Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, October 19, 2016

PERANG DUNIA SEMAKIN *MENGHAMPIR*, KUASA ISLAM SEMAKIN *MENGECIL*

PERANG DUNIA SEMAKIN *MENGHAMPIR*, KUASA  ISLAM SEMAKIN *MENGECIL*

Setelah keluar artikel TGHH bertajuk Iktibar Arab Spring, ramai yang cemas. Kebanyakannya tidak membaca apa yang ditulis oleh TGHH panjang lebar, sebaliknya terkesan dengan ulasan malaysiakini yang mengambil sisi sempit penyatuan Sunni dan Syiah saja. Lalu ramailah yang melenting tidak tentu fasal, sehingga terlupa khabar itu dicedok dari pemberita fasik yang tidak pernah serik.

Dalam tulisan ini saya tidak bercadang untuk menjelaskan satu persatu point TGHH walaupun ada niatnya. Mungkin dalam tulisan akan datang. Cuma yang ingin difokuskan di sini adalah mengenai isu Sunni-Syiah yang sentiasa hangat diperbincangkan. Ramai tidak bersetuju dengan idea TGHH dalam menyelesai kemelut yang melanda umat Islam dunia.

Ramai masih tidak sedar dunia sekarang sudah berada di ambang perang dunia ketiga. Perang yang disebut oleh peramal akhir zaman  sebagai Armageddon. Cuba ikuti laporan berita antarabangsa. Negara-negara kuasa besar kian rancak memperkenal berbagai senjata kimia dan pemusnah. Kapal-kapal perang sudah dilayarkan ke laluan utama perairan antarabangsa. Cabar mencabar antara blok barat dan timur semakin rancak.

Negara-negara berteknologi tinggi dan kaya kini sedang giat meluaskan hasil pertanian, mengayakan sumber air sebagai persediaan awal. Mereka juga giat membangunkan jentera dan mesin yang berfungsi menggunakan tenaga alami seperti solar, kinetik, hidro dan haba untuk melepaskan diri dari pergantungan petroleum, gas dan elektrik.

UMAT ISLAM DIREBUT TIMUR & BARAT

Selain itu, Masing-masing sedang cuba menarik sebanyak mungkin negara-negara kecil untuk berada di blok mereka. Umat Islam dijadikan sasaran utama sebagai tenaga perang. Setelah perang dunia pertama dan kedua menunjukkan bahawa umat Islam memainkan peranan penting dalam menentukan kalah menang sesuatu pihak, maka semua kuasa besar cuba menarik umat Islam untuk bersama mereka.

Walaubagaimanapun, blok barat (Israel, Amerika, Eropah dan sekutu) atau timur (Russia, China dan sekutu) tidak mungkin akan tarik semua orang Islam di dunia ini untuk bersama mereka. Ini kerana mereka tidak mahu orang Islam berkumpul, yang akan menyebabkan mereka kuat dan menjadi ancaman pula buat kuasa besar suatu hari nanti.

Untuk menang, memang mereka perlukan orang Islam. Tetapi mereka tidak mahu membuat orang Islam berkumpul menjadi satu.

Oleh kerana itu, yang mendakwa sebagai sunni pantas didekati blok barat. Blok timur terkapai-kapai dan terpaksa bersama Iran yang disisih barat walaupun kepimpinan mereka bermazhab Syiah Imamiah. Dari segi bilangan, sudah tentu barat lebih beruntung kerana sunni membentuk 90% dari populasi umat Islam dunia. Syiah pula hanya 10%.

Dalam usaha menarik kepercayaan Sunni, Blok timur hari ini sedang berusaha membuang persepsi buruk Sunni terhadap Syiah. Malangnya barat yang menguasai media bijak memanipulasi isu Timur Tengah khususnya Syria dan Yaman untuk menjarakkan lagi antara Sunni dan Syiah.

Blok Timur tidak berputus asa. Mereka jumpa satu penyelesaian, iaitu memecahkan pula sektar Sunni dengan sektar Asyairah Maturidi/Sufi/Aswaja dan Wahhabi. Mereka cuba menarik kumpulan Sufi dengan berbagai cara seperti menaja tokoh-tokoh agama dan pertubuhan agama di Mesir dan UAE.

Mereka turut memanggil kalangan tokoh agama anti-wahhabi serata dunia mengadakan muktamar menentukan siapa ahli Sunnah. Walhasil, mereka putuskan bahawa Wahhabi atau lebih tepatnya Saudi dan sekutu telah terkeluar dari kelompok Ahlu Sunnah wal Jamaah. Dengan cara itu, mereka fikir dapat menarik sekurang-kurangnya 40-60% dari nisbah Sunni. Cukup untuk mengimbangi sokongan umat Islam kepada barat jika berlaku Armageddon.

Sebagai fakta, Majoriti Sunni bermazhab Asyairah dan Maturidi, dan sebahagian besarnya daripada Asia Tenggara. Walaupun keluasan yang keci, Asia Tenggara menyumbang kepada peratusan muslim yang sangat tinggi, iaitu sekitar 20% daripada jumlah muslim sedunia. Indonesia pula adalah negara umat Islam teramai diikuti Pakistan, India dan Bangladesh. Secara umum semuanya adalah pengikut Asyairah/ Maturidi. Percaturan yang sangat bijak oleh Russia.

Selain itu, kebangkitan rakyat di negara muslim terus ditaja bagi menumbangkan rejim-rejim yang memerintah mereka. Ini bertujuan supaya negara tersebut huru-hara dan mudah untuk dikuasai atau setidaknya, menyibukkan umat Islam dengan urusan konflik dalaman seperti yang kini berlaku di Syria dan Yaman. Arab Spring dicetuskan sepertimana yang pernah berlaku tahun 1916, kebangkitan agung arab yang menumbangkan Khilafah Uthmaniah.

KESEDARAN POLITIK UMAT ISLAM

Kita pula umat Islam buat apa? Masih bermain-main dengan isu khilafiah? Masih fikir nak debat itu nak bahas ini? Masih gila berpiket tanpa haluan jelas dan mencetus huru-hara?

Berapa ramai umat Islam yang disedarkan tentang dekatnya Armageddon? Berapa banyak negara umat Islam yang melakukan persediaan dari segi makanan, kediaman, ketenteraan dan perubatan bagi menghadapi bencana dunia yang WAJIB berlaku bila-bila masa sahaja ini?

Sedarlah umat Islam. Kita sudah tidak ada masa untuk berbalah. Lupakan dulu khilaf samada dalam bentuk syariat atau akidah. Waspada dengan tempo kebangkitan rakyat. Tumpukan dahulu kepada musuh yang sudah jelas disebut dalam al-Quran; Yahudi dan Nasara. Bukan ia tidak penting, tapi ada benda yang lebih penting.

Islam memerlukan kepimpinan politik yang mampu bawa umat ini bebas dari Timur dan Barat. Oleh itu ia mesti bermula dengan memupuk kesedaran umat tentang kepentingan politik. Mereka mesti memahami politik itu manhaj Nabi. Mereka mesti sedar kalau menolak politik, mereka akan ditipu oleh orang politik.

Tokoh politik Islam terkenal, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia mencadangkan dalam usaha mengeluarkan orang Islam dari menjadi balaci dan boneka kuasa besar, dengan mengadakan kesepakatan sunni dan syiah secara politik. Malangnya ada yang salah tafsir, menganggap TGHH mahu menyatukan kedua sektar muslim ini dari sudut akidah dan syariat. Bukan ini yang dimaksudkan. Perlu dibezakan dengan jelas antara kerjasama politik dan kesatuan akidah.

Ajaib. Kita boleh beri kerjasama pada kuffar barat dan timur membenarkan mereka mentadbir urusan ekonomi, politik, sosial dan ketenteraan umat Islam walaupun sebelum ini merekalah yang memporak menjajah bumi umat Islam, yang meruntuhkan Khilafah Uthmaniah. Namun kita sukar menerima Iran sebagai rakan tahalluf walaupun mereka konsisten mengecam dan mengancam Israel, Amerika dan sekutu.

Fikir jauh, jangan fikir emosi. Tertegak Daulah Umawiyah hanya berlaku setelah Saidina Hasan mengalah kepada kumpulan Islam satu lagi, walaupun beliau di pihak yang benar. Kemenangan ke atas tentera Salib dan pembebasan kota Palestin hanya berlaku setelah Salahuddin al-Ayubi mendamaikan antara Syiah Fatimiyyah di Mesir dan umat Islam lain di serata dunia. Tertegak kerajaan Madinah sendiri setelah disatukan Muhajirin dan Ansar, juga Aus dan Khazraj.

Belum ada sejarah kerajaan Islam tertegak setelah berperang sesama Islam.

Untuk mencapai semua ini adalah tidak mustahil. Hanya perlulan kebijaksanaan dan kematangan. Dan semua ini tak akan berlaku hanya dengan emosi yang terpengaruh dek kebobrokan media barat.

Tapi jangan sampai modal kesatuan digunakan untuk melindungi kezaliman dan orang zalim. Kezaliman tetap perlu ditangani cuma jangan terikut telunjuk Yahudi.

Kerana itulah TGHH menegaskan iktibar dari Arab Spring; Politik Matang dan Sejahtera.

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej