Kata Tuan Guru Ahmad Ridoudin:
"Kita belajar ilmu Hadis hari ini untuk ambik berkat, bukan untuk menghukum status hadis atau mengeluarkan hukum daripadanya. Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dahulu telah sediakan dan hidang kepada kita semuanya dalam kitab-kitab karangan mereka. Tugas kita hari ini ialah dalami ilmu mengikut disiplin dan manhaj mereka."
Metod menyerang dan menyalahkan Ulama Jawi Manhaj Turath yang sudah lama bertapak dan diiktiraf di Tanah Melayu tidak akan menyelesaikan kekeliruan dan salah faham. Bahkan ianya hanya menimbulkan konflik dan mudharat yang besar dalam masyarakat. Jalinkan hubungan silaturrahim dan hubungan ilmu yang bernilai kajian dengan semua.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej