Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, July 20, 2015

doa mohon pertolongan dari Allah agar jamaah sejahtera

اللهمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَحْفَظَ لَنَا جَمَاعَتَنَا وَحِزْبَناَ وَجِهَادَنَا وَإِخْوَتَنَا وَأُخُوَّتَنَا وَقَادَتَنَا الْمُخْلِصِيْنَ الْمُسْتَمْسِكِيْنَ بِالْقُرأنِ الْعَظِيْمِ والسُّنَّةِ النَّبَوِيَّةِ فِىْ مَسِيْرَتِنَا الْمُبَارَكَةِ مِنْ أَجْلِ الدَّعْوَةِ إِلَى سَبِيْلِكَ وَإِقامَةِ دِيْنِكَ وَالْاِعْتِصَامِ بِحَبْلِكَ الْمَتِيْنِ وَهَدْيِكَ الْمُبِيْنِ...
اللهمَّ مَنْ أَرَادَ بِنَا وَبِهَذِهِ الجَمَاعَةِ خَيْرًا فَخُذْ بِيَدِهِ فَمَنْ اَرَادَ بِنَا وَبِهَذِهِ الجَمَاعَةِ شَرًّا وَسُؤًا فَخُذْهُ أَخْذَ عَزِيْزٍ مُقْتَدِرٍ كَمَا أَخَذْتَ عَلَى عَادٍ وَثَمُوْدَ ...اللهمَّ إِلَيْكَ نَشْكُوْ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَقِلَّةَ حِيْلَتِنَا وَهَوَانَنَا عَلَى النَّاسِ اَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَاَنْتَ ربُّنَا
 اللهُم كُنْ لَنَا وَلا َتَكُنْ عَلَينَا اللهم يَا حَيُّ يَاقَيُّوْمُ بِرَحمَتكَ نَسْتَغِيْثُ
اللهم أَغِثْنَا يَامُغِيْثُ.......13كالي

 يا الله يا الله يا الله يا ذَالجَلاَل وَالاكرَام وَصَلَّى اللهُ على سيدِّنا محمدٍ وعلى آله وصحبه أجمعين والحمدُلله ربِّ العالمين

Ya Allah! Kami mohon kepadaMu agar Engkau pelihara jamaah kami, parti kami, perjuangan kami,saudara2 kami, ikatan persaudaraan kami dan pemimpin2 kami yg ikhlas yg teguh berpegang pd al-Quran dan sunnah dalam menempuh perjalanan mengajak manusia ke jalanMu, mengajak manusia menegakkan agamaMu, mengajak manusia berpegang kpd agamaMu.
Ya Allah! Andai ada manusia yg inginkan kebaikan untuk jemaah kami ini, maka pimpinlah tangannya. Andai ada manusia yg inginkan keburukan dan kejahatan utk jemaah kami ini, maka hukumlah dia sebagai hukuman Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.. sebagaimana Engkau menghukum kaum Ad dan Tsamud.
Ya Allah! KepadaMu kami adukan kelemahan kami. KepadaMu kami adukan kurangnya usaha kami. KepadaMu kami adukan kehinaan kami di hadapan musuh2 kami. Engkaulah Tuhan kepada golongan yg lemah. Engkaulah Tuhan kami.
Ya Allah! Bantulah kami. Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan kami. Ya Allah! Wahai Tuhan Yang Hidup lagi Berkuasa,dengan belas ihsan rahmatMu maka kami mohon pertolonganMu.
Ya Allah! Tuhan Yang Maha Menolong, tolonglah kami (13 kali)
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Tuhan Yang Mulia lagi Terpuji. Selawat dan salam buat penghulu kami, Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya. Puji-pujian kepadaMu Ya Allah, Tuhan bagi sekalian alam.

Pyan Abeb shared a post to your timeline.
8 hrs · 
ULAMAK DIHINA
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ لَا يُدْرِكْنِي زَمَانٌ أَوْ لَا تُدْرِكُوا زَمَانًا لَا يُتْبَعُ فِيهِ الْعَلِيمُ وَلَا يُسْتَحَى فِيهِ مِنْ الْحَلِيمِ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الْأَعَاجِمِ وَأَلْسِنَتُهُمْ أَلْسِنَةُ الْعَرَبِ (رواه أحمد)
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulamak sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya). " (Riwayat Ahmad)
Keterangan:
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulamak. Mereka takut mendekati para ulamak, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di hadapan ulamak yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para ulamak untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain padahal hati mereka adalah seperti hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya iaitu ulamak.
Ada ahli grup mengeluh letih mengikuti perdebatan antara PAS dengan GHB pada kebanyakan grup wassap dan telegram pada masa sekarang. Ukay kata :
1) Biar letih mempertahankan kebenaran daripada letih memperjuangkan kebatilan
2) Biar letih membela jamaah Islam daripada letih meruntuhkan jamaah Islam
3) Biar letih mencintai ulama' daripada letih memusuhi ulama'
4) Biar letih yang berpahala daripada letih yang sia-sia
5) Biar letih di dunia menjawab persoalan manusia daripada letih menjawab persoalan Allah di akhirat nanti !
TIADA ISTILAH LELAH JIKA LILLAH !!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej