Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, May 26, 2016

ALHAMDULILLAH. Usul Persendirian oleh YB Marang Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat meskipun dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan PAN

ALHAMDULILLAH. Usul Persendirian oleh YB Marang Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat meskipun dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan PAN. Mereka meminta untuk diadakan "Undi Belah Bagi" untuk menentukan sama ada Usul Persendirian itu boleh diusulkan atau tidak, sedangkan  "Undi Belah Bagi" tiada dalam Peraturan Mesyurat Dewan Rakyat bagi peringkat pembentangan usul.

Usul Persendirian tersebut adalah bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [akta 355] dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen berikut:

"Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan".

dan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:

"HUKUMAN
2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."

Perbahasan bagi Usul Persendirian ini akan dijalankan pada sesi mesyuarat akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej