[Kemaskini 6.35pm] DAP tidak boleh memaksa PKR menerima sikapnya yang menolak PAS -- sama ada di Pulau Pinang atau Selangor.
G18 memang boleh memihak gaya DAP sebab mereka juga kecewa dan patah hati atas kemenangan kumpulan pro-ulama.
Jadi tidak wajarlah DAP "naik tocang", mahu dictate PKR dalam pergaduhannya dengan PAS.
Ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah, seperti juga G18, malah menambahkan kusut sedia ada. Sebab itu PKR lebih banyak diam.
Tetapi rupa-rupanya diam PKR dianggap satu kelemahan. "Kelemahan" ini ditafsirkan oleh orang lain PKR boleh dibentak-bentak dan disergah-sergah.
Dan, dalam kusut itu, DAP (dengan bantuan geng "gabungan baru" atau "Pakatan 2.0" atau "Harapan Baru" G18) mengambil kesempatan.
Kekusutan itu membuka kesempatan besar kepada DAP sebab ia hanya mahu mempertahankan kerusinya yang berbasiskan pengundi bukan Melayu dan penduduk bandar, termasuk di Pulau Pinang.
DAP tidak rugi apa-apa dengan percakaran di kalangan kelompok Melayu (G18, PAS dan PKR Melayu) yang sedang bertarung dalam kawasan masing-masing.
DAP tidak kisah jika wujud persaingan tiga penjuru di kawasan-kawasan ini sehingga kerusi pembangkang hilang atau pengaruh pembangkang lemah.
DAP sudah selesa dan selamat dengan menyebarkan kempen "hudud itu ditolak pengundi Melayu".
Dengan kempen itu kerusi-kerusinya selamat.
Tetapi G18 belum tentu selamat (kecuali bertanding di kawasan-kawasan DAP sekarang).
PKR belum tentu selamat (daripada percakaran) jika harus memberikan konsesi besar pada G18 atau parti baru yang berbasiskan pangkalan sokongan Melayu-Islam.
Jadi orang nampak (ulang: orang nampak) DAP bertindak atas kepentingan dirinya sahaja!
(ii)
Jangan lupa, PKR juga hadapi masalah serius dengan PAS, dengan TG Haji Abdul Hadi Awang.
Tetapi lihat bagaimana PKR tangani dan redakannya, bukan melalui perang media dan angkat puak!
TG Hj Abdul Hadi dikatakan tolak projek 16 September DS Anwar Ibrahim.
Wakil-wakil PAS juga dikatakan berkempen di luar negara agar kawan-kawan Anwar tolak beliau.
PAS juga mahukan calon lain perdana menteri menjelang pilihan raya umum 2013.
Orang Melayu ada konsep "tarik rambut di dalam tepung", maka pendekatan itu PKR selalu gunakan dengan PAS dan DAP.
Tetapi kali ini tidak, DAP berlagak gungho, isytihar perang demi perang terhadap PAS. G18 pula, selepas tewas, guna pendekatan seumpama itu.
DAP beriya-iya isytihar Pakatan Rakyat "mati" dan bersungguh-sungguh mahu bentuk "gabungan baru".
Pendekatan gaya "tokong" ini selalunya tidak baik kecuali kita mahu jadi tokong.****
Cakap terus teranglah, DAP memang suka pada G18. Selain mereka ini melawan PAS, mereka ini boleh jadi "junior partner" yang boleh disergah-sergah.
DAP tidak boleh berbuat begitu pada PAS dan DAP.
Jika perlu dan jika keadaan memerlukan, DAP juga boleh gunakan G18, sebagai parti satelit, untuk "checkmate" PAS dan PKR sekali gus.***
Jika perlu dan jika keadaan memerlukan, dengan G18 sebagai parti baru, DAP melalui Pakatan 2.0 boleh pula mencipta Nizar 2.0 dalam Perak 2.0.***
*** NOTA: Betul, sebahagian hujah artikel ini hanya tanggapan. Saya menyampaikan tanggapan. Boleh percaya, boleh juga diabaikan. Jangan risau smile emoticon
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej