Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020
koleksi kitab
Friday, September 30, 2016
Kpd mereka yg mendakwa ikut wadah ust fadzil noor, tgna, yusuf rawa dll sila lihat dan dengar
Thursday, September 29, 2016
RUU35 - Anda pilih utk bersama kumpulan yg mana ?
Mohd Zubit Lebai with Abdul Jalil Che Kob and 71 others.
-dap
-gerakan
-mca
-lgbt
-liberal
-sister in islam
-g25
-anti hadis
-pan
-pragmatik sekular
-syiah
- pas
- ngo2 islam
- alim ulama
- guru2 agama
- guru2 pondok
- mufti
- jabatan agama islam
- imam2
- peguam syarie
- hakim2 mahkamah syariah
Asyik kena tipu dengan Slogan "No Racism" !
Diana kalah di kubu DAP... kerana ORG DAP pakat undi bangsa mereka dari MCA !
Bila melayu mahu sadar hal ini ?
Asyik kena tipu dengan Slogan "No Racism" !
AZIZ BARI KENA 'CHECK MATE' DENGAN ANAK MUDA BERNAMA FARIZ HADI
AZIZ BARI KENA 'CHECK MATE' DENGAN ANAK MUDA BERNAMA FARIZ HADI
MALAM tadi bertempat di 'Ruang' Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog 'Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan).
Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir.
Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu. Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada.
Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan Penduduk.
Jika DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak.
Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara. Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1204603649582803&id=100000995398438
sebanyak-7-ayat-melarangnya-tapi-banyak orang melanggar nya
http://www.tarbiyah.net/2016/09/sebanyak-7-ayat-melarangnya-tapi-banyak.html
Ada orang yang prihatin terhadap perpecahan orang 2 melayu
Ada orang yang prihatin terhadap perpecahan orang 2 melayu ...
Dia kata dia sangat bimbang !
Saya kata, apa nak dibimbangkan ... apa nak digusarkan .... bangsa kita memang susah nak belajar, kalau belajar pun sangat lambat nak terima pelajaran dan pengajaran !
Saya sangat percaya akhirnya melayu akan bersatu juga. .... TAPI bersatu di hujung hayat !
Melayu akan bersatu bila dah semua tergadai, bila dah tinggal nyawa nyawa ikan, bila dah ekonomi dan politik dikuasai org, bila dah tak ada satu inci pun yg tinggal, bila dah tergadai maruah 100% .... masa tu baru teringat nak bersatu ...
Bila dah politik dikuasai org lain, masa tu baru nak ternganga termengadah !
Sekarang ni masih ada sedikit maruah, masih ada baki harta, masih boleh bernyawa ..... maka tak ada rasa insaf dan sadar diri ...
Allah suruh bersatu jangan berpecah, tapi kita sengaja cari jalan bercerai berai.
Allah kata bersatu sesama islam di jalan Allah... tapi kita bersatu bersama musyrik melawan sesama mukmin.
Allah kata bertolong tolonglah kamu di jalan Allah yaknimjalan agama , tapi kita melawan tak taat apa yg dititahkan ...
Allah suruh kita mengutamakan mukmin dlm kepimpinan, tapi kita menyimpang tak mahu dengar dan taat firman Tuhan ...
Maka tak heran lahhhh nanti... bala bencana besar akan menimpa kita !
Tunggulah saat tuuuu nanti .... kalau ada umur panjang, kita akan dengar sendiri penyesalan demi penyesalan yg sudah tidak ada arti lagi !
Wednesday, September 28, 2016
sedapnya alunan bacaan oleh Johan Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa di Rusia 2016
Imam kontroversi dan sekular dipukul dengan kasut
Tuesday, September 27, 2016
BUAT TABLIGH, ARQAM, HIZBU TAHRIR DAN SEBAGAINYA; DAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya).
[An-Nisa:58]
لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضاً الحكم، وآخرهن الصلاة
Akan terurai sedikit demi sedikit ikatan Islam. Setiapkali terungkai, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Maka perkara pertama yang akan terurai adalah pemerintahan, dan yang terakhir adalah sembahyang.
(HR Ahmad)
Saturday, September 24, 2016
Hero Aswaja berantakan dengan hero Wahabi
depa hentam tak kira hang aswaja atau wahabi ...!
Friday, September 23, 2016
PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP
*PROPAGANDA “PAS GABUNG UMNO” : DAP SUDAH TIDAK RELEVAN*
Oleh : Nasrudin bin Hassan
_PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP_
~ YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
1. Propaganda “PAS gabung UMNO” telah berulang kali dinafikan oleh PAS khususnya menerusi penegasan oleh Majlis Syura Ulamak dan Presiden PAS. PAS tidak akan menggabungkan partinya dengan UMNO dalam pilihanraya bahkan PAS akan melawan UMNO di mana-mana kerusi yang ditandinginya.
2. Pendirian jelas PAS ini sudah diketahui, difahami dan diterima oleh ahli-ahli PAS dan orang awam khususnya dalam kalangan kaum Melayu dan beragama Islam. Sikap PAS terhadap pelbagai pihak termasuk UMNO/BN serta Kerajaan pula yang berasaskan kepada ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)’ juga mendapat reaksi positif dan sokongan oleh rakyat bervariasi kaum dan agama di negara ini.
3. Berita bertajuk _“Umno-PAS cooperation to win power in Selangor: a pact not to fight each other”_ yang disiarkan di akhbar Nanyang Siang Pau pada 18 September 2016 tempohari adalah sama sekali tidak berasas dan tidak benar.
4. Kenyataan berspekulasi pemimpin DAP, Liew Chin Tong yang cuba membenarkan laporan yang tidak bersumber itu dilihat sebagai suatu tindakan melancarkan persepsi negatif bagi meragukan keyakinan orang awam dan memecahbelahkan sokongan kaum Melayu terhadap PAS setelah DAP semakin tidak diterima akibat keterlaluan dalam “menunjukkan” penentangan terhadap Islam dan perlaksanaannya di negara ini.
5. Suka saya tegaskan bahawa bukannya pendirian dan sikap politik PAS yang tidak jelas, sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP lah yang sudah tidak lagi relevan. Kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat bukanlah cara yang sihat dalam berpolitik. Namun, adalah amat dikesali apabila cara itu masih digunapakai sebahagian pimpinan DAP bagi melaraskan peluru "dendam" terhadap PAS. Sampai bilakah rakyat harus dididik dengan cara berpolitik sebegini?
6. Benarlah penegasan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS baru-baru ini bahawa *PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP.*
Sekian.
Thursday, September 22, 2016
Termasuk Sunnah iaitu yang menghormati orang alim
ULAMAK DIHINA, PENGHINA ULAMAK DISANJUNG...
FITNAH AKHIR ZAMAN DAN TANDA HAMPIR KIAMAT.
Syaikh Muhammad Shalih Utsaiman ditanya tentang perbuatan sebahagian orang yang mengolok-olokkan orang yang melaksanakan ajaran islam dan mengejek-ngejek mereka, apa hukumnya! Beliau menjawab: Orang yang mengolok-olokkan para Muhazmin (orang yang melaksanakan ajaran agama) orang yang melaksanakan perintah Allah pada mereka terdapat benih kemunafikan. Allah menyebutkan sifat orang-orang munafik didalam Al-Quran iaitu:
Allah Berfirman maksudnya:
"(Orang munafik) iaitu mereka yang mencela orang-orang beriman yang memberikan sedekah dengan sukarela dan yang mencela orang-orang yang tidak dapat (untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, maka orang-orang munafik itu menghina (mengejek-ngejek) mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka, dan bagi mereka akan mendapat azab yang pedih" (At-Taubah: 79)
Fatwa Lajnah Daaimah (1/256 & 257)
Mala Ali Qari ketika menjelaskan tentang orang yang melecehkan ulamak dengan sindiran: "Betapa buruk penampilannya, memotong kumis dan melipatkan serban dibawah dagu" Maka beliau menyatakan perkataan itu termasuk kufur, kerana isinya melecehkan ulamak yang sama ertinya melecehkan para Nabi kerana para ulamak itu pewaris Nabi. Memotong kumis adalah salah satu sunnah Nabi. Menganggapnya buruk adalah kufur tanpa ada perselisihan pendapat diantara ulamak.
Allah Berfirman maksudnya:
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir dan mereka memandang hina orang yang beriman. Pada hal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka diihari kiamat" (Al-Baaarah: 212)
Memperolok-olokkan, melecehkan dan memandang rendah ahli ilmu dan orang soleh termasuk sifat orang kafir dan salah satu cabang kemunafikan.
Allah Berfirman maksudnya:
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka orang munafik tentang olok-olokkan itu tentu mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah: Mengapa dengan Allah dan ayat-ayat Allah serta rasulNya kamu selalu berolok-olok? Jangan kamu beri alasan, sesungguhnya kamu telah kafir sesudah beriman" (At-Taubah: 65-66)
Memperolok-olokkan ulamak kerana ilmu syar'i yang mereka miliki. Ini termasuk perbuatan zindiq, kerana telah melecehkan agama Allah.
Allah Berfirman maksudnya:
Allah Berfirman, tinggallah dengan hina didalam neraka dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. Sungguh ada segolongan dari hamba-hamba Ku berdoa, Ya Tuhan Kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah rahmat, Engkau adalah pemberi rahmat yang terbaik. Lalu kamu jadikan mereka buah ejekan sehingga kamu lupa mengingati Aku, dan kamu selalu mentertawakan mereka. Sungguh pada hari ini, Allah memberi balasan kepada mereka, kerana kesabaran mereka, sungguh mereka itulah orang yang memperolehi kemenangan" (Al-Mukminun: 108-111)
Rasulullah Saw Bersabda maksudnya:
"Akan datang suatu zaman, dimana kepimpinan ulamak tidak lagi diikuti. Dan tidak ada lagi sifat memuliakan orang-orang soleh"
Rasulullah Saw Berdoa Bersabda maksudnya:
"Ya Allah, janganlah aku dan kalian (para sahabat) hidup pada zaman yang alim ulamaknya tidak dituruti, orang soleh tidak dihormati. Manusia pada zaman itu, hati mereka seperti ajmi (kafir) namun lidah mereka fasih seperti lidah arab".
Rasulullah Saw Bersabda maksudnya:
"Bukan termasuk umatku, siapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, menyayangi orang yang lebih muda dan mengetahui hak-hak orang alim"
Thawus ra berkata:
"Termasuk Sunnah iaitu yang menghormati orang alim"
SURAT TERBUKA -KAMI TERAMAT KECEWA!!KENAPA TIPU KAMI - YB Dato Paduka Hj Hussam Musa ADUN Salor
Ybhg. Dato Wan Rahim
Pengerusi Amanah Kelantan
Dabong
18 Z'hijjah 1437
Ketua Pemuda PAN kata Mahkamah syariah tak ada ?
Ayob Hussin with Dee Janggut.
hahhhhh suuuuuudah !!!
Wednesday, September 21, 2016
Bolehkah Wanita Menjadi Ketua?
Bolehkah Wanita Menjadi Ketua?
Biarpun apa definasinya samaada; wanita, kaum hawa, perempuan atau gadis, ia tetap terkategori jantina yang sama. Persoalannya, adakah golongan hawa ini layak menjadi ketua?
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengatakan:
“Sungguh Allah SWT telah memberiku manfaat, dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW – pada saat perang Jamal (Unta), setelah semula hampir saja aku mengikuti tentera Jamal (dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka”.
Kata beliau lagi: “Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW:
“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin).” (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)
Begitu juga terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Abu Bakrah berkata:
“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, beliau SAW lantas bersabda, “Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)
Bilakah Wanita Boleh Menjadi Pemimpin?
Wanita boleh memegang tampuk pemerintahan hanya ketika mana memerintah sesama kaum mereka. Ini bukan diskriminasi Islam terhadap wanita, tetapi adalah keadilan. Keadilan yang diperuntukkan Islam berdasarkan kondisi penciptaan manusia sejak azali lagi. Dalam hal ini, misalnya para wanita disarankan mengambil tahu hal ehwal kewanitaan khususnya. Ini kerana di kalangan mereka lebih arif hal ehwal kewanitaan berbanding lelaki.
Sementara telahan, skop tanggungjawab wanita lebih kecil berbanding lelaki. Wanita juga mempunyai halangan-halangan tertentu – seperti perlukan mahram ketika bermusafir, tidak boleh menjadi wali, datang haid, hamil, mengandung, menyusui dan nifas – yang telah Allah SWT ciptakan buat mereka.
Sekiranya wanita itu diberi hak mutlaq untuk menjadi pemimpin... mereka juga sepatutnya diberi hak untuk menjadi wali dan haq untuk menceraikan !
Kalau lah begitu... sudah jadi kelam kabut !
Mengingkari perkara ini, bererti kalian mempertikaikan keadilan penciptaan Allah Ta’ala terhadap manusia seluruhnya!
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” (Al-Baqarah: 228)
Bahkan, wanita juga dibolehkan menjadi pemimpin – di atas pengawasan suami – untuk mengatur kehidupan rumahtangga. Perkara ini selari dengan hadis Rasulullah SAW berbunyi:
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta mempertanggungjawabkan mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)
Hati-hati Idea Liberalisme!
Dahulu kita pernah dikejutkan dengan fenomena Amina Wadud. Dia dengan berani bertindak melanggar batasan syariat dengan mengimami solat, walhal belakangnya disertai makmum lelaki. Sedangkan perkara ini samasekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini. Tanyalah mana-mana ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN.
Para pengamal liberalisme dan Sister In Islam (SIS) berusaha keras untuk mengangkat hak wanita menjadi sama rata seiring lelaki hatta dalam hal ehwal ibadah, perwalian dan urusan pemerintahan. Kerana itu mereka begitu berani melaungkan idea-idea kontroversi bagi menjayakan misi ini.
Justeru, sebagai muslim lagi mukmin yang berjuang dalam kelompok jemaah Islam, sewajar lebih TAHU dan JELAS tentang perkara ini!