DIKUTIP DARI GRUP PAS... maaf tak da nama perawinya....
Apabila Almarhum Tuan Guru Harun Taib menyuarakan isi hatinya tentang Abu Urwah a.k.a Saari Sungib yang dikatakannya tidak ikhlas bersama-sama PAS, ramai yang mengecilkan mata dan menyangkakan Almarhum berdengki hati dengan Abu Urwah.
Namun hakikat kelebihan yang Allah Taala karniakan kepada ulama seperti Almarhum, tidak dapat dibandingkan dengan logik pemikiran manusia.
Ramai yang dahulunya bersangka baik bahawa golongan berkenaan ikhlas menyertai PAS, kini menggeleng-geleng melihat tingkahlaku dan gelagat kedua-dua orang ADUN PAS yang melebihkan kepimpinan parti lain berbanding parti sendiri.
Menyingkap sejarah silam, kalangan jemaah PAS sangat berwaspada dengan golongan dari IRC yang kemudian ditukar nama menjadi JIM dan kemudian bertukar lagi menjadi IKRAM. Kelompok ini saling tidak ubah mengambil pendekatan ILLUMINATI dengan mencaturkan orang-orang mereka untuk masuk ke dalam semua parti politik di negara ini terutama sekali parti yang bermajoritikan umat Islam, bertujuan untuk menguasai parti tersebut pada kemudian mereka. Mereka mempunyai pelan sokongan jikalau hasrat utama mereka digagalkan iaitu menubuhkan parti baru.
Mungkin ramai yang tidak sedar, Gerakan HIS atau Harakah Islamiyyah Syamilah telah dapat dikesan semenjak tahun 1980-an lagi.
Sekarang kedua-duanya telah membuktikan bahawa JIM adalah kumpulan parasit terbesar dalam PAS. Kewaspadaan yang diberitakan oleh Almarhum Tuan Guru Harun Taib dahulu, kini telah terbukti apabila kedua-duanya mendahului parti dan pucuk pimpinan sehinggakan mereka tidak sabar-sabar lagi untuk menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim tanpa perlu menunggu sehingga selesai 17 Ogos.
Siapa Khianat Siapa?
Siapa Khianat Siapa?
Saari Sungip, lulusan sekolah berasrama Penuh Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh yang akhirnya melanjutkan pelajaran di Birmingham UK dan menyertai gerakan pelajar di sana yang lebih terkenal dengan Islamic Reprensentative Council (IRC). Dengan jaringan IRC inilah , akhirnya membentuk jalur asas kepada pertembungan yang berlaku selepasnya.
Sepanjang dekad 1980-1990 berlaku beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan penglibatan IRC. Antaranya keributan yang berlaku dalam ABIM dan gerakan pelajarnya yang dipimpin Oleh Mohd Nor Manuty. Perpecahan dalam ABIM menyebabkan terdiri lagi satu kumpulan iaitu kumpulan Ustaz dahlan (Kusda) yang dipimpin Ustaz Dahlan Mohd Zain yang mengetuai ABIM Perlis. kumpulan ini akhirnya membentuk HALUAN pada tahun 1988.
Akhirnya bila tidak dapat menembusi secara total dalam ABIM dan PAS, mereka membina jemaah forntline yang dinamakan JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) yang diasaskan pada 27 Julai 1990. Pengerusi Penaja NGO ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Saari Sungip yang seterusnya menjawat Jawatan Pengerusi JIM sehingga 1999.
JIM di bawah kepimpinannya juga cuba menyatukan dengan HALUAN pada tahun 1995 tetapi tidak berjaya.
MISG dan IRC punyai hubungan yang agak erat di kalangan penggerak persatuan pelajar di Luar negara. MISG yang berpusat di Illinois, amerika, Manakala kumpulan IRC bergerak di UK. Ramai juga, lepasan lepasan ABIM turut sama menyertai MISG lantas secara tak sedar membina jaringan langsung dengan UMNO di bawah pimpinan DSAI.
Maka tidak hairan ketika itu, tatkala Anwar berada di puncak kuasa UMNO, tokoh tokoh IRC menguasai di sektor pendidikan di UIA, USM Kubang kerian, di UTM, di UM dan lain lain lagi. Dalam masa yang sama Saari Sungip Juga terlibat dalam bidang kejuruteraan mempunyai hubungan secara langsung dalam urusan perniagaan bersama agensi agensi kerajaan yang ketika itu mendapat faedah bekerjasama dengan DSAI.
Tahun 1998, berlakunya reformasi apabila DSAI dipecat dari UMNO menyebabkan JIM/IRC hilang kepentingan dalam UMNO. Mereka bangkit membela DSAI seterusnya bersama sama dengan PAS yang menggerakkan GERAK yang dipimpin oleh almarhum TG Fadhil Noor ketika itu.
Permusuhan DSAI dengan Mahathir Muhammad ketika itu menyebabkan beberapa tokoh IRC, PAS disumbat ke dalam tahanan ISA. Pengikut yang dahulu masuk UMNO kerana Umpanan DSAI juga turut masuk ISA. Saari sungip, Abdul Malik hussin, Ahmad Zahid Hamidi, Ezam Mohd Nor dan ramai lagi ditahan atas penglibatan mereka bersama DSAI ketika reformasi 1998. Di saat itulah, nama nama Saari sungip, Dzulkefly Ahmad, Nizar, Zulkifly omar muncul satu persatu dalam PAS.
Dalam PRU 1999, Saari Sungip bertanding atas Tiket Keadilan di Parlimen Paya Besar tetapi Kalah.
Pada 2004, saari Sungip sekali lagi bertanding atas Tiket PKR di Parlimen Paya Besar.juga Kalah.
Akhirnya pada tahun 2008, Saari Sungip bertanding atas tiket PAS selepas menyertai PAS dia pun menang di DUN Ulu Klang dalam Parlimen Gombak. mengulangi bertanding pada 2013 sehingga masih bergelar YB sehingga hari ini.
Kalau dilihat kisah ini, lihat betapa PAS memberi ruang dan kemaafan untuk Saari Sungip dan kawan kawannya bergerak dalam PAS. Namun madu yang diberi, tuba yang dibalasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej