Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, October 1, 2016

Hari Kiamat tidak akan berlaku…sehingga satu kumpulan tentera dari kota daripada kalangan mereka yang terbaik di atas muka bumi, akan menghadapi golongan Rom (Eropah)

Nabi bersabda, “(Hari Kiamat tidak akan berlaku…sehingga satu kumpulan tentera dari kota daripada kalangan mereka yang terbaik di atas muka bumi, akan menghadapi golongan Rom (Eropah) ’

Tentera Islam akan memerangi mereka dan kemudian 1/3 daripada tentera Islam akan melarikan diri…1/3 yang lain akan mati sebagai syuhada. 1/3 yang lain akan mendapat kemenangan. Mereka akan menguasai Konstantinople.”(Hadis ini direkodkan oleh Muslim)

************************
Nabi bersabda, “Tanda hari kiamat yang paling awal adalah api yang akan menghimpunkan manusia dari Timur ke Barat” Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari. - Sekarang api peperangan sedang melanda timur !

Mengikut Ali Akbar dalam Israel and the Prophecies of the Holy Quran, terbitan Seraj Pubiications di UK ramalan ini sedikit sebanyak menjadi kenyataan dengan berlakunya perang dunia pertama dan kedua yang melibatkan negara-negara Timur dan Barat. Ini diikuti dengan penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menghimpunkan wakil-wakil negara dari Timur dan Barat.

********************
Nabi bersabda, “Kiamat tidak akan berlaku sehingga masa menjadi singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti masa bagi menyalakan api.”Hadis ini direkodkan oleh at-Tirmizi.

Gempa bumi memendekkan perjalanan masa di bumi. Saintis NASA mengesahkan gempa bumi di Chile pada bulan Februari 2010 pada skala 8.8 mengubah paksi dunia (axis) dan memendekkan perjalanan masa di dunia sebanyak 1.26 mikrosaat setiap hari. Gempa yang melanda Sumatera pada tahun 2004 pada skala 9.1 pula memendekkan hari sebanyak 6.8 mikrosaat. Hal ini dilaporkan di www.examiner.com/natural-disasters-in-national .

************************
Nabi bersabda, “Tidak berlaku kiamat sehingga harta benda melimpah ruah dan seorang lelaki mengeluarkan zakat tetapi tidak ditemui orang yang layak menerimanya.” Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Salah sebuah negara yang kaya minyak adalah Kuwait. Populasinya melebihi 2,400,000 orang. Tidak ada seorang pun daripada penduduknya berada di bawah paras kemiskinan. Hal ini dilaporkan di ww.mapsofworld.com/kuwait/information/statistics.html . 

Memang benar kata-kata nabi, harta benda sudah melimpah ruah di bumi Arab.

************************
Nabi bersabda, “Demi Allah, kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya.” Hadis direkodkan oleh al-Tirmizi.

Pada akhir zaman, manusia akan bercakap dengan menggunakan alat-alat komunikasi yang canggih dan mesej-mesej dibawa melalui sistem wayar persis cemeti. Dengan wujudnya sistem wire earphone, sebagai contoh, ia kelihatan seperti hujung cemeti yang bercakap kepada manusia.

Pada hari ini, kasut sudah bercakap kepada manusia. Pada tanggal 5 Jun 2006, www.msnbc.msn.com  melaporkan, Nike dan Apple bergabung bagi menghasilkan teknologi terbaru dalam bentuk kasut joging yang bercakap memberitahu manusia masa lariannya, jumlah kalori yang sudah dibakar, kelajuan dan seumpamanya.

*******************
Nabi bersabda, “Apabila urusan umat diserahkan kepada mereka yang tidak layak, tunggulah kehancuran hari kiamat.” (Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari)

Contoh yang paling baik adalah Mustafa Kamal Ataturk, pemimpin negara Turki selepas kejatuhan Empayar Othmaniah. Beliau melarang pemakaian pakaian Islam dan menggalakkan pemakaian ala Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta melarang orang Islam mengerjakan ibadah haji. Beliau juga tidak mengizinkan azan dilaungkan dalam bahasa Arab sebaliknya dalam bahasa Latin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej