Hati Ku
9 hrs ·
Dari Ibnu ‘Umar ra berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada hati kiamat nanti orang mukmin didekatkan kepada Tuhannnya kemudian Tuhan memberikan perlindungan kepadaya dan ia menghibur kepada dosa-dosanya di mana Tuhan bertanya, “Tahukah kamu dosa ini?” Orang mukmin itu menjawab: “Wahai Tuhanku, saya tahu”. Tuhan berfirman, “Sesungguhnya aku telah menutupi dosa-dosamu di dunia, dan sekarang Aku mengampuni dosa-dosamu itu”. Kemudian diberikan kepadanya catatan amal-amal kebaikannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap orang itu akan didirikan berhadapan dengan Allah seorang diri, dan akan ditanya apa yang dilakukannya sepanjang hidupnya, ketika di dunia. Bezanya cuma, ada yang sesi soal-siasatnya boleh dilihat semua orang, dan ada yang terlindung. Orang yang diberdirikan untuk hisab itu sebenarnya sudah melalui satu bentuk azab. Antara orang itu, akan ditanya, adakah kamu ingat kamu pernah buat dosa ini. Jawabnya, “Ya”. Kemudian Allah katakan yang dosanya diampunkan dan diberikan buku hisabnya dengan tangan kanan.
Ada riwayat lain mengatakan, Allah akan bertanya seseorang itu, “Adakah kamu telah berbuat itu, ini”. Si fulan pun tidak dapat mengelak dan menunduk mengaku kesalahannya. Kemudian Allah berkata yang dosanya diampunkan, aibnya ditutupkan dan dosanya digantikan dengan kebaikan. Mendengar itu, si fulan pun berkata, “Ya Allah, ada lagi satu dosa yang Kau belum gantikan dengan kebaikan”. Allah melihatnya dan tersenyum kepadanya kerana pada awalnya dia tunduk ketakutan tetapi akhirnya mengaku dosanya agar dapat diganti dengan kebaikan. Sesungguhnya Allah mampu menutup aib seseorang dan juga mampu membuka seluas-luasnya aib seseorang itu. Sesiapa yang suka buka aib orang lain, akan dibuka aibnya di akhirat nanti. Siapa yang tutup aib orang lain, Allah akan tutup aibnya di akhirat nanti
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej