Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, October 7, 2016

Rasuah, Rosak Ikan Bermula Di Kepala

Rasuah, Rosak Ikan Bermula Di Kepala

Apa sudah jadi dengan kakitangan awam yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kenapa terjadi demikian? Sudah rosakkah modal insan di negara ini. Mereka yang terlibat, umur sudah lanjut untuk membilang hari di penghujung usia. Tidak takutkah mereka dengan azab Allah.

Terbaru, SPRM telah merampas RM112 juta wang tunai ekoran tertangkapnya dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah. Jumlah ini merangkumi RM 52 juta tunai dan RM60 juta dalam simpanan. 30 orang kakitangan SPRM terpaksa mengambil masa 15 jam untuk mengira wang RM52 juta. Cuba bayangkan berapa lama masa perlu diambil oleh SPRM kalau hendak membilang RM2.6 bilion?. Ini tidak termasuk barang kemas, kereta mewah, wang asing, geran tanah, jam tangan mewah, 94 beg tangan berjenama.

Semua suspek kes ditahan kerana melibatkan RM3.3 bilion dana projek Pusat untuk pembinaan infrastruktur asas sejak tahun 2010. Cuba bayangkan berapa banyak overcharge yang kerajaan (baca wang rakyat) terpaksa membayar kalau komisyen sebanyak itu?. Berapa banyak kerugian wang rakyat dibazirkan untuk memenuhi tembolok beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.

Adakah di belakang mereka ini ada tangan ghaib sehingga mereka berani berbuat demikian. Kita harapkan akan terbongkar siapakah dalang disebalik tindakan mereka apabila di bawa ke pengadilan.

Adakah mereka ini yang menjadi pembekal kepada kegiatan politik wang di negara ini. Inilah bahaya apabila politik wang bermaharajalela, samaada di dalam pemilihan parti atau pilihanraya negara.

Rakyat amat ternanti-nanti ikan besar pula ditangkap oleh SPRM. Rosak ikan bermula di kepala. Berani kerana benar, usah takut dan gentar. Rakyat akan bersama SPRM.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
7/10/16

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej