KITA WALA, MEREKA TAKSUB
Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap virus taasub ialah apabila menganggap semua yang keluar dari mulut orang yang disanjungnya semuanya benar, dan apa yang keluar dari mulut selainnya dusta belaka walaupun apa yang diperkatakan antara mereka itu adalah perkara yang sama sahaja.
Contohnya, Apabila TG Presiden PAS kata perlu ada perbincangan dengan kerajaan/ UG, mereka tolak mentah-mentah ditambah dengan kritikan. Bertahun lepas tu Anwar kata kena ada perbincangan dengan kerajaan/ Konsensus Nasional, mereka terima bulat-bulat ditambah dengan pujaan. TG Presiden PAS kata baik tunggu PRK dari jatuhkan Najib, mereka tolak mentah-mentah siap kata Presiden sokong Najib. Berbulan lepas tu Anwar kata baik tunggu PRK dari jatuhkan Najib, mereka terima bulat-bulat. TG Presiden PAS kata Deklarasi Rakyat tak ke mana mereka tolak, Anwar kata Deklarasi Rakyat tak ke mana mereka terus setuju.
Dengan ungkapan lain, sekiranya orang lain kata bumi itu bulat, mereka akan tolak atau minta bukti, buat kajian dan selidik dahulu. Tapi kalau orang yang dikaguminya kata bumi itu bulat, terus mereka terima! Ini antara bukti ketaasuban melampau terhadap sesetengah tokoh.
Anwar tadi hanyalah contoh. Sesiapa sahaja yang dianggap sebegitu adalah termasuk dari ciri-ciri ketaasuban yang merbahaya. Ia boleh jadi seorang pemimpin, ustaz, majikan, ibubapa atau sesiapa sahaja!
Ini bukan satu fenomena yang sihat. Ia boleh merosakkan daya kreativiti pengikut. Lebih parah apabila ditakdirkan tokoh ini tiada, akan berteraburlah pengikut-pengikutnya membawa haluan sendiri kerana mereka hanya ikut tanpa berfikir. Mereka tak tahu di mana kuat dan lemah pemimpin yang mereka taksubi. Mereka tak tahu bagaimana mahu berfikir sebagaimana pemimpin mereka berfikir. Ini yang disebut taklid buta.
Apa yang dituntut oleh Islam bukanlah taasub, tetapi wala. Wala bererti setia. Wala bererti kasih. Wala bererti membantu dan mempertahankan.
Wala tidak semestinya perlu bersetuju sepanjang masa. Cuma dalam mengemukakan argumen, ada adab yang perlu dirai. Ada saluran yang perlu diguna. Apabila selesai melontar pendapat, apa jua keputusan harus diterima.
Wala bukan bererti tidak boleh menegur. Bahkan menegur juga adalah satu tanda wala, kerana kita kasih dan mahukan yang terbaik buat pemimpin. Cuma dalam menegur, ada tatacaranya. Dalam menegur, ada fiqhnya. Tidak boleh main langgar semuanya atas konsep kebebasan.
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej