Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, October 30, 2016

Teguran Ikhlas Buat Dr Rozaimi

Teguran Ikhlas Buat Dr Rozaimi

Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada beberapa tokoh dakwah dalam negara khususnya Dr Rozaimi dan beberapa figura bersamanya yang berjiwa besar, sudi untuk bermuzakarah berbincang dengan pihak Pas khususnya pimpinan pemuda mereka dalam pertemuan beberapa hari yang lalu.

Saya kira, ini suatu perkara yang perlu disuburkan dalam masyarakat kita. Suatu suasana yang tentunya sangat diraikan oleh ummat islam khususnya di tanah air kita.

Walaupun saya jarang mengikuti perkembangan Dr Rozaimi, namun saya menghormati kesarjanaan ilmu yang dimiliki oleh beliau. Tidak ramai anak muda yang mempunyai PhD dalam bidang hadis sebagaimana beliau. Secara peribadi, dalam banyak isu, saya kira pandangan saya bersama beliau. Pada pandangan saya (yang tentunya tidak layak diambil sebagai hujjah), jika beliau meriwayatkan sesuatu hadis, maka rantaian perawi dalam hadis tersebut tidak akan jadi dhoif disebabkan adanya beliau, dengan kata lain, pada saya Dr Rozaimi adalah seorang yang tsiqah.

Walaubagaimanapun saya agak terkilan dengan pendirian Dr Rozaimi dalam isu RUU355. Saya merujuk kepada ucapan al-Fadhil Dr yang tersebar dalam YouTube
(https://m.youtube.com/watch?v=1N4OJMVMKFk). Saya fikir, Dr Rozaimi keliru dalam menyatakan pendirian. Isu RUU355 tidak dinafikan mempunyai latar dari sudut politik serta akademik yang perlu diteliti secara terperinci.

Beliau ada menyatakan pendapat beliau dalam isu pelaksana Undang-Undang syariah. Al-Fadhil Dr mengatakan, hudud sepatutnya dikenakan juga kepada bukan islam supaya ia lebih adil dan dilihat adil.

Kenyataan ini dari segi akademiknya, memang tak dinafikan ada pandangan yang menyokong pendapat Dr. Namun jika dilihat dari konteks perlembagaan, pandangan ini sangat dilihat sebagai pandangan orang yang naif dalam berpolitik.

Saya tidak berhajat menghuraikan setiap perkara dalam tulisan ringkas ini. Secara umumnya, saya mohon al-Fadhil Dr muhasabah diri. Dr Rozaimi seharusnya merujuk perkara ini kepada mereka yang berada dalam bidang tersebut sebelum menyatakan apa-apa pendirian. Lebih-lebih lagi pendirian tersebut bercanggah dengan aspirasi kebanyakan ummat Islam di tanah air sekarang ini. Banyak forum, wacana, ceramah dan sebagainya yang telah dicernakan oleh mereka yang mempunyai autoriti dalam isu ini. Daripada pakar-pakar undang Islam di universiti sehinggalah ahli-ahli yang berhormat di parlimen, semuanya telah menyatakan hujjah masing-masing.

Kita tidak nafikan perbezaan pendapat antara para ulamak itu memang wujud sejak daripada dulu lagi. Ia suatu kebiasaan dalam Islam. Namun janganlah kita menjadikan alasan ini untuk kita tidak cuba mencari titik-titik persamaan demi kepentingan ummah.

Pada pandangan saya, kritikan secara sinis Dr Rozaimi dalam rakaman kuliah beliau adalah terlalu tajam untuk mereka yang selama ini bertungkus-lumus untuk memartabatkan syariat Islam di tanah khususnya para pendokong dan penyokong Pas.

Dr Rozaimi perlu belajar menghormati apa yang orang lain lakukan untuk agama. Kita mungkin bijak dalam sesuatu bidang, tapi kita tidak bijak dalam semua bidang. Saya yakin dan percaya, dalam pada kita semua belajar sehingga mendapat PhD dalam bidang agama, di sana terdapat saham buat mereka yang berjuang islam dalam Pas sejak di awal kemerdekaan negara kita.

Saya teringat kata-kata guru saya, Maulana Shaari. Katanya,

_"Orang salafi jangan sibuk sangat nak ulas isu politik, sebab kadang-kadang bila orang yang bukan ahlinya bercakap bukan bidangnya, akan nampak sangat kebodohannya. Bab politik, biar mereka yang mahir yang uruskan"_.

Saya fikir Dr Rozaimi perlu mencontohi beliau, khususnya bila bercakap soal politik. Jangan sinis, jangan hina, jangan memperkecilkan usaha yang dilakukan mereka yang ahlinya. Risau jika usaha mereka itu mendapat keredhaan Allah, sedangkan kita berada di pihak yang menentangnya.

Dr Rozaimi perlu ingat, dalam Pas ada lebih sejuta ahli (saya tak pasti berapa jumlahnya sekarang). Mereka terdiri mempunyai pelbagai latar belakang. Jangan disebabkan ulasan yang tidak cermat terhadap isu ini (yang Dr Rozaimi bukanlah ahlinya) menyebabkan mereka menjauhi manhaj salaf yang diperjuangkan.

Banyak perkara saya ingin ulas, namun saya tak punya kesempatan masa untuk berbuat demikian. Cukuplah tulisan ringkas ini menjentik pemikiran al-Fadhil Dr agar dapat muhasabah diri. Jangan diperkecilkan usaha pihak yang lain, jika diri sendiri belum tentu mampu melakukan perkara tersebut. 

Dalam politik ada sepak terajangnya. Usah bicara soal berpolitik ajaran sunnah sekiranya diri sendiri tidak mahu terlibat secara langsung dengannya. Hanya jauhari mengenal manikam.

Wallahu'alam. 

_-al-_
Dr Muhd Al-Aarifin Ismail
28 Oktober 2018 | Kuah, Langkawi

https://m.facebook.com/paskawasanputrajaya/photos/a.376508142422.168019.93670242422/10154022281047423/?type=3

1 comment:

  1. Apa yg dikatakn teguran dr rozaimi kpd pas spt sinis beliau kpd tuan guru kurang tepat , sbb apa saya kata bgtu, beliau menyamakn dgn abu dzar, umum mengetahui abu dzar lngsung x melibatkn atau dilibatkn dgn politik wlupun berkeinginan, sdgkn tuan guru presiden mmg bergelumng dgn politik,selain mnjadi presiden parti politik sjk thn 2002, beliau dh bertanding pru sjk 1978 , dan pd thn 1982 tuan guru sdh memenangi kerusi dun rhu redang hingga skrg , bg parlimen pula tuan guru sdh memenangi parlimen marang drpd thn 1990 -2004 , pd thn 2004 tuan guru tewas kpd bn dan kmbali mng parlimen marang pd 2008-2018 , dlm masa tersebut pernh mnjawat sbg mb terengganu satu penggal, logiknya bgmn seorang ustaz phd/ahli mjlis ftwa negeri yg lngsung x pernh melibatkn diri secara lngsung dlm politik noleh sinis dgn seseorang presiden parti politik yg sdh berdekad(mnghmpiri separuh abad penglibatan/karier politiknya) , berkali2 mng pru samaada dun atau parlimen serta berperanan dlm usaha pas menawan 2 buah negeri baru 2 ni(pru 14) ,disamping itu tuan guru juga mempunyai kelulusan berkaitan iaitu MA siyasah syariyyah alazhar , jika dr rozaimi berhak dihormati dgn MA dan PHD hadisnya disamping tenaga akademik di ipta, knp tidak tuan guru yg bkn shj memiliki BA serta MA bdg berkaitan politik bhkn mmg sertai politik serta bertanding dan mng pru, wlupun tuan guru x menawan 2mlysia/jd PM tp beliau ada kekuatan tersendiri..aneh sinis drpd yg x punya pengalamn kpd yg berpengalamn,beza istidlal dgn kisa abu dzar dan rasulullah yg mna rasulullah seseorang yg berkeahlian dlm bnyk perkara termasuk politik sdgkn abu dzar lngsung x berkebolehn wlupun beliau berkeinginn,sepatutnya nasihat itu utk dr rozaimi yg mmg bukn politicians tetapi academicians

    ReplyDelete

Tinggalkan Mesej