Pindaan RUU 355 belum sepenuhnya hudud. Ianya pindaan utk menaiktaraf kuasa mahkamah syariah.
Kenapa kena naiktaraf kuasa mahkamah syariah? Ianya adalah bertujuan membolehkan beberapa perkara dalam enakmen hudud yg telah diluluskan boleh dilaksana dan dikuatkuasakan.
Ketika ini kuasa mahkamah syariah jauh lebih rendah dari mahkamah majistret pun. Jadi kita mahu besarkan sikit skop kuasanya. Dan bila namanya menaiktaraf mahkamah syariah, sudah tentulah hanya melibatkan org Islam (majoriti melayu). Non muslim tidak terlibat sama sekali.
Even kalau mahkamah syariah berjaya dinaiktaraf kuasanya pun, masih ada beberapa perkara dalam enakmen hudud yg masih belum boleh dilaksanakan ketika ini seperti potong tangan pencuri dan hukuman murtad. Namun dalam hal ini, jika belum mampu berotan, berakarlah dahulu. One small step is better than no step at all.
Tiada isu "ini melanggar perlembagaan" kerana apa yg cuba dilakukan inilah merupakan langkah² bagi memastikan semuanya ikut perlembagaan! How can u claim "this is illegal" since what we are trying to do is to make this legal?!
Sila faham molek, berlapang dadalah dan sokonglah pemantapan Islam di negara ini.
- abg bekam -
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej