4 peristiwa besar PAS dan DAP bersengketa – Lim Sian See
DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT … EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.
Oleh : Lim Sian See
Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.
PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.
Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.
Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? … JOM TERJAH!!!
1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.
Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus – bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.
Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.
PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS – sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.
Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR – sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.
Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.
Petikan akhbar – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.
Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.
“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.
“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” – Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW
Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini – Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.
2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.
Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan – sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.
Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.
Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.
Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti – lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.
Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.
Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.
“…dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.
“Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. ”
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut.”
—
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744
Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.
Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB
Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.
Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.
3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.
2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD
Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR ‘curi’ dua barua PAS sokong Azizah)
https://jamaahdalamjamaah.wordpress.com/2015/11/12/4-peristiwa-besar-pas-dan-dap-bersengketa-lim-sian-see/
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej