Pindaan Akta 355
Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 telah berjaya dibentang oleh Yb Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di parlimen hari ini atas usul 412 dari Yb Menteri.
Meskipun terdapat bantahan keras dari Ahli-Ahli Parlimen DAP yang cuba menghalang usul pindaan ini dibentang, namun keputusan Tan Sri Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.
Perbahasan bagi menyempurnakan bacaan kali pertama ditangguhkan ke persidangan akan datang. Persidangan akan datang yang terdekat bagi penggal keempat ini ialah mesyuarat ketiga yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober 2016 akan datang.
Alhamdulillah, semoga Allah swt mempermudahkan urusan perjuangan ini.
Allahu Akbar !!
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej