*PAS paling berpengalaman lawan UMNO.*
*Saya tertarik dengan suara2 sindiran dari pihak diluar Pas, yg kononnya PAS sedang ditipu oleh UMNO dalam isu RUU 355*.
Umno tidak akan beri laluan yg mudah kpd PAS, kata mereka. Ini adalah kerana UMNO terpaksa juga menjaga hati MCA, MIC dan Parti2 bukan Islam yg masih sekawah dgn UMNO dlm BN.
*Pas pasti dipermainkan dengan berbagai cara, sehingga cadangan pindaan rang Undang2 itu tidak dapat dibentangkan di Parlimen*. Kesimpulannya kata mereka PAS ditipu. Masih belum cerdik kah Pas dengan permainan UMNO?. *Itu lah kalimat akhir mereka dlm usaha yg berterusan, untuk memperlekehkan dan memperlecehkan usaha Pas sebelum ini*.
Saudara2 ku diluar sana (diluar Pas). Suka saya perjelaskan bahawa *betapa kuatnya jerutan kekeliruan yg membelit saraf2 otak mu*. Dalam keadaan kamu tidak mengenali PAS, kamu telah membuat *satu analisa dangkal terhadap PAS.* Kamu jgn ingat kamu boleh kenal PAS sebagaimana dgn mudahnya kamu mengenali DAP, PKR, UMNO dan PAN atau parti2 lain di Malaysia ini. Sudah acap kali saya sebut. *Untuk kamu mengenali PAS kamu harus terlebih dahulu mengenali ISLAM yg menjadi ruh kepada perjuangan PAS*. Kalau sebahagian bekas *pemimpin Pas yg sekian lama bersama Pas itu pun gagal mengenal Pas,* sehingga mereka dilontar keluar oleh Allah dari jendela Pas, maka masakan kamu yg *tidak pernah bersama Pas dengan mudah dapat mengenali Pas dan membuat rumusan sambil lewa sebegitu.*
Saudara2 ku.. sebagai parti yang lebih tua dari mana2 parti pembangkang di negara ini, maka sudah pasti *Pas paling kenal, siapakah UMNO berbanding mereka.* Pas paling berpengalaman mendepani UMNO dlm gelanggang politik tanahair. *Tahukah kamu.. isu memertabatkan hukum dan undang2 Allah, bagi PAS tiada kaitan pun dengan umno*. Umno ada ke atau tidak ada, hukum Allah wajib didaulatkan selagi masih ada ruang. *Umno beri laluan atau tidak, itu bukan soal utama bagi kami yg cintakan Islam.* Keutamaan kami ialah sesempit mana pun lorong yg dibuka, kami tetap menyusupinya untuk membawa Islam. *Soal samaada laluan itu merupakan tipu helah umno untuk menipu pas atau tidak, itu bukan soalnya.* Kerana Pas sudah sedia maklum sebagai *parti yg berteraskan Nasionalisme sekular, tidak mudah untuk umno memberi lalun kpd agenda2 Islam*, khususnya jika agenda Islam itu dtgnya dari PAS. *Pas bukan setakat kenal sifat sekular umno itu sahaja, bahkan Pas turut mengenali sekularnya DAP, PAN dan parti2 sakular yg lain*. Perlu diingat bahawa bagi PAS, Islam adalah segalanya2. *Pas sanggup bertahaaluf dgn DAP dulu pun kerana Islam*. Kemudian Pas membatalkan tahaaluf itu juga, kerana islam. Masih belum jelaskah kepada kamu kecintaan PAS kepada Islam?. *Jika kamu anggap kesungguhan PAS dalm Isu RUU 355 itu sebagai satu kebodohan kerana pastinya nanti, akan ditipu oleh UMNO*. *Maka apakah kamu tidak merasakan penolakan kamu terhadap usaha memperkasakan undang2 Allah itu, sebagai bukti kamu sedang ditipu oleh Syaitan dan musuh2 Allah?*
*Berjaya atau tidak RUU itu dibawa ke Parlimen, itu soal yg kedua*. Tapi sekurang2nya;
1. *Pas dilihat sebagai sebuah Parti yg benar2 mahukan Islam. Parti yg konsisten dengan Islam.*
2. *Masyarakat memperolehi Ilmu tentang undang2 Islam melalui program2 dialog yg disampaikan oleh Pas ke seluruh negara.*
3. *Jika betul UMNO menipu, maka khalayak ramai dikalangan org2 Islam khususnya akan lebih membenci parti sekular itu. Dan UMNO akan terus diingat sebagai PENIPU.*
4. *Isu RUU 355 telah mendedahkan busuk hati pihak2 tertentu terhadap Islam.* Yg akhirnya pengundi akan menolak mereka dlm PRU akan dtg.
5. *Pas memperolehi pahala yg besar kerana tetap berkata benar, di hadapan PEMERINTAH YG ZALIM.*
Jika isu ini menyebabkan Pas dapat pahala, maka kamu yang menentang nya dapat apa?. Jelas kamu tertipu dengan perasaan dan kejahilan kamu sendiri.
*Jika pembentang RUU 355 itu dinafikan pembentangannya di Parlimen*, maka sudah pasti masyarakat yg cintakan islam khususnya ahli2 PAS akan rasa kecewa. *Tapi perlu di ingat kecewa hati para sahabat tatkala dilarang masuk ke kota Makkah bagi mengerjakan Haji dlm peristiwa Sulhu Hudaibiyyah sedangkan mereka telah berada dipintu masuk kota Makkah, lebih sakit berbanding kekecewaan kita.* Namun yakinlah. Sebagaimana Sulhu Hudaibiyyah telah menjadi gerbang kepada Pembukaan Kota Mekkah (Fathul Makkah) pada tahun berikutnya. Maka In shaa Allah.. *RUU 355 ini akan menjadi gerbang kepada kemenangan Islam untuk PRU yg akan dtg.*
Takbir.
ALLAHUAKBAR!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej