Tadi ada berbual ngan ustaz berkenaan kemelut politik.
Dia cakap sebenarnya, sebetulnya apa yg berlaku ini adalah salah kita sendiri. Timbulnya Rasuah, korupsi, kezaliman dari pehak pemerintah adalah semuanya berpunca dari kita sendiri.
kenapa nak salahkan org itu org ini..... kerajaan itu kerajaan ini ...
saya tanya dia, camna boleh jadi camtu pulak dah ustaz ?
dia kata kat saya, pernah tak dengar hadis Nabi yg menyebut salah satu akibat ummat meninggalkan amar makruuf nahi munkar ialah ... Allah akan hantarkan, Allah akan zahirkan dan taqdirkan pemerintah yg zalim yg akan menindas kaum dan rakyat ?
saya jawab, ya pernah dengar Hadis tu.
Ustaz kata, dah tuuuu pasal apa mu dok kalut nak perbaiki kerajaan.
Jika kita tidak mau melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, maka Allah akan menyiksa kita dengan pemimpin yang zalim dan menindas kita dan tidak mengabulkan segala doa kita: Hendaklah kamu beramar ma’ruf (menyuruh berbuat baik) dan bernahi mungkar (melarang berbuat jahat). Kalau tidak, maka Allah akan menguasakan atasmu orang-orang yang paling jahat di antara kamu, kemudian orang-orang yang baik-baik di antara kamu berdo’a dan tidak dikabulkan (do’a mereka). (HR. Abu Zar)
Amar Ma'ruf Nahi Munkar dilakukan sesuai kemampuan. Yaitu dengan tangan/kekuasaan jika dia adalah penguasa/punya jabatan.
Amar Ma'ruf Nahi Munkar dilakukan sesuai kemampuan. Yaitu dengan tangan/kekuasaan jika dia adalah penguasa/punya jabatan.
Dengan lisan/tulisan jika dia adalah jurnalis atau intelektual. Atau minimal membencinya dalam hati atas kemungkaran yang ada. Ini adalah selemah-lemah iman (Hadis). Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu marahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."
Perbaiki Amar Makruuf Nahi Munkar dulu ... dahulukan kerja amar makruuf dan nahi munkar ... bukan dok kalut dan bagi perhatian sangat sangat nak runtuhkan kerajaan.
Kalau lah mu berjaya runtuhkan kerajaan, tapi selepas itu ummat tinggalkan kerja amar makruuf nahi munkar ....Allah akan taqdirkan dan datangkan sekali lagi pemimpin yg zalim dan jahat !
Pokok pangkalnya ialah ummat mesti dan wajib beriman dengan sabda Nabi ini.... amalkan hadis tu... jalankan amar makruuf nahi munkar .... selebihnya mu kena berserah kpd Allah .
Nabi kita adalah seorang yg benar... dan sabdanya serta amarannya tetap akan berlaku kalau kita mengabaikan peringatan BAGINDA .
Sampai kat stage ini, saya dah terpaku dan kelu ......... betul juga apa yg ustaz tuuu kata ... kalau kita tak percaya dengan hadis ini..... maka mana aqidah kita ?
Ustaz sambung lagi, sekiranya ummat semua menjalankan amar makruuf nahi munkar, InsyaAllah, Allah akan taqdirkan dan datangkan pemerintah dan penguasa yg adil, tidak rasuah, tidak zalim. Itu sudah tentu berlaku kerana sabda Nabi dan kata kata Nabi adalah benar dan betul !
Sekarang ktia sedang menerima bala bencana hasil dari usaha kita sendiri ..... jangan asyik salah org itu salah org ini katanya.
Ya benar, kita tak boleh reda dengan pemerintah yg zalim, tapi disamping itu kita kena muhaasabah dan mencari punca sebenar.
Kalau kita abaikan hadis ini, kita abaikan amar makruuf nahi munkar, mu tak usahlah bermati matian nak runtuhkan kerajaan, kerana kalau naik kerajaan baru pun, Allah akan taqdirkan datangnya kerajaan yg zalim pula sekali lagi ... bila mau habis ?
Kalau kita abaikan hadis ini, kita abaikan amar makruuf nahi munkar, mu tak usahlah bermati matian nak runtuhkan kerajaan, kerana kalau naik kerajaan baru pun, Allah akan taqdirkan datangnya kerajaan yg zalim pula sekali lagi ... bila mau habis ?
jalankan amar makruuf nahi munkar ... insyaAllah semuanya selesai katanya ..
Saya jadi termenung panjang selepas itu....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej