapapun.
Tidak benar PAS tidak lagi menentang UMNO.
Melalui kenyataan rasmi Presiden PAS, Majlis Syura Ulama yg menjadi badan tertinggi dalam organisasi PAS yg mengawal dasar PAS, berulangkali ditegaskan PAS sesekali tidak akan bergabung dengan UMNO. Kekal menentang UMNO. Mengajak rakyat meninggalkan UMNO yg telah terlalu rosak untuk menyertai PAS.
"Kebijaksanaan permainan catur" DAP ini akan mendapat sanjungan di kalangan bukan melayu. Keupayaan menjadikan melayu budak suruhan akan dipandang kehebatan oleh sebahagian pengundi. Ia menaikan semangat dan sentimen serta harapan di kalangan bukan melayu.
Kerana itu DAP akan menang paling banyak di kerusi2 yg ditandinginya.
Dalam konteks Pakatan Rakyat (baru atau yg asal), kekalahan rakan komponen di kawasan majoriti melayu yg ditandingi oleh PAS yg menentang UMNO, dengan adanya PIGe yg turut bertanding untuk pecahkan undi akan menjadikan DAP sebagai parti dalam Pakatan Rakyat yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen dan DUN. Begitu juga bagi calon calon PKR yg bukan Melayu. Mereka berpeluang menang. Kerana merekapun dilihat tidak akan bercanggah dengan apa apa yg ditentukan oleh DAP.
Sebagai parti yg paling banyak menang, DAP akan menuntut supremacy, kuasa dalam Pakatan. Mereka akan kekal berkuasa di Pulau Pinang dan menjadi sangat berkuasa di Selangor dengan punya paling banyak wakil sebagai exco dan ahli majlis di PBT.
Keadaan ini menang menang bagi DAP dan UMNO.
Jika benar senario ini, UMNO dan BN akan terus berkuasa di Pusat.
DAP mengawal Pakatan dan berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.
Putrajaya akan hanya merupakan penipuan kepada harapan orang2 Islam yg mahukan perubahan dengan sebab adanya dokongan segelintir umat Islam yg naif, yg berpegang pada fahaman liberal dan sekular terhadap PIGe yg disokong DAP ini.
Sekali lagi jika umat Islam tidak menyedari keadaan ini, negara akan terus dipimpin oleh pemimpin pemimpin dari UMNO yg korupsi dan runtuh akhlaknya lantaran berpegang kpd fahaman sekular dan liberalisme manakala disisi yg lain, bagi negeri negeri dimenangi Pakatan, DAP muncul paling berkuasa.
Jurnal jurnal kefahaman Islam dan fatwa fatwa rasmi yg diterbitkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan akan terus jadi simpanan dalam arkib dan fail di JAKIM, IKIM.
Tidak akan disebar utk jadi panduan umat Islam dan tidak akan dihayati oleh kerajaan. Tidak akan dipandang dan dilayan oleh menteri menteri UMNO.
Kerana bagi UMNO, Islam itu urusan hati dan ibadat ritual masing masing. Bukan suatu sistem yg sempurna dan lengkap yg menjadi akidah kehidupan bagi mereka yg beriman.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
21hb Jun 2015

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej